PPBU Bank Rakyat : Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah 2023

PENGUMUMAN TARIKH TAWARAN Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah Bank Rakyat (PPBU) 2023

Yayasan Bank Rakyat telah membuka tawaran Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) bagi tahun 2023 ini buat pelajar di peringkat pengajian seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda

Permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) Bank Rakyat 2022 dibuka mulai 18 September hingga 17 Oktober 2023.

Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang kelebihan pembiayaan yang ditawarkan serta cara membuat permohonan dan semakan keputusan tawaran.

Baca juga: Cara Dapatkan eStatement Bank Rakyat (Penyata Kewangan)

Apakah PPBU Bank Rakyat?

PPBU ditawarkan ke peringkat pengajian tinggi daripada Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (PH.D) kepada warganegara Malaysia yang layak.

Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan pelajar yang berpotensi untuk menerima pendidikan sarjana muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam ATAU Swasta tempatan dan Institut Latihan di negara ini secara sepenuh masa.

PPBU ditawarkan kepada pemohon yang telah mendapat kemasukan dan berada di tahun pertama pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Latihan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Pendidikan Swasta dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan. (NVTC).

PPBU menyediakan bantuan pendidikan untuk pengajian sarjana muda dalam spektrum luas mata pelajaran akademik dan praktikal yang pada pendapat ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR berorientasikan yang terbaik kepada keperluan pembangunan sosial dan ekonomi negara dan masyarakat.

Kelebihan PPBU Bank Rakyat

Peminjam tidak perlu buat sebarang bayaran balik pinjaman jika tamat pengajian dengan CGPA 3.50 ke atas!

Bagi yang tamat pengajian dengan CGPA 3.00 – 3.49 anda hanya perlu bayar 30% sahaja dari jumlah pembiayaan.

Rujuk jadual pembayaran balik PPBU Bank Rakyat di bawah:

CGPADISKAUNPEMBAYARAN BALIK
3.50-4.00100%0%
3.33-3.4990%10%
3.00-3.3280%20%
2.75-2.9950%50%
2.50-2.7430%70%
<2.500%100%

Jumlah Pembiayaan Yang Ditawarkan

Jumlah yang ditawarkan melalui Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) / Biasiswa sepadan dengan tahap pengajian seperti berikut:

a. Ijazah Kedoktoran: Sehingga RM18,600 setahun

b. Ijazah Sarjana: Maksimum RM12,000 setahun

c. Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun (RM6,500 untuk UiTM)

d. Diploma: Maksimum RM7,500 setahun (RM5,000 untuk UiTM dan Politeknik)

e. Diploma Kemahiran: Sehingga RM30,000 (Sehingga 3 tahun).

f. Sijil Kemahiran: : RM4,920 setiap peringkat (peruntukan termasuk yuran dan kos sara hidup).

Kursus Yang Ditawarkan

Terbuka kepada semua bidang pengajian. kecuali kursus Perubatan dan Penerbangan (Lesen).

Keutamaan diberikan kepada bidang pengajian berikut:

  • Perakaunan
  • Perbankan
  • Pengurusan perniagaan
  • Sumber Manusia
  • Ekonomi
  • Komunikasi Media
  • Undang-undang
  • Sains Aktuari

Kedoktoran PHD, Ijazah Sarjana, Pengajian Profesional, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma dalam semua bidang pengajian.

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (NVTC) dan Sijil Kemahiran lain diiktiraf oleh Agensi Kerajaan Malaysia yang berkaitan.

ppbu bank rakyat pembiayaan boleh ubah

Syarat Kelayakan PPBU Bank Rakyat 2023

Warganegara Malaysia yang telah menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran dan memenuhi syarat kelayakan akademik berikut:-

  1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun semasa memohon Pembiayaan PPBU, dan tidak melebihi 30 tahun selepas tamat pengajian (Permohonan Sijil Kemahiran, Diploma, Diploma Vokasional, Ijazah Sarjana Muda dan Profesional).
  2. Manakala bagi pemohon Sarjana dan PhD, calon dikehendaki menamatkan pengajian sebelum umur 45 tahun.
  3. Pemohon hendaklah melanjutkan pelajaran mereka SEPENUH MASA. Pelajar SAMBILAN tidak layak memohon.

Rujuk syarat lanjut di pautan:

Cara Permohonan

Untuk memohon, sila layari laman web Yayasan Bank Rakyat untuk maklumat lanjut.

*Permohonan adalah secara atas talian sahaja.

**Pelajar dikehendaki membuka Akaun Simpanan Bank Rakyat sebelum memohon Tajaan PPBU dengan jumlah minimum RM 100.00

Sila buat permohonan secara online melalui pautan berikut: https://yayasanbankrakyat.com.my/ybr23/

ppbu bank rakyat

Semakan Keputusan Tawaran

Keputusan bagi permohonan Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) akan diumumkan pada tarikh yang ditetapkan.

Semakan boleh dilakukan melalui laman web Yayasan Bank Rakyat di pautan berikut:

https://application.yayasanbankrakyat.com.my/index.php

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui info lanjut tentang Pembiayaan Boleh Ubah Bank Rakyat, sila rujuk Soalan Lazim di pautan berikut:

www.yayasanbankrakyat.com.my

ALAMAT:
Yayasan Bank Rakyat,
8th Floor, Tower 1,
Menara Kembar Bank Rakyat,
No.33, Jalan Rakyat,
50470, Kuala Lumpur, Malaysia

TELEFON:
+603 2612 9600

EMAIL:
[email protected]

WAKTU OPERASI:
Isnin – Khamis
8:00am-1:00pm
2:00pm-5:00pm
Jumaat
8:00am-12:30pm
2:30pm-5:30pm

Baca juga: Permohonan Kolej Profesional MARA Sesi November 2022/2023

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!