GsPel GIATMARA: Permohonan Kemasukan 2023 Sesi Julai

Permohonan GIATMARA 2023 ambilan Julai kini dibuka untuk yang berminat.

Anda boleh memohon secara online sahaja!

Tahukah anda apa itu GIAT MARA dan apakah kursus yang ditawarkan secara khusus di seluruh Malaysia?

Dalam artikel ini kami akan kongsikan lebih lanjut tentang GIAT MARA dan cara pendaftarannya bagi ambilan tahun 2023 yang baru dibuka.

Apakah GIATMARA?

GIAT MARA merupakan sebuah Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional untuk pelajar berumur 15 tahun ke atas.

Pelajar lepasan program ini mampu memenuhi keperluan industri dan ekonomi di seluruh negara.

Penubuhan GIAT MARA bertujuan menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Ini membolehkan mereka untuk memperoleh kemahiran bagi melengkapkan diri sebelum beransur menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan yang berkemahiran teknikal.

giatmara permohonan 2023

Baca juga: 13 Jenis Bantuan Pinjaman MARA Untuk Perniagaan Yang Boleh Dimohon

Syarat Permohonan GIATMARA 2023

  • Bumiputera.
  • Sihat tubuh badan.
  • Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
  • Berumur dari 15 tahun dan ke atas.
  • Berminat dengan bidang yang dipohon.
  • Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Jentera Elektrik.
Serta, sila pastikan:
  1. Anda akan memohon untuk program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME). Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (PART TIME) sila dapatkan borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda
  2. Anda telah menyemak senarai kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia
  3. Anda telah menyemak lokasi GIATMARA berhampiran anda
  4. Anda mempunyai emel yang sah dan anda ingat kata laluan emel anda
  5. Anda telah menyemak MANUAL PERMOHONAN secara online (rujuk lampiran PDF di bawah)

Klik SINI untuk mulai mengisi borang permohonan.

Kelebihan

  • Kemudahan Latihan
  • Elaun bulanan RM 200 (Sepenuh Masa)
  • Sijil Profesional yang diiktiraf industri
  • Modul Pembangunan Jiwa Insan (PUJI)
  • Pembangunan Usahawan (Rintis Niaga)

Senarai Kursus & Lokasi

Senarai kursus yang ditawarkan bagi permohonan GIATMARA 2023 adalah seperti berikut:

Sila rujuk lokasi Pusat Latihan GIATMARA dalam senarai di bawah ini:

Pensijilan

  • Sijil Profesional_GIATMARA
  • Sijil Kemahiran_GIATMARA
  • Sijil Modular_GIATMARA
  • Sijil Teknologi_GIATMARA
  • Sijil Kehadiran_GIATMARA
  • Sijil Kemahiran Warisan_GIATMARA
  • Sijil Perantisan_GIATMARA
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (PW1/PW2/PW4 & 
Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0/A1)
  • Sijil Kemahiran Malaysia
  • Sijil CISCO Networking Academy – IT Essential
  • Sijil CISCO Networking Academy – CCNA (Cisco Certified Network Associate)
  • Sijil CISCO Networking Academy – Introduction to Cybersecurity

Baca juga: Semakan Status STR & Kemaskini Maklumat Bantuan Keluarga Malaysia

permohonan giatmara 2021

GsPel: Cara Permohonan GIATMARA 2023

Mereka sudah berjaya, beri peluang pada diri untuk buktikannya! Dikongsikan 5 Kluster kemahiran yang boleh anda pilih.

Boleh layari laman web www.giatmara.edu.my dan boleh juga ke GIATMARA berdekatan untuk mendaftar.

Jom sertai GIATMARA: http://gspel.giatmara.edu.my/registration

Pendaftaran atau permohonan GIAT MARA 2022 boleh dilakukan melalui 2 cara berikut:

i) Pendaftaran Online

Untuk pendaftaran anda boleh layari laman web : www.giatmara.edu.my atau terus isi borang online di sini: http://gspel.giatmara.edu.my/my/utama/aplikasi

ii) Pendaftaran Manual

Sila muat turun borang permohonan secara manual dalam link di bawah ini jika mengalami masalah untuk pengisian secara dalam talian —> Borang Permohonan Sepenuh Masa

Borang permohonan manual ini boleh di hantar terus kepada GIATMARA yang dipohon mengikut kursus yang ditawarkan.

Atau sila ke GIATMARA yang berhampiran, bagi proses pendaftaran secara manual.

Maklumat Lanjut Tentang Permohonan GIATMARA 2023

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan tentang pendaftaran dan permohonan GIAT MARA 2023, sila hubungi Pusat GIAT MARA terdekat atau terus ke ibu pejabat GIAT MARA di

WISMA GIAT MARA

No 39, Jalan Medan Tuanku,
50300 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel: 03-2691 2690
Fax: 03-2691 2820
Emel: [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!