Pengeluaran Khas KWSP 10k Dibenarkan – PM Ismail Sabri

PENGELUARAN KHAS KWSP 10K DIBENARKAN

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.

Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.

Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000.

Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Menurut Perdana Menteri, ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Perkara ini diumumkan dalam sebuah Pengumuman Khas Perdana Menteri pada jam 1.30 tengah hari sebentar tadi (16 Mac 2022).

“Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.”

“Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.”

Sumber: Sidang Media Rasmi Perdana Menteri Ismail Sabri, 16 Mac 2022

VIDEO: Pengeluaran Khas KWSP 10k Dibenarkan

Sila rujuk video siaran langsung Perdana Menteri dalam Pengumuman Khas #KELUARGAMALAYSIA di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=2TZpYHxqDPc

Perkara ini turut diumumkan melalui media sosial Perdana Menteri di Facebook dan Twitter.

Rata-rata ia mendapat respon yang begitu positif di mana rakyat mengucapkan terima kasih dan gembira dengan keputusan ini serta keprihatinan Kerajaan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Mohd Salim Sharif, telah mencadangkan kerajaan memperkenalkan bantuan kewangan ‘i-Ceria’ Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu kemudahan pengeluaran wang buat kali terakhir.

Rujuk artikel berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang i-Ceria KWSP : Cadangan Pengeluaran One-off Kali Terakhir

Baca juga: i-Akaun KWSP: Daftar Online, Login Kali Pertama & Semakan Penyata

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!