M Journey – Login MBSB Online

Selari dengan kemajuan teknologi, MBSB Online turut menawarkan perkhidmatan perbankan internet yang dikenali sebagai M Journey.

Dengan M Journey, para pelanggan boleh melakukan pelbagai transaksi perbankan secara terus melalui peranti mudah alih anda.

Terutamanya bagi pemohon Ihsan-i (i-Cagar KWSP), anda perlulah mempunyai akaun ini bagi memudahkan anda memantau aliran wang masuk serta pembayaran anda.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang perkhidmatan ini untuk makluman bersama.

mbsb online m journey kwsp

Apa itu M Journey?

M Journey adalah kemudahan perbankan internet yang disediakan oleh pihak MBSB untuk para pelanggannya.

Terdapat banyak fungsi-fungsi menarik yang dimuatkan untuk memudahkan pelanggan melakukan transaksi kewangan antaranya:

  • Pemindahan DuitNow
  • Bayaran Pembiayaan
  • Pindahan Dana Asing (FTT)
  • Pindahan Dalam Bank
  • GIRO Antara Bank (IBG)
  • JomPAY
  • Penempatan Deposit Berjangka-i
  • Pengeluaran Deposit-i Bertempoh
  • Muat semula e-dompet MBSB Bank
  • Bayaran
  • Bayaran kepada KWSP
  • Tambah Nilai Prabayar
  • Pembiayaan Ihsan-i

Artikel berkaitan: Ihsan-i : Semakan FSA2 KWSP MBSB & Jadual Bayaran Bulanan

mbsb online m journey kwsp

Cara Daftar Akaun M Journey MBSB Online

Untuk menggunakan segala kemudahan di M Journey MBSB, anda perlu mendaftarkana akaun anda dan mengaktifkannya sekiranya anda merupakann pengguna kali pertama.

Anda boleh mendaftar untuk M Journey melalui Kad Debit atau Akaun Pembiayaan atau Akaun Deposit dengan mengikuti lanngkah-langkah berikut:

  1. Pergi ke www.mbsbjourney.com/rib
  2. Pilih “Pengguna Baru? Daftar Sekarang” pautan di halaman Log Masuk M Journey
  3. Pilih pendaftaran melalui Kad Debit atau Akaun Pembiayaan atau Akaun Deposit

Pendaftaran menggunakan Kad Debit

  1. Masukkan Nombor Kad Debit dan PIN 6 Digit
  2. Masukkan perkataan Captcha seperti yang ditunjukkan pada halaman
  3. Minta dan masukkan TAC 6 Digit dan klik Seterusnya
  4. Masukkan butiran peribadi anda
  5. Pilih Imej Keselamatan, masukkan Frasa Keselamatan anda dan klik Seterusnya
  6. Sahkan butiran anda dan klik Hantar
  7. Tetapkan Soalan dan Jawapan 3-Keselamatan
  8. Minta dan masukkan TAC 6 Digit dan klik Hantar
  9. Terima pengesahan SMS

Pendaftaran melalui Akaun Pembiayaan

  1. Masukkan Nombor Akaun Pembiayaan
  2. Pilih Jenis ID anda dan masukkan nombor pengenalan
  3. Masukkan perkataan Captcha seperti yang ditunjukkan pada halaman
  4. Minta dan masukkan TAC 6 Digit dan klik Seterusnya
  5. Masukkan butiran peribadi anda
  6. Pilih Imej Keselamatan, masukkan Frasa Keselamatan dan klik Seterusnya
  7. Sahkan butiran anda dan klik HantarTetapkan Soalan dan Jawapan 3-Keselamatan
  8. Minta dan masukkan TAC 6 Digit dan klik Hantar
  9. Terima pengesahan SMS

Pendaftaran dengan Akaun Deposit

  1. Masukkan Nombor Akaun Deposit
  2. Pilih Jenis ID anda dan masukkan nombor pengenalan
  3. Masukkan perkataan Captcha seperti yang ditunjukkan pada halaman
  4. Klik butang “Seterusnya” untuk meneruskan
  5. Minta dan masukkan TAC 6 Digit dan klik Seterusnya
  6. Terima pengesahan SMS
m journey

Pengaktifan Akaun

Tiada langkah tambahan untuk mengaktifkan akaun M Journey anda.

Anda boleh terus log masuk setelah melengkapkan proses pendaftaran melalui salah satu kaedah di atas.

Login Akaun MJourney MBSB Online

Setelah mendaftarkan akaun, anda boleh terus log masuk akaun M Journey anda melalui halaman depan MBSB di https://www.mbsbjourney.com/rib/

Akses anda akan disekat selepas 3 percubaan log masuk gagal.

Sila hubungi Bank MBSB Pusat Sokongan di +603 2096 3000 untuk menyahsekat Nama Pengguna anda selepas pengesahan.

Semakan Status Permohonan FSA2 (i-Cagar KWSP)

Makluman pada yang dah lulus FSA2 (i-Cagar KWSP) telah menerima pembiayaan, anda boleh membuat semakan tarikh pembayaran bermula pada bahagian yang telah di tandakan seperti di bawah sebagai contoh.

Apply : 11 April 2023
Lulus : 18 April 2023 (serentak duit masuk)
Tarikh Bayaran : 1 Jun 2023 (Bulan Pertama)

Seperti pembiayaan/pinjaman lain, tarikh bayaran adalah selepas sebulan setelah penerimaan duit yang dikreditkan ke akaun anda. Cara bayaran boleh terus dilakukan di dalam apps M Journey MBSB.

MBSB menyediakan perkhidmatan pembiayaan peribadi yang dikenali sebagai Ihsan-i untuk membantu mana-mana individu yang mempunyai masalah kewangan.

Setelah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan permohonan anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila kunjungi cawangan MBSB berhampiran.

Sebagai alternatifnya, anda juga boleh hubungi Pusat Sokongan MBSB Bank di +603 2096 3000.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!