KerjayaGig PERKESO: Insentif Pekerja Sehingga RM3,600

Selaras dengan pengumuman PEMERKASA oleh YAB Perdana Menteri, PERKESO sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia telah melaksanakan insentif pengambilan pekerja
di bawah PenjanaKerjaya 3.0 yang merangkumi pekerjaan jangka pendek atau pekerjaan gig di bawah Program KerjayaGig.

Apakah itu Program KerjayaGig dan syarat kelayakannya?

Berikut dikongsikan maklumat lengkap tentang KerjayaGig PERKESO bagi makluman bersama.

Apakah KerjayaGig PERKESO?

Program Kerjaya Gig adalah satu inisiatif Kerajaan yang dilaksanakan oleh PERKESO untuk rakyat Malaysia di bawah PenjanaKerjaya 3.0.

Program ini menyediakan peluang pekerjaan sementara atau gig kepada beberapa kategori pencari kerja seperti pekerja sektor formal yang berdaftar dengan PERKESO tetapi diberi notis Cuti Tanpa Gaji (CTG) ataupun kehilangan pekerjaan, ibu tunggal, kurang kemampuan (berdaftar dengan e-Kasih), bekas banduan, penganggur tegar termasuk graduan (menganggur lebih daripada 6 bulan) dan seumpamanya.

Jika anda dari kategori ini, anda layak menerima insentif sehingga RM3,600 untuk 6 bulan (RM600 sebulan) jika anda bekerja dalam pekerjaan sementara atau gig ekonomi dalam tempoh berkenaan.

Kadar Bantuan Yang Tersedia

Program KerjayaGig menyediakan insentif sebanyak RM600 sebulan sehingga tempoh maksimum 6 bulan (berjumlah RM3600) kepada pekerja yang diambil bekerja oleh platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar di bawah PERKESO.

Insentif ini disediakan khusus kepada pekerja-pekerja daripada sektor ekonomi yang terjejas ekoran penularan wabak COVID-19 termasuk pekerja yang diberi cuti tanpa gaji, dikurangkan gaji ataupun yang kehilangan pekerjaan.

Di bawah program ini, platform penyedia perkhidmatan gig yang menawarkan pekerjaan jangka pendek kepada pencari kerja juga akan menerima insentif sebanyak RM200 secara “one-off” bagi setiap pengambilan.

Syarat Kelayakan

Individu yang bekerja sendiri atau gig daripada kategori berikut adalah berkelayakan di bawah Program KerjayaGig:

  1. Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO dan sedang menerima Cuti Tanpa Gaji
  2. Pekerja yang berdaftar dengan PERKESO dan diberhentikan kerja
  3. Pencari kerja dari golongan rentan (contohnya penerima yang berdaftar di bawah sistem e-Kasih)

Baca juga: Permohonan Bakul Prihatin Negara (JKM) Mulai 15 Julai 2021

Tarikh Permohonan

Permohonan bagi insentif program ini boleh dikemukakan kepada PERKESO sebelum 31 Disember 2021.

Cara Permohonan Program KerjayaGig

Kategori: Orang Bekerja Sendiri (OBS)

  1. OBS akan menerima e-mel notifikasi setelah permohonan Operator diluluskan.
  2. OBS akan menerima bayaran yang pertama setelah membuat pengesahan.
  3. Untuk menerima bayaran bagi bulan kedua hingga keenam, OBS perlu mengisi Log Aktiviti Gig di PenjanaKerjaya. (Mulai bulan kedua)
  4. OBS menghantar permohonan secara bulanan di sistem PenjanaKerjaya (penjanakerjaya.perkeso.gov.my).
  5. *OBS perlu melaporkan kepada PERKESO sekiranya menerima tawaran pekerjaan sepenuh masa dalam tempoh 24 jam.

Kategori: Penyedia Perkhidmatan Gig (Operator)

  1. Mengiklankan jawatan kosong di myfuturejobs.gov.my (Pastikan pemilihan jenis kontrak adalah di bawah Bekerja Sendiri)
  2. Mengambil Orang Bekerja Sendiri (OBS) untuk bekerja.
  3. Hantar permohonan KerjayaGig menerusi sistem PenjanaKerjaya.
  4. Proses kelulusan akan dimaklumkan melalui e-mel kepada pekerja.
  5. Majikan terima pembayaran dalam masa 30 hari.

Baca juga: SIP PRIHATIN 2.0: Elaun Mencari Pekerjaan PERKESO RM300

Maklumat Lanjut

Bagi yang layak untuk memohon, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Untuk maklumat lanjut sila layari https://www.perkeso.gov.my/pemulih.html

ATAU

Sila rujuk FAQ di bawah:

Layari laman sesawang www.perkeso.gov.my dan media sosial rasmi PERKESO dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini.

Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau e-mel
[email protected].

Soalan-soalan Lazim (FAQ) mengenai Insentif Program KerjayaGig

kerjayagig
kerjayagig perkeso
kerjayagig
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!