Semakan keputusan rayuan UPUOnline lepasan STPM/Setaraf untuk sesi akademik 2025/2026 boleh disemak bermula 3 Oktober 2025 (Jumaat), 12 t/hari sehingga 7 Oktober 2025 (Selasa), 5 petang. Semakan boleh dilakukan melalui UPUOnline (upu.mohe.gov.my) atau Aplikasi UPUPOCKET.
Pengesahan setuju terima bermula: 4 Oktober hingga 7 Oktober 2025.
Semakan keputusan rayuan ini adalah untuk pemohon yang tidak berjaya mendapat tawaran awal dan membuat permohonan rayuan pada bulan September 2025 yang lepas.
Sila rujuk perkongsian di bawah untuk maklumat selanjutnya.
HEBAHAN KEPUTUSAN RAYUAN UPUONLINE LEPASAN STPM/SETARAF
Kepada calon lepasan STPM/Setaraf yang membuat permohonan rayuan UPUONLINE bagi sesi akademik 2025/2026, keputusan boleh disemak bermula:
Tarikh: 3 Oktober 2025 (Jumaat)
Masa: 12.00 Tengah Hari
HINGGA
Tarikh: 7 Oktober 2025 (Selasa)
Masa: 5.00 Petang
Semakan boleh dilakukan di platform berikut:
- Laman web: https://upu.mohe.gov.my
- Aplikasi UPUPOCKET
Pengesahan setuju terima tawaran bermula 4 Oktober hingga 7 Oktober 2025.
Sebarang pertanyaan berkaitan UPUONLINE, boleh hubungi kami melalui:-
- Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
- E-mel: [email protected]
- UPUChat: https://upuchat.org/

LEPASAN STPM/SETARAFBACA JUGA: Semakan Keputusan Tawaran UPUOnline 2025/2026
Cara Semakan Keputusan Melalui UPUOnline

- Pemohon boleh membuat semakan melalui pautan semakan rasmi : https://upu.mohe.gov.my
- Kemudian, klik pada bahagian ‘Permohonan Kemasukan‘.
- Log masuk seperti biasa.
- Semak keputusan yang tertera.
- Jika berjaya, pastikan anda mengemukakan akuan setuju terima tawaran pada tarikh yang ditetapkan, iaitu mulai4 Oktober hingga 7 Oktober 2025 di laman sesawang UA masing-masing.
Cara Semakan UPU Melalui Aplikasi UPUPOCKET
Semakan keputusan permohonan UPU juga boleh dibuat melalui aplikasi UPUPOCKET.
UPUPocket adalah satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertujuan membantu rakyat Malaysia terutama pemohon dan ibu bapa mendapatkan perkhidmatan dan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti Dan Institusi Latihan Kemahiran Awam.
Pelajar boleh menyemak status permohonan UPU mereka secara atas talian menggunakan telefon pintar di mana-mana sahaja selagi ada akses internet.


Langkah Semakan Keputusan Rayuan UPUOnline 2025/2026:
- Muat turun aplikasi UPUPOCKET daripada Google Play Store atau Apple App Store.
- Buka aplikasi dan log masuk menggunakan nombor kad pengenalan atau maklumat yang telah didaftarkan semasa permohonan UPU.
- Pada menu utama, cari pilihan “Semakan Keputusan” atau “Keputusan Permohonan”.
- Masukkan butiran pengenalan seperti nombor kad pengenalan dan no. angka giliran (jika diperlukan).
- Tekan butang “Semak” atau “Submit” untuk memaparkan status keputusan permohonan.
- Keputusan seperti “Berjaya”, “Tidak Berjaya”, atau “Rayuan” akan dipaparkan bersama maklumat tawaran program dan institusi (jika layak).
- Pelajar boleh memuat turun surat tawaran atau melakukan tindakan rayuan terus melalui aplikasi sekiranya diperlukan.
NOTA:
- Pastikan aplikasi UPUPOCKET telah dikemas kini kepada versi terbaru untuk elak masalah paparan atau akses.
- Semakan boleh dilakukan mengikut tarikh rasmi pengumuman keputusan oleh UPU. Tindakan selanjutnya (pengesahan tawaran atau rayuan) mengikut arahan dalam aplikasi.
Antara kelebihan yang boleh kita perolehi melalui aplikasi ini adalah:
- memudahkan pengguna untuk menyemak senarai program yang ditawarkan berdasarkan kelayakan keputusan.
- memudahkan pengguna untuk menyemak syarat khas berdasarkan program masing-masing.
- boleh mendapat informasi terkini tentang UPU.
- terdapat tarikh-tarikh penting yang perlu diambil maklum.
BACA JUGA: UPUPocket: Aplikasi e-Panduan dan Permohonan UPU
Tarikh Penting Rayuan UPU Lepasan STPM/Setaraf
Berikut ialah tarikh penting Permohonan Rayuan UPU Lepasan STPM/Setaraf 2025:
[TERKINI]
Semakan keputusan rayuan fasa 1 boleh disemak bermula 3 Oktober 2025 (Jumaat), 12.00 Tengah Hari sehingga 7 Oktober 2025 (Selasa), 5.00 Petang.
Calon hendaklah menghantar pengesahan setuju terima tawaran bermula 4 Oktober hingga 7 Oktober 2025.

NOTA:
- Rayuan hanya boleh dibuat oleh pemohon yang tidak mendapat tawaran mana-mana program pengajian melalui permohonan asal.
- Pemohon boleh membuat rayuan secara online melalui laman rasmi UPU (https://upu.mohe.gov.my) dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan maklumat yang diperlukan dalam tempoh tersebut.
TARIKH PENTING UPUONLINE LEPASAN STPM/SETARAF BAGI SESI AKADEMIK 2025/2026

SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN UPU BOLEH DILAKUKAN MELALUI APLIKASI UPUPOCKET ATAU DIPAUTAN BERIKUT :
- i. https://jpt.utm.my
- ii. https://jpt.uum.edu.my
- iii. https://jpt.unimas.my
- iv. https://jpt.ums.edu.my
- v. https://jpt.umt.edu.my
Institusi yang boleh dimohon adalah :
- 4 Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
- 20 Universiti Awam
- 36 Politeknik
- 105 Kolej Komuniti
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaaan berkenaan UPUOnline® boleh diajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) secara terus melalui:
No tel : 03 – 8684 2363
Emel : [email protected]
Sistem Maklum Balas : https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
UPUChat : http://upu-chat.ml/UPUChat/
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA
Jabatan Pendidikan Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi
Aras 4, No. 2 Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jangan Lupa Ikuti di Media Sosial Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi :~
- TikTok : @bkpaupu
- Facebook : kemasukan bpkp jpt
- Telegram : UPUONLINE CHANNEL
- Instagram : @kemasukanbkpa
- YouTube : bkpaUPU
Soalan Lazim Semakan UPUOnline Keputusan Rayuan
Semakan keputusan rayuan UPUOnline lepasan STPM/Setaraf untuk sesi akademik 2025/2026 boleh disemak bermula 3 Oktober 2025 (Jumaat), 12 t/hari sehingga 7 Oktober 2025 (Selasa), 5 petang. Semakan boleh dilakukan melalui UPUOnline (upu.mohe.gov.my) atau Aplikasi UPUPOCKET.
Semakan dilakukan melalui portal UPUOnline (https://upu.mohe.gov.my) atau aplikasi UPUPOCKET dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
Gunakan fungsi “Lupa Kata Laluan” di halaman login UPUOnline. Reset kata laluan menggunakan maklumat peribadi yang didaftarkan semasa permohonan.
UPUPOCKET ialah aplikasi mudah alih yang membolehkan pemohon membuat semakan, pengiraan merit, dan memantau status kemas kini secara lebih fleksibel.
Hanya pemohon yang tidak berjaya dalam permohonan asal UPU layak membuat rayuan dalam tempoh ditetapkan.
Rayuan ke Kolej Komuniti atau MARA BPT perlu dibuat terus ke institusi berkenaan dan bukan melalui portal UPUOnline.
Calon perlu membuat pengesahan tawaran dalam tempoh yang ditetapkan (4 oktober sehingga 7 oktober 2025) dan cetak surat tawaran untuk rujukan ketika pendaftaran institusi.
Surat tawaran rasmi dikeluarkan oleh UA bermula sehari (1) hebahan keputusan. Calon perlu memuat turun surat tawaran rasmi di Laman Web UA mengikut jadual yang ditetapkan.
Calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam
tempoh sembilan (9) hari selepas hebahan keputusan perdana.
Calon yang tidak membuat pengesahan terima atau tolak selepas tempoh yang
ditetapkan akan dianggap sebagai menolak tawaran.
Hanya calon yang gagal mendapat tawaran ke UA, Politeknik, KK dan MARA BPT
atau calon yang mendapat tawaran program pengajian Sijil di Kolej Komuniti yang
boleh mengemukakan rayuan dalam tempoh sepuluh (10) hari selepas keputusan
permohonan kemasukan diumumkan.
Calon yang mendapat tawaran, menolak tawaran atau tidak membuat
pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh sembilan (9) hari selepas
hebahan keputusan perdana, tidak akan dipertimbangkan untuk proses rayuan
Calon dibenarkan mengemukakan empat (4) pilihan program pengajian semasa
permohonan rayuan dengan program pengajian bertemuduga dan/ atau ujian hanya
berada di Pilihan 1 dan 2 sahaja.
Pilihan program pengajian yang dipaparkan adalah pilihan program pengajian yang
layak syarat am dan syarat khas program pengajian sahaja serta masih ada
kekosongan selepas setuju terima tawaran.
Berdasarkan FAQ Tarikh pengumuman keputusan rayuan UPU untuk lepasan STPM adalah pada minggu pertama Oktober 2025. 
Pemohon boleh menyemak melalui portal rasmi UPUOnline (https://upu.mohe.gov.my) atau aplikasi UPUPOCKET dengan nombor kad pengenalan dan kata laluan.
Ya, pemohon boleh susun semula pilihan program mengikut minat di ruang yang disediakan semasa proses rayuan.
Slip boleh dicetak dan dimuat turun sebagai bukti permohonan atau rayuan telah dibuat.



