Tarikh Bayaran Pencen 2024 – Jadual Bulanan Pesara JPA

TARIKH BAYARAN PENCEN PESARA KERAJAAN / EMOLUMEN BULANAN 2023 & 2024

Untuk makluman, terdapat beberapa pindaan terhadap Arahan Perbendaharaan (AP) 105 mengenai tarikh pembayaran emolumen dan pencen bermula 2022 antaranya kawalan tempoh perbezaan hari maksimum gaji, emolumen boleh dibayar pada hari Jumaat dan lain-lain.

Berikut dikongsikan tarikh pembayaran pencen pesara kerajaan bagi tahun 2023 dan 2024 yang dimuktamadkan secara rasmi untuk hebahan umum.

Pengenalan

Secara ringkasnya, antara faedah persaraan yang akan diperolehi oleh pesara kerajaan ialah :

  1. Ganjaran Perkhidmatan (one-off).
  2. Pencen Perkhidmatan (bulanan)
  3. Award Wang Tunai sebagai Gantian Cuti Rehat (one-off).
  4. Kad Pesara – boleh digunakan untuk urusan perubatan dan caj wad percuma (bersamaan dengan kelayakan gred jawatan terakhir) di Hospital Kerajaan, diskaun tambang kereta api, dll

Bakal pesara perlu memastikan Jabatan mengemukakan dokumen persaraan yang lengkap ke KWAP tidak lewat 3 bulan sebelum tarikh persaraan untuk membolehkan faedah persaraan dibayar dalam masa yang sepatutnya.

Tarikh Bayaran Pencen 2024

Tarikh pembayaran pencen bulanan bagi tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Januari – 19.01.2024 (Jumaat)
  • Februari – 21.02.2024 (Rabu)
  • Mac – 21.03.2024 (Khamis)
  • April – 19.04.2024 (Jumaat)
  • Mei – 17.05.2024 (Jumaat)
  • Jun – 12.06.2024 (Rabu)
  • Julai – 17.07.2024 (Rabu)
  • Ogos – 21.08.2024 (Rabu)
  • September – 20.09.2024 (Jumaat)
  • Oktober – 21.10.2024 (Selasa)
  • November – 21.11.2024 (Khamis)
  • Disember – 18.12.2024 (Rabu)
tarikh bayaran pencen bulan 2024
Sumber: Bahagian Pencen JPA

PKKP 2024

Kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan Penghargaan Khas Kepada Pesara (PKKP) untuk tempoh Januari hingga Disember 2024 kepada pesara dan penerima pencen terbitan yang terkesan.

Bantuan Pemberian Khas Kepada Pesara (PKKP) yang diumumkan kerajaan adalah inisiatif untuk memastikan pencen dan pencen terbitan diterima golongan sasar itu tidak berkurangan.

Perkara itu susulan Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 3 dan 7 Akta Penyelarasan Pencen (Pindaan) 2013 [Akta A1447] adalah tidak sah dan undang-undang sebelum pindaan itu terpakai dengan sendirinya bagi tujuan penyelarasan pencen.

Belanjawan 2024 : Tarikh Bayaran Insentif Awal RM1000 Untuk Pesara

Belanjawan 2024: Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak terima Bayaran Insentif Awal RM2,000, dibayar akhir Februari 2024.

Insentif RM1000 pula diberikan kepada pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

Kerajaan bersetuju memberikan Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) kepada penjawat awam dan pesara ini sementara menunggu Kajian SSPA yang dijangka dimuktamadkan pada penghujung tahun hadapan.

Bayaran insentif ini akan dibuat pada akhir Februari 2024 bagi meringankan beban persediaan persekolahan serta persiapan menjelang bulan Ramadan dan Syawal.

insentif penjawat awam

Semakan Penyata Pencen

Boleh dapatkan ‘penyata pembayaran pencen’ dari pautan ini. https://apps.jpapencen.gov.my/penyatabayaran atau boleh dapatkan dari aplikasi MyPesara.

​Selaras dengan Program Transformasi Kerajaan yang dilaksanakan kerajaan, KWAP telah dipertanggungjawab untuk mengambilalih fungsi prosesan dan pembayaran faedah persaraan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Inisiatif ini dijangka akan dapat meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan dan prosesan pembayaran faedah persaraan yang lebih efisien kepada pesara.

Senarai Perkhidmatan yang ditawarkan KWAP:

  • Menguruskan pengiraan tempoh perkhidmatan dan Faedah Persaraan;
  • Memproses bayaran faedah persaraan yang merang​kumi bayaran Ganjaran Perkhidmatan, Wang Gantian Cuti Rehat, pencen bulanan, Bantuan Mengurus Jenazah, bayaran balik tuntutan ubat dan alatan perubatan serta bayaran lain yang ditetapkan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa;
  • Memproses penyelarasan pencen;
  • Memproses potongan Faedah Persaraan bagi hutang-hutang kerajaan atau atas perintah mahkamah;
  • Memproses bayaran balik kepada Agensi atau individu bagi potongan daripada Faedah Persaraan;
  • Memproses pemberhentian/penggantungan bayaran pencen
  • ​Pengurusan fail dan dokumentasi persaraan​​

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Muat turun MyPesara melalui Apple App Store atau Google PlayStore di pautan berikut:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!