Imbasan Suhu Badan Di Premis & Sekolah Dimansuhkan Mulai Esok

Kerajaan memutuskan untuk memansuhkan prosedur operasi standard (SOP) imbasan suhu badan dan buku rekod ‘check in’ di premis bermula 11 Februari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, dengan pemansuhan ini, pihak pemilik permis tidak lagi diwajibkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu-pintu masuk premis.

Bagaimanapun katanya, daftar masuk premis menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.

“Sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pemeriksaan suhu badan dan buku rekod ‘check in’ kerajaan amat mengalu-alukan dan mengalakan,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet COVID-19 pada 8 Februari yang lalu.

Baca juga:

Terkini, KPM turut mengumumkan bahawa imbasan suhu badan juga tidak diwajibkan bermula 11 Februari 2022 di Premis Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Walaubagaimanapun, semua guru, kakitangan sekolah, pekerja dan pelawat tetap diwajibkan untuk mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki premis insititusi pendidikan di bawah KPM.

Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa dimohon memastikan anak jagaan berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala sebelum dihantar ke sekolah.

Murid yang bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang disahkan positif adalah tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah.

Rujuk kenyataan media KPM : KENYATAAN MEDIA BERKAITAN PELAKSANAAN PEMERIKSAAN SUHU BADAN SEBELUM MASUK KE PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!