Barang Hantaran Lelaki: 10 Idea Item Menarik Dengan Harga Berpatutan

Membuat persiapan perkahwinan perlukan perancangan yang rapi dan tersusun. Terdapat banyak persiapan yang perlu dilakukan termasuklah memilih barang hantaran untuk pihak pasangan. Biasanya, pihak perempuan akan memilih barang hantaran untuk lelaki dan sebaliknya. 

barang hantaran lelaki

Walaupun hantaran bukanlah sesuatu yang wajib, namun ia menjadi adat kebiasaan yang sering diamalkan. Ia juga sebagai hadiah dan salah satu tanda penghargaan kepada pasangan kita. Sesi membalas hantaran di antara dua pihak selalunya berlaku semasa hari majlis akad nikah dilangsungkan. 

Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan kepada anda mengenai pilihan pelbagai idea barang hantaran lelaki yang boleh didapatkan melalui Shopee tanpa perlu bersusah-payah ke pusat membeli-belah. 

Jom semak!

10 Idea Barang Hantaran Lelaki

1. Set Dompet, Tali Pinggang

Dompet dan tali pinggang adalah merupakan aksesori penting untuk lelaki. Pemberian set ini dalam hantaran pasti akan membuatkan pasangan anda gembira dan yang paling utama, ia boleh digunakan sebaiknya dalam tempoh yang lama.

Terdapat pelbagai jenis pilihan set yang anda boleh pilih berdasarkan citarasa pasangan dengan harga yang berpatutan. Kelebihan membeli secara set ialah, anda tidak perlu lagi mencari satu-persatu dan pemakai boleh memakainya dengan sepadan. 

Set Dompet, Tali Pinggang: https://shopee.com.my/zeena_fashion/21760282094

2. Jam Tangan

Jam tangan juga adalah merupakan salah satu barang hantaran lelaki yang sangat eksklusif dan digemari. Ia juga boleh digunakan dalam tempoh masa yang panjang selagi mana jam tersebut tidak rosak atau hilang. Jadi, menghadiahkan pasangan anda jam tangan adalah sangat berbaloi. 

Anda boleh memilih pelbagai jenis jam tangan yang ada dijual secara dalam talian bermula daripada harga yang biasa-biasa sehinggalah ke harga yang tinggi untuk jam tangan yang berjenama seperti Apple Watch, Garmin, Casio dan sebagainya. 

Jam Casio: https://shopee.com.my/casio.os/17720420627

3. Minyak Wangi Lelaki 

Minyak wangi memberikan aura tersendiri untuk pemakainya. Menjadikan minyak wangi sebagai barang hantaran lelaki adalah merupakan idea yang baik. Pilih bau minyak wangi yang disukai oleh anda dan pasangan. Ini adalah penting untuk memastikan ia digunakan sebaiknya kelak. 

Elakkan memilih minyak wangi yang terlalu kuat baunya. Anda boleh memilih pelbagai jenama minyak wangi yang terkenal, contohnya seperti Versace, Chanel, Hugo Boss, Dior dan sebagainya. Sekiranya bajet anda terhad, jangan risau! Anda boleh dapatkan pelbagai pilihan minyak wangi berkualiti di Shopee. 

Minyak wangi Hugo Boss: https://shopee.com.my/greenberryglobal/8118808477

4. Kaca Mata (Shade)

Idea menjadikan kaca mata sebagai barang hantaran juga satu idea yang menarik. Lebih-lebih lagi apabila pasangan anda suka memakai kaca mata sebagai gaya hariannya. Sebaiknya, pilih kaca mata yang mempunyai ciri-ciri boleh melindungi mata daripada cahaya UV.

Terdapat pelbagai pilihan warna dan bentuk kaca mata yang terdapat di pasaran. Anda boleh pilih mengikut citarasa dan kesesuaian pasangan anda. Selain itu, anda boleh beli satu juga untuk diri anda. Bolehlah pakai bersama-sama semasa pergi bercuti untuk berbulan madu kelak!

Kaca mata hitam: https://shopee.com.my/vapeesteam/23814629965

5. Kasut 

Kasut adalah merupakan item yang sering menjadi pilihan sebagai barang hantaran. Apabila membuat keputusan untuk membeli secara dalam talian, pastikan anda mengukur saiz kaki anda dengan tepat bagi mengelakkan kasut yang dibeli tidak dapat dipakai. 

Anda tidak semestinya perlu memberikan kasut kulit kepada pasangan lebih-lebih lagi apabila dia tidak sering menggunakannya. Antara jenama pilihan kasut yang sesuai untuk dijadikan hantaran ialah Sketchers, Clarks, Vans, dan sebagainya. 

Kasut Vans: https://shopee.com.my/vansofficial.os/18570695147

6. Set Sejadah & Tasbih

Bagi pasangan yang muslim, anda boleh masukkan sejadah sebagai salah satu item untuk barang hantaran anda. Banyak pilihan sejadah yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan serta sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran. Anda juga boleh menggandingkannya dengan set tasbih untuk nampak lebih menarik. 

Set sejadah & tasbih: https://shopee.com.my/sejadah.co/13632226354

7. Beg Sandang (Sling Bag)

Sesetengah kaum lelaki suka memakai beg sandang untuk menyimpan barang berharga mereka apabila pergi bekerja atau berjalan-jalan. Ambil tahu jenis beg sandang kesukaan pasangan anda dan jadikannya sebagai barang hantaran. 

Terdapat pelbagai jenis pilihan beg sandang yang anda boleh pilih mengikut saiz, warna dan sebagainya. 

Beg sandang: https://shopee.com.my/swisspolo.os/2019181511

8. Baju

Baju juga adalah merupakan salah satu pilihan yang menarik untuk dijadikan hantaran.

Anda boleh memilih untuk memberikan baju melayu, kurta, kemeja, baju T-shirt yang berkualiti tinggi ataupun hoodie. Anda boleh pilih warna yang sama dengan baju anda untuk padankan dengan pasangan!

Hoodie: https://shopee.com.my/18375534312aa.my/12807576603

9. Kain Pelikat

Lelaki dan kain pelikat sememangnya tidak dapat dipisahkan. Jadi, tak sahlah sekiranya anda tidak memasukkan kain pelikat sebagai item dalam hantaran anda untuk pasangan.

Anda boleh beli 2-3 helai kain pelikat dengan warna yang berbeza. Terdapat  banyak kegunaan kain pelikat dalam kehidupan seharian contohnya boleh digunakan semasa solat. 

Kain pelikat: https://shopee.com.my/pelikatkubahmas/12336857972

10. Fon Telinga Tanpa Wayar (Wireless Earbuds)

Hah, kaum lelaki pasti suka idea ini! Fon telinga tanpa wayar juga salah satu idea menarik untuk dijadikan sebagai hantaran. Lebih-lebih lagi apabila pasangan anda suka menggunakan gadget dan belum memiliki fon telinga tanpa wayar lagi.

Ini akan memudahkan pasangan anda untuk melakukan kerja ataupun mendengar lagu. Walaubagaimanapun, pastikan anda membaca review dulu sebelum membeli untuk mengetahui kualitinya. 

Wireless Earbuds: https://shopee.com.my/n4b22rakor/18467075516

Kesimpulan

Akhir kata, berilah barang hantaran yang berguna untuk pasangan anda mengikut bajet yang anda miliki. Elakkan membeli barang yang tidak akan digunakan kerana ia satu pembaziran kos. 

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!