iBantuan Terengganu: Daftar, Mohon, Semak Status Kelayakan

iBantuan Terengganu merupakan sebuah portal sehenti bagi semua program bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri Terengganu.

Sistem iBantuan ini telah dihubungkan dengan Sistem Profil Rakyat Negeri Terengganu (PRT20) bagi kemudahan semakan pemohon.

Maklumat pemohon wajib ada di dalam PRT20 bagi melayakkan pemohon memohon melalui iBantuan.

Penggunaan sistem iBantuan ini selari dengan kemajuan teknolog yang membolehkan segala proses permohonan dan semakan dilakukan secara dalam talian.

Cara Daftar iBantuan Terengganu

Pemohon wajib mendaftar sebagai pengguna iBantuan sebelum mereka membuat permohonan.

Berikut merupakan langkah-langkah untuk mendaftar:

  1. Layari laman web iBantuan Terengganu di https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/
  2. Klik pada tulisan “Daftar” di bawah borang log masuk
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Isi katalaluan
  5. Ulang semula kata laluan
  6. Klik butang Daftar

Sekiranya maklumat pemohon tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan.

Pemohon boleh MUAT TURUN Borang PRT20 melalui laman web iBantuan atau boleh rujuk JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN untuk memperolehi borang PRT20 A & B.

Pemohon wajib ISI semua Maklumat dlm Borang PRT20 A & B, kemudian hantar terus kepada JPKK atau Pihak PKMD dalam tempoh permohonan

Syarat Pendaftaran

  1. Pemohon adalah rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu.
  2. Maklumat pemohon mesti telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20).
  3. Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
  4. Permohonan dibuat secara atas talian (online) melalui sistem iBantuan.

Syarat khusus bagi setiap jenis bantuan yang diberikan adalah berbeza.

Sebagai contoh, bagi Bantuan i-Fitri 2023 dan Lesen Motor Terengganu Sejahtera, terdapat syarat khusus yang perlu dipatuhi oleh setiap pemohon bagi membolehkan permohonan mereka dipertimbangkan.

Cara Memohon Bantuan Melalui iBantuan Terengganu

bantuan negeri terengganu

Setelah mendaftar akaun iBantuan, anda boleh log masuk dan lihat senarai bantuan yang dibuka untuk permohonan.

Setiap jenis bantuan hanya dibuka untuk tempoh masa tertentu sahaja.

Setelah log masuk akaun iBantuan anda, lihat senarai bantuan yang dibuka untuk permohonan dan klik pada butang “Mohon”.

Sila baca dengan teliti setiap syarat kelayakan yang dinytakan kerana setiap program bantuan mempunyai syarat-syarat kelayakan khusus yang perlu dipatuhi oleh pemohon.

Lesen Motor Terengganu Sejahtera

Bantuan “Lesen Motor Terengganu Sejahtera” adalah tajaan kos mengambil lesen bagi pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Syarat kelayakan LMTS

Syarat-syarat permohonan adalah seperti yang berikut:

  1. Pemohon berumur 16 tahun hingga 40 tahun semasa tarikh permohonan dibuka (Bagi pemohon
    16 & 17 tahun, permohonan mestilah dibuat oleh ibu/bapa/penjaga pemohon).
  2. Penerima yang lulus LMTS pada tahun sebelum ini, TIDAK LAYAK memohon bagi LMTS 2023.
  3. Pemohon yang BEKERJA, pendapatan bulanan tidak melebihi RM1,500 sebulan.
  4. Pemohon yang TIDAK BEKERJA, jumlah pendapatan ISI RUMAH tidak melebihi RM2,500 sebulan.
  5. Pemohon mestilah bebas daripada KES SAMAN dan MAHKAMAH.
  6. Pemohon OKU layak memohon untuk lesen B2 sahaja.
  7. Latihan/kursus hanya boleh melibatkan Institut Memandu (IM) yang berdaftar dengan pihak TSIS
    sahaja.
  8. Kos yang ditanggung melibatkan kos membuat lesen, MYeG, SST dan insurans sahaja.
  9. Kelulusan program LMTS hanya sekali SAHAJA bagi setiap pemohon.
    10.Permohonan boleh DITOLAK sekiranya maklumat TIDAK BENAR dan TIDAK LENGKAP

Bantuan i-Fitri 2023

Bantuan khas sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri agar segala perbelanjaan untuk sambutan ini dapat diringankan sedikit buat semua umat Islam yang menyambutnya.

Syarat kelayakan i-Fitri

  1. Penerima Bantuan i-Fitri tahun 2022 perlu mengemaskini maklumat permohonan dan dokumen di dalam
    sistem i-bantuan dalam tempoh permohonan.
  2. Pemohon merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) yang MEMPUNYAI TANGGUNGAN dengan jumlah
    pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM2,500.00 sebulan (termasuk gaji dan semua elaun
    tetap).
  3. Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada
    RM2,500.00 sebulan dan di sahkan oleh JPKK.
  4. Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK
    memohon.
  5. Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu mengemukakan Surat Akuan Pendapatan yang disahkan
    oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK.
  6. Pemohon perlu mencetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan
  7. PERMOHONAN boleh di tolak sekiranya Maklumat tidak benar dan tidak lengkap

Baca lagi: i-Fitri 2023: Bantuan Aidilfitri Rakyat Terengganu & Perantau

Maklumat lanjut

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan “Lesen Motor Terengganu Sejahtera” dan “i-Fitri” sila layari portal iBantuan Terengganu di alamat https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!