Tawaran Geran Pelajar Anugerah Gemilang eKelas 2022 Maxis

Sukacita dimaklumkan bahawa Maxis kini menawarkan Anugerah Gemilang eKelas untuk pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Anugerah Gemilang eKelas merupakan inisiatif daripada Maxis untuk mengiktiraf usaha pelajar terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.

Di samping itu, anugerah ini juga diperkenalkan bagi memberi inspirasi serta motivasi kepada pelajar untuk mencapai yang terbaik dalam pelajaran mereka.

Baca Juga : Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) Sesi Persekolahan 2023

Kadar Geran Pelajar Anugerah Gemilang eKelas

Penerima bakal memperoleh anugerah dalam bentuk simpanan berjumlah RM600 dan RM1,200 dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional atau SSPN Plus oleh PTPTN.

 Anugerah Gemilang eKelas 2022

Kriteria Pemilihan

Untuk makluman, penilaian Anugerah Gemilang eKelas ini dibuat berdasarkan 2 perkara:

  1. Peningkatan dalam keputusan peperiksaan akhir tahun/PT3/Percubaan SPM 2022 yang dibandingkan dengan keputusan peperiksaan akhir tahun 2021.
  2. Peningkatan dalam keputusan ujian Penilaian Akhir eKelas yang dibandingkan dengan keputusan ujian Pra-Penilaian eKelas.
  3. Murid perlu menunjukkan peningkatan minimum sebanyak 1 gred atau mengekalkan gred A, contohnya:
  • Gred E meningkat ke D
  • Gred D meningkat ke C
  • Gred C meningkat ke B
  • Gred B meningkat ke A
  • Gred A kekal di Gred A

Pemilihan penerima geran akan dibuat oleh sebuah jawatankuasa pemilih di Maxis, dan kriteria tahun 2022 mungkin berlainan dengan tahun sebelumnya.

Semua keputusan akhir adalah hak jawatankuasa tersebut.

Syarat Kelayakan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang telah mendaftar akaun sebagai Pelajar dalam portal eKelas sebelum 31 Januari 2023.
  • Berasal dari keluarga B40 (pendapatan keluarga di bawah RM4,850 sebulan).

Cara Memohon

Calon boleh ikuti panduan permohonan seperti berikut :

  1. Layari laman web https://www.ekelas.com.my/.
  2. Daftar masuk ke dalam portal eKelas.
  3. Klik menu “Competition” dan klik “Anugerah Gemilang.”
  4. Ambil ujian Pra-Penilaian dan Akhir yang terdapat dalam bahagian modul di bawah laman tersebut.
  5. Isi borang permohonan Anugerah Gemilang.
  6. Muat naik semua dokumen yang diperlukan.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Anugerah Gemilang eKelas, sila layari laman web https://www.ekelas.com.my/.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!