ePromise: Sistem Tandatangan Digital Dokumen Perjanjian JPA

Dengan ePromise, proses menandatangani secara digital dokumen perjanjian JPA dipermudahkan lagi seiring dengan kemajuan teknologi.

Walau bagaimanapun, bagi mengekalkan integriti sesuatu dokumen itu, prose menandatangani dokumen ini perlulah melalui proses yang betul bagi mengelakkan ianya disalahguna.

Laman web dan kemudahan ePromise bertujuan untuk mempermudahkan urusan ini.

Proses Tandatangan Dokumen Perjanjian ePromise

  1. Pelajar – Pelajar mendaftar sijil digital dengan log masuk ke ePROMISE dan menandatangi dokumen. Emel akan dihantar ke penjamin untuk tandatangan.
  2. Penjamin: Penjamin mendaftar sijil digital dengan log masuk ke ePROMISE dan menandatangani dokumen
  3. Wakil kerajaan: Wakil kerajaan atau Pegawai JPA menandatangani dokumen perjanjian
  4. Pemurnian: Dokumen perjanjian yang siap ditandatangani akan di hantar ke pelajar melalui emel.

Bagi penjamin, penjamin perlu mendaftar sama seperti pelajar.

Proses Pendaftaran Sijil Digital (Aplikasi MyTrustID)

  1. Cari “mmytrustid” dan install dari Google Playstore atau App Store
  2. Isi maklumat peribadi, gambar MyKAD depan/belakang, selfies da nombor telefon
  3. Set 6 digit kata keselamatan (PIN)
  4. Tambah sijil digital ePROMISE di bahagian “Certificates”
  5. Pendaftaran selesai kini anda boleh log masuk ePROMISE

Maklumat Lanjut & FAQ

Sekiranya permohonan digital berada pada status “Pending” di MyTrustID app, anda perlu menunggu sehingga pihak pihak Registration Authority (RA) membuat semakan identiti yang mengambil masa 3-5 hari bekerja.

Jangan uninstall, install dan register semula kerana ini akan membuat duplicate request dan akan melambatkan proses semakan identiti.

Sekiranya anda mendapat ralat “Sijil digital anda telah tamat tempoh” semasa log masuk, anda boleh aktifkan semula sijil digital anda melalui salah satu cara di bawah:

  1. Jika menggunakan aplikasi mobile MyTrustID, buka app, di muka ‘Home’, klik ikon ‘Certificates’, klik ‘Add Digital ID’ dan pilih Jabatan Perkhidmatan Awam.
  2. Mendaftar semula melalui web portal

Sebarang permasalahan mengenai pendaftaran sijil digital MyTrustID dan sistem e-PROMISE boleh menghubungi

Sekiranya anda mempunyai kesulitan menggunakan portal ePromise, sila layari portal ePromise dan baca panduan yang disediakan di halaman tersebut.

MUAT TURUN MANUAL PENGGUNA E-PROMISE

1) Pendaftaran sijil digital pelajar/penjamin [Muat Turun]

2) Manual Pengguna (Pelajar) – Tandatangan dokumen perjanjian melalui ePROMISE [Muat Turun]

3) Manual Pengguna (Penjamin) – Tandatangan dokumen perjanjian melalui ePROMISE [Muat Turun]

Baca juga: MySTP Calon: Login Sistem Tawaran Pelantikan SPA

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!