e-Pharmacist: Portal Penempatan Pegawai Farmasi KKM

e-Pharmacist: Portal Penempatan Pegawai Farmasi KKM

MAKLUMAN TERKINI : KKM akan membuka semula sistem e-Pharmacist pada tarikh baharu iaitu 30 Januari 2023 (Isnin) pukul 12 tengah hari sehingga 1 Februari 2023 (Rabu), manakala tarikh melapor diri bagi mengikuti Program Transformasi Minda (PTM) masih dikekalkan pada 13 Februari depan.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Portal e-Pharmacist serta panduan pendaftaran.

Apakah e-Pharmacist?

ePharmacist merupakan sebuah portal Sistem Pengurusan Pegawai Farmasi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang digunakan bagi pemilihan penempatan latihan siswazah bagi Pegawai Farmasi Gred UF41.

Harap maklum bahawa portal ePharmacist ini hanya boleh digunakan oleh pegawai yang sudah lulus tapisan SPA sahaja, bukanlah graduan pengajian farmasi yang telah tamat pengajian.

Permohonan bagi penempatan akan dibuka dan ditutup dan semasa ke semasa bergantung pada sesi pengambilan pegawai baru oleh KKM.

Proses Permohonan Pegawai Farmasi Gred UF41

Bagi yang masih keliru mengenai proses lantikan Pegawai Farmasi Gred UF41, berikut merupakan langkah-langkah permohonan:

  1. Tamat pengajian: Mendapat transkrip akademik sehingga semester terakhir dan surat senat / sijil ijazah
  2. Permohonan pendaftaran di Lembaga Farmasi Malaysia (LFM): Mohon pendaftaran dengan LFM di https://prisma.pharmacy.gov.my/
  3. Permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA): Permohonan jawatan Pegawai Farmasi Gre UF41 di dalam perkhidmatan awam melalui portal rasmi SPA dan daftar di sistem SPA8i.
  4. Lulus tapisan SPA: Keputusan dan status permohonan akan dimaklumkan melalui sistem SPA8i oleh pihak SPA.
  5. Permohonan penempatan di ePharmacist: Permohonan penematan di KKM melalui aplikasi ePharmacist. Notifikasi akan dihantar ke emel calon dan pengumuman akan dibuat di muka hadapan ePharmacist.
  6. Program Transformasi Minda (PTM): Lokasi PTM akan dimaklumkan dan surat panggilan PTM akan diberikan melalui aplikasi ePharmacist selewat-lewatnya (1) minggu sebelum tarikh PTM.

Artikel berkaitan: SPA8i : Pendaftaran & Semakan Status Permohonan Kerja Kerajaan

Pendaftaran e-Pharmacist

Bagi individu yang belum pernah menggunakan portal ePharmacist ini, anda perlulah mendaftarkan akaun terlebih dahulu.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk pendaftaran akaun:

  1. Layari halaman pendaftaran di alamat https://epharmacist.moh.gov.my/auth/daftar
  2. Masukkan nombor kad penngenalan
  3. Klik pada butang Login Pegawai
  4. Lengkapkan segala butiran dan maklumat peribadi diri untuk mendaftarkan akaun anda

Setelah selesai mendaftarkan akaun, anda boleh log masuk ke akaun anda di https://epharmacist.moh.gov.my/auth/login dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan.

Sila rujuk panduan permohonan penempatan dan penangguhan bagi pegawai farmasi melalui manual di bawah:

e-pharmacist epharmacist kkm
e-pharmacist epharmacist kkm
e-pharmacist epharmacist kkm
e-pharmacist epharmacist kkm

MUAT TURUN MANUAL PDF :

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan masalah ketika menggunakan portal ePharmacist ini, sila hubungi pegawai yang bertugas di talian 03-8883 2803/ 2653/ 2651

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!