eGumis – Semakan Wang Tak Dituntut Online (WTD)

Portal eGUMIS boleh diakses secara rasmi bagi memudahkan urusan semakan Wang Tak Dituntut (WTD) online.

Semakan boleh dibuat sama ada menggunakan nombor kad pengenalan (individu) atau nombor pendaftaran syarikat (syarikat).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Portal eGumis & cara membuat semakan WTD anda secara atas talian.

Apa Itu Wang Tak Dituntut?

WTD merupakan sejumlah wang milik mana-mana individu atau syarikat sama ada dalam bentuk simpanan, dividen, tuntutan insurans, bank draf atau sebagainya.

Wang ini tidak dituntut oleh pemiliknya dalam satu tempoh yang telah ditetapkan.

Tahukah anda bahawa sehingga Mac 2023 yang lalu, sebanyak RM11bilion wang yang tidak dituntut diterima oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Wang tak dituntut atau WTD juga merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.

Contohnya:

  • gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  • dividen;
  • keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  • tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  • draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  • simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  • cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai;
  • pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Selain itu, wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun termasuk dalam WTD. Contohnya:

  • Akaun simpanan;
  • Akaun semasa;
  • Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

Baca juga: THiJARI: Login, Pendaftaran & Semakan Penyata Tabung Haji Online

Fungsi Portal eGumis

Portal eGUMIS menyediakan kemudahan seperti berikut

  1. membuat bayaran serahan WTD melalui FPX;
  2. memuatnaik Daftar WTD yang telah diencrypt secara atas talian;
  3. menyemak status serahan WTD yang dikemukakan secara atas talian;
  4. memuatturun resit serahan WTD;
  5. memuatturun surat kuiri serahan WTD; dan
  6. mengemaskini rekod syarikat/firma yang pernah didaftarkan dalam sistem Pendaftar WTD.

Individu dan syarikat/firma dibenarkan untuk membuat semakan WTD secara dalam talian melalui nombor pengenalan diri dan nombor pendaftaran syarikat.

Terdapat kemudahan semakan WTD secara online disediakan oleh Pendaftar. Sila rujuk cara semakan di bawah:

Cara Semakan Wang Tak Dituntut Online Melalui Portal eGumis

Bagi memudahkan urusan semakan WTD online, Jabatan Akauntan Negara (JANM) telah melancarkan portal eGUMIS.

Untuk menggunakan sistem tersebut, anda perlu ikut beberapa langkah mudah di bawah:

Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal. 
Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu. 
Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna. 
Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)

Untuk fasa awal, eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD dari tahun 2006 sehingga sekarang.

Sistem ini hanya membenarkan carian sebanyak 2 kali sehari.

wang tak dituntut

Contoh gambar dalam semakan ini menunjukkan RM269.41 Wang Tak Dituntut.

Tekan kotak biru ‘Teruskan Dengan Permohonan’ untuk proses tuntutan.

Proses Tuntutan WTD

Jika ada jumlah Wang Tak Dituntut, boleh buat Permohonan untuk dimasukkan ke dalam akaun bank kita yang terkini.

Permohonan tuntutan WTD layak untuk pihak-pihak berikut:

  • Empunya/pemilik WTD sendiri; 
  • Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
  • pelikuidasi yang mewakili syarikat/firma yang sedang dalam proses penggulungan 
  • Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
  • Suruhanjaya Syarikat Malaysia/Jabatan Insolvensi Malaysia bagi syarikat/firma yang bubar atau individu bankrap

Setelah membuat tuntutan, wang anda akan diproses dan biasanya mengambil masa lebih kurang 1 bulan untuk dikreditkan ke akaun bank yang dinyatakan dalam borang tuntutan.

wang tak dituntut

Untuk maklumat lanjut sila rujuk garis panduan tuntutan WTD.

Manual sistem eGUMIS boleh dimuat turun di sini.

Baca juga: KWAPM: Permohonan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!