Dividen Bank Rakyat 2023/2024 & Tarikh Pengkreditan

Masuk bulan April, ahli Bank Rakyat mungkin mula tertanya-tanya bilakah dividen akan diumumkan dan berapa agaknya kadarnya pada tahun ini kan?

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang dividen Bank Rakyat dan cara membuat semakan pengkreditan bagi ahli-ahli terlibat.

Apakah Dividen Bank Rakyat?

Bank Rakyat yang ditubuhkan pada 28 September 1954 di bawah Ordinan Syarikat Kerjasama 1948 yang kini merupakan bank koperasi Islam terbesar di Malaysia dengan memiliki aset berjumlah RM117.33 bilion berakhir Disember 2022.

Transformasi daripada sistem perbankan konvensional kepada sistem perbankan Syariah sejak tahun 2002 telah menjayakan Bank Rakyat untuk terus mencatatkan keuntungan yang memberangsangkan saban tahun. Bagi tahun kewangan berakhir Disember 2022, Bank Rakyat telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM1.70 bilion. 

Sebagai agensi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Bank Rakyat komited untuk menyokong misi Kementerian untuk mengukuhkan sektor koperasi sebagai tunjang pertumbuhan ekonomi negara melalui semua usaha dan langkah yang diatur.

Sehingga kini, Bank Rakyat mempunyai 148 cawangan dengan lebih daripada 989 mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) serta 127 Ar-Rahnu X’Change di seluruh negara. Bank Rakyat juga mengendalikan pusat panggilan tele-Rakyat yang boleh dihubungi di talian 1-300-80-5454(Bebas Tol) dan perbankan internet iRakyat di www.irakyat.com.my.

Berbeza dengan ASB, unit amanah Bank Rakyat adalah terhad dan tidak dibuka untuk penjualan atau pembelian sepanjang tahun.

Sebaliknya, anda perlu menunggu tarikh penawaran baru dari bank atau mencari pemegang saham untuk membeli unit daripada mereka.

Merujuk kepada laman web rasmi Bank Rakyat pula, Pelaburan Unit Amanah Bank Rakyat ditawarkan kepada:

  1. Pemohon individu:
    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur 18 hingga 65 tahun
    3. Bagi pelaburan bersama; pelabur utama mestilah berumur 18 tahun ke atas, dan tiada syarat umur bagi pelabur bersama
    4. Permohonan untuk nama bersama adalah terhad kepada dua orang sahaja.
  2. Pemohon institusi – Syarikat, koperasi, pertubuhan, pemilik tunggal, institusi, dll
  • Jumlah pelaburan minimum bermula pada RM500* (*Berbeza mengikut dana)

Dividen Bank Rakyat 2024 Bagi Tahun Kewangan Berakhir Disember 2023

Dividen Bank Rakyat biasanya diumumkan sekitar bulan April setiap tahun.

Bagi tahun ini, ia telah diumumkan pada 5 April 2024.

Bank akan membuat pembayaran dividen setelah ianya mendapat kelulusan daripada pihak-pihak berkenaan.

Bank Rakyat umum dividen 15% dan dividen istimewa 2% bagi tahun kewangan 2023 bersempena dengan Ulang Tahun Bank Rakyat ke-70.

Pembayaran dividen kepada anggota akan dibuat bermula 5 April 2024, manakala dividen istimewa akan dilakukan pada September 2024.

Bank Rakyat juga merekodkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.76 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Di sini kami kongsikan sejarah kadar dividen bagi tahun-tahun sebelumnya.

TahunKadar Dividen
202215%
202115%
202013%
201914%
201813%
201715%
201615%
201513%
201415%
201315%
201218%
201120%
201015%

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan info terkini dan maklumat sahih berkenaan tarikh pengumuman dan kadar dividen Bank Rakyat, sila rujuk saluran berikut:

Baca juga:

Info Bank Rakyat

Bank Rakyat telah ditubuhkan pada Bulan September 1954 dibawah Ordinan Koperasi 1948, berikutan perkembangan pergerakan koperasi di Semenanjung Malaysia.

Bagi memudahkan perkembangan pergerakan koperasi, pihak koperasi telah menubuhkan bank persatuan masing-masing bagi menyediakan kemudahan kewangan kepada ahli-ahli mereka.

Pada 28 September 1954, 11 daripada bank persatuan membuat keputusan untuk bergabung dan membentuk Bank Agong (Apex Bank)

Pada tahun 1967, Bank Kerjasama Malaysia Berhad telah menggantikan Bank Agong dengan membuka keahlian tidak hanya terhad kepada koperasi, tetapi juga kepada individu. Berikutan pertukaran kepada undang-undang kecil juga telah menyebabkan penubuhan subsidiari syarikat dan pembukaan cawangannya bagi melayan pelanggan dan juga keahlian.

Pada 6 Januari 1973, nama Bank tersebut telah ditukar kepada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai Bank Rakyat.

Bank Rakyat diselia oleh Undang-undang dan Akta Bank Kerjasama Rakyat (M) Berhad 1978 (Peruntukan Khas 202), yang membenarkan Bank Rakyat menyediakan pembiayaan kepada bukan ahli.

Pada tahun 1989, Bank Rakyat telah diletakkan dibawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Koperasi dan Kementerian Kewangan.

Pada tahun 1993, Akta Koperasi telah disemak semula bagi membenarkan Bank beroperasi di Sabah dan Sarawak.

Pada bulan Mei 8 1993, Bank Rakyat telah mengorak langkah ke arah bank koperasi syariah dengan memperkenalkan produk perbankan islam di empat cawangannya.

Bank Rakyat menjadi bank koperasi islam sepenuhnya pada tahun 2002. Sehubungan itu, dengan perkembangan penting ini, Bank Rakyat telah mencipta satu lagi peristiwa penting dimana ianya telah menjadi bank ketiga yang menawarkan produl perbankan islam secara sepenuhnya di Malaysia.

Pada 15 Februari 2002, Bank Rakyat bersama-sama dengan enam institusi kewangan dan pembangunan telah diletakkan dibawah kawalan Bank Negara Malaysia menurut Akta Pembangunan Institusi Kewangan (DFIA).

Pada 27 Mac 2004, Bank Rakyat telah diletakkan dibawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan.

Pada 15 April 2009, selepas penyusunan semula kabinet, Bank Rakyat telah diletakkan dibawah Kementerian Kewangan dan kemudiannya dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Pada tahun 2018, Bank Rakyat diletakkan di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang memainkan peranan terhadap pembangunan keusahawanan negara dan industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Sehingga kini, Bank Rakyat mempunyai sebanyak 147 cawangan yang menawarkan kemudahan perbankan Islam kepada pelanggannya.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!