Hari Malaysia 2023 – Tema & Sambutan Peringkat Kebangsaan

Ayuh! Rakyat Malaysia, jom kita ke Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak, pada 16 SEPTEMBER 2023 (AHAD), pukul 7.00 MALAM sempena Sambutan Hari Malaysia 2023.

Pelbagai acara dan persembahan menarik, antaranya, persembahan pembukaan tarian kontemporari berkonsepkan “Soul of Malaysia”, Persembahan Khas Muzikal “Segulai Sejalai” dan saksikan juga persembahan artis-artis terkenal tanah air.

Jangan ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Ikuti siaran langsung menerusi semua stesen penyiar atau menerusi Facebook live @Kementerian Komunikasi dan Digital dan @Merdeka360.

Sambutlah Hari Malaysia 2023 dengan penuh kebanggaan dan jiwa yang penuh semangat patriotisme!

Sambutan Hari Malaysia 2023, Peringkat Kebangsaan pada ketetapan berikut:

  • Tarikh : 16 September 2023 (Sabtu),
  • Tempat : Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak
  • Masa : Jam 7.00 malam.

Semua dijemput hadir!

Pengenalan

Tanggal 16 September 1963 adalah merupakan tarikh keramat bagi Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.

Ini kerana pada tarikh 16 September 1963 telah berlakunya satu peristiwa penting di mana berlakunya pembentukan, pengisytiharan penubuhan Malaysia menjadi sebuah negara baharu. Bagi mengingati sejarah peristiwa 16 September 1963, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun.

Pembentukan Malaysia berdepan pelbagai cabaran termasuk tentangan daripada Indonesia dan Filipina, yang memaksa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar misi ke Borneo Utara pada 1963 yang mendapati majoriti rakyat Borneo Utara (kini Sabah) menyokong penubuhan Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun perlu dijadikan asas untuk memperingati, menghayati dan memahami sejarah penubuhan Persekutuan Malaysia demi mengekalkan Malaysia sebagai negara berdaulat.

Tema Sambutan 2023

Sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan tahun ini akan diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching, Sarawak 16 September ini.

Sambutan itu juga menggunakan tema sama dengan Hari Kebangsaan 2023 iaitu “Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan”.

Tambahan cogan kata dalam Bahasa Iban iaitu “Segulai Sejalai”, yang membawa maksud “berjalan seringan”, akan turut digunakan pada sambutan itu nanti.

Sambutan Hari Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan

SIARAN LANGSUNG / LIVE Sambutan Hari Malaysia 16 September 2023 ini akan diadakan di Stadium Perpaduan Kuching.

Saksikan Siaran Langsung pada pukul 8.30 malam di semua stesen penyiar.

Layari www.merdeka360.my untuk maklumat lanjut.

#HKHM2023

#SEGULAISEJALAI

#Merdeka360

Facebook : https://www.facebook.com/HariKebangsaanHariMalaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/merdeka360

Twitter : @merdeka360

TikTok : https://www.tiktok.com/@merdeka360_?_t=8dkYGQQp4D3&_r=1

Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCuVoIQqgN9vEAdiBmOyULdA

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!