Hari Malaysia 2023

Hari Malaysia yang disambut pada 16 September setiap tahun adalah hari untuk memperingati pembentukan Malaysia.

Berbeza dengan Hari Kebangsaan atau Hari Kemerdekaan, Hari Malaysia menandakan hari penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pada awalnya, Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri namun ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

Namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia telah diisytiharkan sebagai cuti am di semua negeri di Malaysia.

Sejarah Hari Malaysia, 16 September 1963

Rentetan kepada peristiwa pembentukan Malaysia ini bermula apabila Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam ucapannya di depan Persidangan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara yang diadakan di Hotel Adelphi, Singapura pada 27 Mei 1961.

Ketika itu, beliau telah membayangkan penubuhan sebuah negara yang melibatkan gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah.

Menurut pakar sejarah, kerjasama gabungan ini dilihat sebagai satu bentuk kerjasama dari segi politik dan ekonomi dan ianya juga sebagai satu langkah untuk menyekat pengaruh komunis yang dilihat semakin menular dan menjejaskan kestabilan politik.

Pada 17 Januari 1962, sebuah suruhanjaya telah ditubuh dan dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold untuk meninjau pandangan penduduk negeri-negeri yang terlibat dalam pembentukan Malaysia.

Dari referendum itu, pembentukan gagasan itu dipersetujui dan pada 21 Jun 1962, laporan tersebut diserahkan kepadaan kerajaan British.

Kesepakatan akhirnya dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Perdana Menteri Britain, Harold Macmillan untuk mengadakan sebuah rundingan di London.

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakilwakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.

Namun begitu, Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Pengisytiharan tersebut telah dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah.

Pengisytiharan yang sama juga turut dilakukan serentak di Jesselton (Kota Kinabalu), Kuching dan Singapura.

Namun, pada tahun 1965, disebabkan beberapa masalah politik dalaman yang melanda antara Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura, Singapura telah menarik diri dari Malaysia untuk muncul sebagai sebuah negara Republik.

Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

Tahukah anda apakah itu Hari_Malaysia dan apakah sejarah yang tersemat di sebaliknya?

Jom baca selanjutnya.

hari malaysia sejarah 16 september 1963
Sumber: RTM

Apakah Hari Malaysia?

16 September 1963 merupakan hari bersejarah kerana memperingati peristiwa penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Namun begitu, Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963 di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.

Sejarah Pembentukan Malaysia Selepas Kemerdekaan Tanah Melayu

Hari Malaysia ini tidak harus dikelirukan dengan Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan yang disambut pada setiap 31 Ogos.

Hari Malaysia diisytiharkan sebagai cuti umum pada tahun 2010, dimana rakyat Malaysia dapat meraikan atau menyambut dua perayaan yang berkaitan dengan kemerdekaan negara.

Pembentukan Malaysia dimungkinkan dengan menandatangani Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia oleh wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura pada 9 Julai 1963 untuk membentuk Malaysia pada 31 Ogos 1963.

Namun, disebabkan oleh beberapa isu yang dihadapi pada masa itu, Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.

Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 17 September 1963, dimana Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membacakan Deklarasi Malaysia di hadapan 30,000 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum dan diakhiri dengan laungan “Merdeka” sebanyak tujuh kali.

Maka, lahirlah sebuah negara baru, Malaysia.

hari malaysia 16 september 1963 2022
Infografik oleh Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE)

Baca juga : Hari Kemerdekaan Sabah