Pengisian & Contoh Aktiviti Minggu Pertama Sekolah – KPM

Konsep Pengisian & Aktiviti Minggu Pertama Sekolah – KPM

Melalui Pekeliling Bilangan 5 Tahun 2023 (Pengurusan Minggu Pertama Persekolahan Sesi 2023/2024), kelas akademik tidak lagi perlu dijalankan pada minggu pertama persekolahan.

Ramai yang teruja dengan inistiaf baharu ini kerana suasana sekolah pasti ceria dan hubungan warganya tambah akrab, anak-anak, para guru dan warga sekolah juga tentunya lebih bermotivasi nanti.

Berikut dikongsikan maklumat tentang pengisian dan aktiviti minggu pertama persekolahan KPM yang baharu bagi sesi 2023 / 2024 ini.

Arahan Tiada Kelas Akademik, Diganti Dengan Sesi Suai Kenal – KPM

Kementerian Pendidikan memaklumkan minggu pertama sesi persekolahan pada minggu depan tidak melibatkan sebarang kelas akademik.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada semua sekolah menerusi arahan terbaharu bagi memberi ruang kepada pelajar dan guru untuk sesi suai kenal dan interaksi terlebih dahulu.

“KPM telah mengeluarkan arahan baharu kepada sekolah-sekolah bahawa minggu pertama tiada kelas akademik dan ia lebih kepada suai kenal dan sesi interaksi antara murid dan guru.

“Kita juga ada menggunakan pendekatan ABC iaitu (anak baik dan cerdik), biar mereka baik dahulu baru cerdik. Kita faham komitmen ibu bapa yang akan mengambil cuti setiap kali buka sesi persekolahan baharu bagi melayan karenah anak-anak,” katanya dalam sesi temubual bersama sebuah radio yang dilaporkan oleh KOSMO.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, arahan terbaharu itu juga dibuat bagi mengelakkan tekanan kepada pelajar baharu terutamanya mereka yang baharu menjejak kaki ke alam persekolahan.

“Kita tahu awal-awal persekolahan mesti anak-anak akan meragam, ibu bapa juga mesti akan merasai tekanan tersebut.

“Jadi kita nak beri ruang kepada ibu bapa, guru-guru dan komuniti sekolah bersama anak-anak mereka, bagi mereka (anak-anak) selesa dahulu,”katanya.

Berikut dikongsikan Surat Pekeliling Ikhtisas KPM yang dikeluarkan pada 9 Mac 2023 berkenaan perkara ini dan contoh aktiviti yang akan dijalankan pada minggu pertama sekolah nanti.

minggu pertama sekolah tiada kelas akademik persekolahan KPM
minggu pertama sekolah tiada kelas akademik persekolahan KPM
minggu pertama sekolah tiada kelas akademik persekolahan KPM

Konsep Pengisian & Aktiviti Minggu Pertama Sekolah – KPM

Konsep serta cadangan pengisian dan aktiviti minggu pertama persekolahan bertujuan untuk memastikan pembukaan sekolah berjalan dalam suasana ceria, mesra dan selamat.

6 konsep yang ditekankan adalah :

1. Mewujudkan suasana ceria, selamat, bermakna dan terancang

  • Permainan
  • Riadah / Senamrobik / Kecergasan
  • Sukaneka / Sukan

2. Mempunyai nilai pendidikan dan berinformatif

  • Aktiviti Projek
  • Aktiviti Penyelasaian Masalah
  • Aktiviti Penerapan Nilai dan Pembangunan Sahsiah

3. Merupakan sebahagian pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat memupuk nilai

  • Aktiviti Minda dan Rekacipta
  • Aktiviti Pembelajaran Bertema
  • Aktiviti Pembelajaran Kendiri

4. Mewujudkan komunikasi berkesan melibatkan murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti

  • Aktiviti Bersama-sama Keluarga
  • Aktiviti Kemasyarakatan

5. Memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman yang erat antara murid, guru, ibu bapa atau penjaga dan komuniti

  • Aktiviti Berkumpulan
  • Aktiviti Serlah Bakat / Potensi
  • Aktiviti Ekspresi Seni Kreatif

6. Memupuk perpaduan dalam kalangan murid pelbagai kaum dan latar belakang sosioekonomi

  • Aktiviti Integrasi Perpaduan
  • Aktiviti Persembahan Citra Budaya
  • Aktiviti Usahawan Muda (Projek Kitar Semula)

Baca juga: 7 Teras Utama KPM Dalam Menerajui Sistem Pendidikan Negara

CADANGAN PROGRAM MINGGU PERTAMA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI AKADEMIK 2023/2024

Berikut dikongsikan cadangan program minggu pertama pembukaan sekolah sesi akademik 2023 / 2024 mengikut kesesuaian lokaliti dan keperluan sekolah masing-masing.

minggu pertama sekolah tiada kelas akademik persekolahan KPM
minggu pertama sekolah tiada kelas akademik persekolahan KPM
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: