[LIVE] Semakan CCTV Trafik Di Highway PLUS

Cara Check Status Trafik Di Lebuhraya Sesak Secara Live Melalui Portal LLM / CCTV HIGHWAY PLUS

Musim cuti akhir tahun ni, rata-rata orang ramai mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman dan ada juga yang bercuti ke pelbagai lokasi setelah lama berada di bawah perintah kawalan pergerakan.

Dalam sesetengah keadaan, ramai yang menjangkakan lebuh raya sudah pastinya akan sesak dipenuhi dengan kenderaan.

Ok di sini kami nak kongsikan satu tips sebelum anda memulakan perjalanan!

Apa kata, sebelum anda memulakan perjalanan terutamanya bagi yang merentas negeri, check dulu keadaan di highway berkenaan sama ada sesak atau pun tidak.

Dengan cara ini, dapatlah kita pastikan perjalanan lebih smooth, jimat masa serta tenaga dan tak ‘tersangkut’ berjam-jam di atas jalan raya.

Kalau jammed, bolehlah cari laluan alternatif untuk memudahkan perjalanan.

Mudah sahaja cara nak semak tu, mari lihat caranya yang kami kongsikan di bawah.

1. Cara Check Status Trafik Di Lebuhraya Sesak Secara Live Melalui Portal LLM

Tahukah anda, selain dari Apps Waze, korang boleh jugak check kesesakan highway melalui portal rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia secara LIVE.

Korang akan dapat Live Picture berapa banyak kereta sedang lalu dkt highway tersebut. Memang berfungsi untuk plan perjalanan.

Ini caranya:

  1. Pergi ke Portal Rasmi LLM di pautan ini: https://www.llm.gov.my/awam/cctv
  2. Klik pada tab Status Trafik Semasa.
  3. Kemudian, pilih lebuhraya mana yang kita nak tengok.
  4. Nanti akan dipaparkan rakaman CCTV Live view dari setiap kamera yang ada dekat highway tu. 
check highway

Ini contoh paparan highway yang kita dah pilih dan check tadi.

Ni contoh yang kami check tadi, jam 8.40 pagi. Biasanya awal pagi memang kurang orang kan?

Bila nampak smooth macam tu, bolehlah kita gerak ke lokasi dengan senang hati.

2. Cara Check CCTV Highway PLUS Melalui Apps

Dengan Aplikasi PLUS (Google PlayStore) dan (Apple Store), anda boleh mendapatkan maklumat terkini keadaan trafik dan melihat secara langsung melalui kamera CCTV sepanjang lebuh raya untuk anda merancang perjalanan.

Dengan Aplikasi PLUS, perjalanan di lebuh raya menjadi lebih mudah. Pilih saja CCTV yang akan dilalui sepanjang destinasi anda untuk mengetahui keadaan trafik semasa.

Di samping itu, anda juga boleh memesan makanan melalui #OrderDisini, mengetahui maklumat kadar bayaran tol atau menekan butang SOS untuk mendapatkan bantuan.

Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, jom muat turun Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat dan informasi terkini serta kemudahan yang disediakan di Lebuhraya PLUS.

3. Cara Check CCTV Highway Melalui Laman Web Jalanow

Ini yang paling mudah! Anda juga boleh membuat semakan CCTV di lebuhraya secara LIVE melalui pautan https://www.jalanow.com/malaysia-highways-live-traffic-cameras.htm

Memang bagus kemudahan ni kan?

Oh ya, selain nak check status trafik atau kesesakan di lebuh raya, anda juga boleh menggunakan laman web ini untuk mengetahui jumlah kadar bayaran tol yang diperlukan dari satu lokasi ke satu lokasi melalui KALKULATOR TOL.

Bolehlah kita pastikan baki dalam kad Touch n Go atau Smart tag tu mencukupi.

Baca juga:

Semoga perjalanan kita semua berjalan dengan lancar.

Jom kongsikan dengan rakan-rakan, semoga ianya bermanfaat!

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk laman web rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di pautan berikut:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!