Cara Buat Pindaan Amaun i-Sinar Kepada Jumlah Pengeluaran Maksimum

CARA TUKAR AMAUN ISINAR (Mulai 8 Mac 2021)

Ramai yang tertanya-tanya, bolehkah tukar amaun pengeluaran iSinar walaupun telah lulus dan menerima sebahagian bayaran?

Jawapannya boleh.

Bagaimana cara tukar amaun dan apakah syaratnya?

Jom kita baca selanjutnya.

Syarat Tukar Amaun iSinar

Berdasarkan FAQ i-Sinar yang terkini oleh KWSP, ahli boleh memohon untuk meminda amaun pengeluaran i-Sinar walaupun sekiranya permohonan anda telah diluluskan tertakluk kepada syarat berikut:

  1. Pilihan pindaan ini hanya dibenarkan dibuat sekali sahaja.
  2. Amaun pindaan adalah berdasarkan kelayakan maksimum pengeluaran semasa permohonan asal dibuat.

Maka, sila semak betul-betul kerana tiada lagi perubahan maklumat boleh dibuat sekiranya anda tersilap memilih jumlah pengeluaran.

Baca juga: Tarikh Bayaran Pengeluaran i-Sinar Tanpa Syarat 2021

Berapakah Jumlah Yang Boleh Dikeluarkan?

Jumlah pengeluaran iSinar Tanpa Syarat bergantung kepada amaun simpanan Akaun 1 ahli.

  • Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  • Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 (Akaun 1), mereka mempunyai akses kepada jumlah pengeluaran sehingga 10% daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Tarikh Permohonan Pindaan Maklumat Pengeluaran i-Sinar

Tarikh akhir permohonan i-Sinar adalah pada 30 Jun 2021.

Bagaimanapun, tarikh akhir Ahli boleh membuat permohonan pindaan maklumat pengeluaran dan pembatalan i-Sinar adalah sebelum 31 Disember 2021.

cara tukar amaun isinar
cara tukar amaun isinar

Cara Tukar Amaun i-Sinar Online

Untuk mengubah amaun pengeluaran yang tersilap tempoh hari, sila ikuti langkah berikut:

  1. Layari laman web isinar.kwsp.gov.my
  2. Klik menu ‘PINDAAN PENGELUARAN
  3. Kemudian, isikan butiran diri anda seperti dalam permohonan sebelumnya.
  4. Pada bahagian ‘Amaun Dimohon’, isikan amaun yang anda inginkan.
  5. Sila buat semakan sebelum membuat pengesahan.
    PENTING: Pilihan pindaan ini hanya dibenarkan dibuat sekali sahaja.
  6. Klik ‘Hantar’.

NOTA: Selain amaun pengeluaran, anda boleh meminda butiran maklumat pengeluaran i-Sinar seperti berikut:

  • Nombor telefon bimbit; dan/atau
  • Alamat surat menyurat; dan/atau
  • Butiran akaun bank; dan/atau
  • Maklumat bayaran : Nama Bank, Nombor Akaun Bank (Simpanan/Semasa) dan/atau Pilihan Lokasi Serahan Arahan Bayaran.

Tarikh Bayaran / Kelulusan Amaun Baru

Proses kelulusan satu-satu pindaan adalah dalam tempoh LIMA (5) hari bekerja. Ia akan berkuatkuasa untuk bayaran pengeluaran seterusnya mengikut jadual bayaran yang baharu

Perbezaan amaun yang dipinda akan dibahagikan secara sama rata berdasarkan baki bilangan bayaran pengeluaran.

Baca juga: Semakan Penyata KWSP Online Melalui i-Akaun & Cara Pendaftarannya

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan tentang permohonan baharu dan pindaan amaun i-Sinar KWSP, sila hubungi Hotline i-Sinar di talian 03-8922 4848.

Untuk maklumat lanjut berkaitan cara tukar amaun i-Sinar atau maklumat yang berkaitan, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di pautan berikut: https://isinar.kwsp.gov.my/faq

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!