Cara Cetak Sijil SSM Secara Online

Cara Cetak Sijil SSM

Sijil SSM anda hilang dan perlukan yang baharu? Tahukah anda yang kini anda boleh cetak semula sijil SSM secara online dengan beberapa langkah mudah?

Dengan kemudahan ini, maka anda tak perlulah bersesak di cawangan SSM semata-mata untuk menggantikan sijil yang sudah hilang.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui cara untuk cetak sijil SSM dengan mudah secara online.

Sijil Syarikat Malaysia (SSM)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) merupakan badan berkanun yang terbentu​k hasil daripada penggabungan Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang mengawal selia syarikat dan perniagaan. SSM yang mula beroperasi pada 16 April 2002.

Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.

Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.

Sijil ini boleh dicetak sebaik sahaja SSM didaftarkan sama ada secara online atau manual.

Kos Cetak / Print

Untuk makluman, kos untuk mendapatkan sijil ini adalah antara RM 50 hingga RM 95 (termasuk caj SST).

Anda perlulah sediakan wang yang mencukupi untuk dapatkan sijil baharu secara online.

Baca Juga : Cara Renew SSM Online Di Laman Rasmi ezBiz (Perbaharui Perniagaan)

Cara Cetak Sijil SSM Secara Online

Anda boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan sijil SSM baharu secara atas talian :

  • Pergi ke pautan SSMreprint.com dan pilih jenis sijil perniagaan SSM yang anda perlukan.
Cara Cetak Sijil SSM
  • Masukkan butiran syarikat seperti yang diminta. Anda juga akan diminta untuk berikan alamat emel supaya dokumen softcopy dapat dihantar.
  • Seterusnya, pilih jenis sijil yang anda ingin cetak.
  • Pada laman seterusnya, akan dipaparkan caj yang perlu dibayar. Klik ‘Process Payment (FPX)’ untuk buat pembayaran secara atas talian.
Cara Cetak Sijil SSM
  • Pilih bank dan tekan butang Pay untuk buat pembayaran.
  • Setelah transaksi anda berjaya, anda boleh muat turun dokumen-dokumen SSM yang telah dimohon.
  • Salinan softcopy juga akan dihantar ke e-mel dalam masa 1 jam waktu bekerja.
  • Setelah muat turun, anda bolehlah cetak sijil SSM seperti biasa dan gunakannya untuk perniagaan.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan mengenai proses cetak sijil SSM secara online, sila berhubungan dengan talian khidmat pelanggan di +6011-56537549 (Whatsapp) atau hantarkan emel ke [email protected].

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!