BINGKAS Selangor 2024: Semakan Kelulusan & Bayaran

Untuk makluman semua, mulai tahun 2022 ini, Kerajaan Selangor telah melancarkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

Ia merupakan program baharu yang memberikan bantuan sebanyak RM3,600 setahun ataupun RM300 sebulan kepada setiap keluarga yang layak pasca COVID-19.

BINGKAS boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti membeli barangan keperluan rumah, pembayaran yuran dan juga pendidikan anak-anak serta menyara keperluan hidup.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan tersebut.

Apakah Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS)?

Kerajaan Selangor akan memperuntukkan sejumlah RM3,600 setahun atau RM300 sebulan kepada keluarga termasuk ibu tunggal yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) di bawah inisiatif baharu yang dilaksanakan di bawah program BINGKAS.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 30,000 keluarga di Selangor akan menerima manfaat Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dengan peruntukan RM108 juta dan jangkaan 180,000 penerima manfaat.

https://youtu.be/Yt9xrHER3kM

Jumlah Bantuan BINGKAS Selangor

Jumlah bantuan yang akan disalurkan adalah RM300 sebulan selama 12 bulan, iaitu berjumlah RM3,600.

Manfaat Bantuan BINGKAS Selangor

  1. eWallet BINGKAS boleh digunakan di kedai serta pasar raya berdaftar
  2. Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (cashless)
  3. eWallet akan ditambah nilai secara automatik setiap bulan sebanyak RM300
  4. Antara barang keperluan asas yang diluluskan untuk pembelian adalah seperti berikut:
    • Roti
    • Biskut
    • Telur
    • Beras
    • Gula & Garam
    • Buah-buahan dan sayuran
    • Daging, ayam dan ikan
    • Minyak masak
    • Tepung
    • Lampin
    • Sabun, kelengkapan mandian
    • Barangan persekolahan

Syarat Kelayakan

Bantuan ini diperuntukkan untuk keluarga dan ibu tunggal, termasuk yang menerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan KISS Ibu Tunggal (KISS-IT) sebelum ini.

Dengan program BINGKAS, bukan sahaja ibu miskin akan mendapatkan bantuan tetapi keluarga-keluarga miskin lain yang tercicir sebelum ini boleh dirangkumi sekali, bukan sahaja 21,000 orang penerima sedia ada di dalam program KISS akan menikmati manfaat daripada BINGKAS tetapi tambahan 9000 kuota di bawah program BINGKAS telah membenarkan permohonan baru supaya tiada yang tercicir.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
  • Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.

BINGKAS akan meringankan beban kewangan rakyat dan akan membantu ketua-ketua keluarga untuk membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan bagi pelajar agar kualiti hidup warga Negeri Selangor dapat terus makmur.

Urusniaga pembelian Program BINGKAS ini sepenuhnya menggunakan kaedah pembelian secara tanpa tunai (cashless / E-Wallet).

Cara Memohon

PERHATIAN KEPADA PENERIMA / PEMEGANG KAD KISS YANG MASIH AKTIF

Sukacita dimaklumkan bahawa pemegang / penerima kad KISS didalam DUN Taman Medan yang masih aktif, nama anda akan dimasukkan secara automatik ke Program BINGKAS ini bermula 1 Julai 2022. Anda hanya perlu mengaktifkan akaun BINGKAS di Wavpay E-Wallet melalui aplikasi Selangkah.

Pengaktifan hanya boleh dilakukan pada bermula 1 Julai 2022 jam 9.00 Pagi.

Langkah-langkah untuk mengaktifkan BINGKAS boleh rujuk di sini : shorturl.at/amqwH

2. Selepas akaun BINGKAS anda diaktifkan, anda diberi masa selama 2 bulan (sebelum 31 Ogos 2022) untuk mengemaskini butiran peribadi anda di laman sesawang www.bingkasselangor.com bagi membolehkan anda dapat terus menerima manfaat ini. Jika gagal berbuat demikian atau telah hilang kelayakan, akaun BINGKAS anda akan ditamatkan pada 1 September 2022.

*Laman sesawang www.bingkasselangor.com hanya boleh diakses pada 1 Julai 2022 jam 9.00 Pagi

RUJUK PANDUAN PENDAFTARAN PENUH : shorturl.at/EW069

PERMOHONAN BARU BINGKAS (ONLINE)

1. Program BINGKAS ini masih mengekalkan sistem Kuota bagi setiap DUN didalam Selangor.

Untuk memohon BINGKAS, anda WAJIB muat turun aplikasi SELANGKAH & aplikasi WavPay (link https://play.google.com/store/apps/details…). Wavpay boleh digunakan apabila permohonan BINGKAS anda lulus.

2. Permohonan boleh dilakukan bermula 1 Julai 2022 jam 9.00 pagi secara atas talian di www.bingkasselangor.com

3. Permohonan yang dibuat mestilah mematuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti dibawah :

– Warganegara Malaysia;
– Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
– Pemilih berdaftar di Negeri Selangor
– Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah; dan
– Pendapatan isi rumah di bawah RM3,000.00 sebulan.

Dokumen Pendaftaran:

  • 1) Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • 2) Salinan kad pengenalan pasangan & tanggungan
  • 3) Dokumen Pengesahan Pendapatan (Slip gaji/ Surat pengesahan Pendapatan jika tidak bekerja atau bekerja sendiri)
  • 4) Salinan semakan SPR
  • 5) Salinan Kad OKU (jika berkaitan)
  • 6) Salinan Sijil Kematian/ Sijil Cerai (jika berkaitan)

4. Setiap permohonan akan ditapis bagi memastikan hanya yang berkelayakan dan memerlukan yang akan diluluskan.

Cara-cara memohon boleh rujuk di sini : shorturl.at/EW069

Pastikan sebelum membuat permohonan Tuan/Puan telah muat turun dan daftar akaun Selangkah.

Rujuk langkah permohonan di bawah:

bingkas selangor
bingkas selangor
bingkas selangor
bingkas selangor
bingkas selangor

*Laman sesawang www.bingkasselangor.com hanya boleh diakses pada 1 Julai 2022 jam 9.00 Pagi

* Sila pastikan setiap dokumen yang dimuatnaik adalah betul dengan mengikut turutan ‘column’.

Semakan Kelulusan

Pemohon baru dan pemohon yang telah mengemaskini permohonan boleh membuat semakan kelulusan kelayakan di aplikasi Selangkah seperti yang tertera di bawah:

Cara Pengaktifan Akaun BINGKAS Di WAVPAY E-WALLET

Untuk pengaktifan, sila rujuk langkah berikut:

bingkas selangor
bingkas selangor
bingkas selangor
bingkas selangor

Permohonan yang telah lulus akan terus dikreditkan ke dalam eWallet WavPay seperti di bawah:

Cara Pembelian

Untuk pembelian, sila rujuk langkah berikut:

  1. Kunjungi kedai yang tersenarai di bawah program BINGKAS
  2. Pilih barangan yang ingin dibeli
  3. Imbas ID penerima di aplikasi SELANGKAH untuk pengesahan
  4. Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli
  5. Pastikan baki dalam kad maya mencukupi untuk membuat bayaran
  6. Tekan butang PAY untuk memilih akaun BINGKAS dan buat pembayaran
  7. Masukkan pin 6 digit untuk pengesahan dan pengaktifan kod QR bagi tujuan pembayaran
  8. Juruwang akan mengimbas kod QR untuk menerima bayaran

Maklumat Lanjut BINGKAS Selangor

Berikut merupakan senarai hotline sekiranya berlaku sebarang kesulitan mengenai program BINGKAS:

  1. Permohonan BINGKAS & pertanyaan umum | 1-800-22-6600
  2. Aplikasi Selangkah | Inapps Helpdesk / Livechat
  3. Pengaktifan E-Wallet | +6016-325 4199 (Whatsapp) | [email protected]

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian Sokongan Pelanggan melalui Telegram untuk sebarang bantuan.

ATAU sila rujuk ke Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras DUN masing-masing.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!