Permohonan Biasiswa Yayasan Hong Leong 2022 Kini Dibuka

Berita baik buat para pelajar yang ingin memohon biasiswa pendidikan kerana permohonan bagi biasiswa Yayasan Hong Leong 2022 baru sahaja dibuka.

Ditubuhkan pada tahun 1992, Yayasan Hong Leong ialah yayasan korporat yang dibiayai oleh sumbangan daripada syarikat Kumpulan Hong Leong.

Antara misi utama yayasan ini adalah untuk mengenal pasti dan membangunkan program inovatif yang memajukan pendidikan dan pembangunan masyarakat di Malaysia, selaras dengan piagam Yayasan.

Selain itu, yayasan ini turut menyediakan geran untuk projek berimpak tinggi dan mampan yang membantu masyarakat negara yang kurang mendapat perkhidmatan.

Seterusnya, penubuhan Yayasan Hong Leong ini juga berperanan untuk memudahkan perkongsian pintar dengan badan amal, badan bukan kerajaan dan organisasi komuniti untuk meneruskan mandat dermawan Yayasan.

Kategori biasiswa ditawarkan

Biasiswa ini hanya ditawarkan untuk pelajar yang menyambung pengajian dalam tahap atau kursus pengajian berikut sahaja:

  1. Pengajian peringkat Pra-siswazah – universiti awam
  2. Pengajian peringkat Diploma / Diploma Lanjutan – universiti awam dan universiti swasta tempatan
  3. Pengajian peringkat – universiti swasta tempatan
  4. Kursus perubatan / pergigian – universiti swasta

Jumlah biasiswa yang ditawarkan

Jumlah biasiswa yang ditawarkan oleh Yayasan Hong Leong adalah berbeza mengikut tahap pengajian atau kursus pengajian yang diambil, seperti yang berikut:

  1. Pengajian peringkat Pra-siswazah – RM8,500.00
  2. Pengajian peringkat Diploma / DIploma Lanjutan – RM6,000.00
  3. Pengajian peringkat – sehingga RM24,000.00
  4. Kursus perubatan / pergigian – sehingga RM32,000.00

Syarat kelayakan

  1. Biasiswa ini TIDAK terpakai untuk:
    • Kursus persediaan untuk universiti atau kolej (cth. pengajian asas pra-universiti atau pra-kolej dan/atau program)
    • Program berkembar antarabangsa
    • Sarjana atau PhD atau mana-mana program pasca siswazah yang lain
  2. Mesti warganegara Malaysia
  3. Mestilah sekurang-kurangnya 17, dan di bawah umur 25 tahun
  4. Mendapat keputusan akademik minimum:
    • 8A dalam SPM atau 6A dalam UEC; dan/atau
    • PNGK 3.5 dalam STPM/Matrikulasi/A-Level/Asasi/Diploma/Ijazah
  5. Telah memohon dan berkemungkinan untuk menerima tawaran untuk program Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana kursus di mana-mana institusi tempatan yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)(http://bit.do/MalaysianQualificationsAgency).
  6. Jumlah pendapatan isi rumah bulanan mestilah RM 5,000 dan ke bawah.
  7. Dapat membuktikan keperluan untuk bantuan kewangan yang tulen untuk melanjutkan pelajaran
  8. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang menunjukkan kualiti kepimpinan; yang cemerlang dalam aktiviti kurikulum dan/atau sukan; dan/atau yang terlibat secara aktif dalam khidmat masyarakat.
  9. Orang kurang upaya digalakkan untuk memohon.

Cara memohon

yayasan hong leong

Pelajar yang berminat boleh memohon dengan mengisi Google Form di pautan berikut:

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScGhqaeg1g6mziJLDqPx3auZJIC1Pl0MDTHaHtVJQYvfKEUJA/viewform?fbclid=IwAR3USnn_N7h4ekwswQIA0euGQEWAnc8dR62XvjRs9FN8YTsH5Nre36TuOos&fbzx=5693516186528994821

Tarikh tutup permohonan

Permohonan dibuka: 15hb Mei 2022

Tarikh Tutup : 30 Jun 2022

Harap maklum bahawa hanya calon yang disenarai pendek untuk biasiswa ini yang akan dihubungi untuk fasa seterusnya iaitu temuduga

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Hong Leong Foundation di alamat https://hongleongcsr.org/index.php/hong-leong-foundation/education/scholarships/undergraduate-scholarship

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!