Tawaran Biasiswa IPT & Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang

Sukacita dimaklumkan bahawa Yayasan Pahang kini menawarkan biasiswa IPT dan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang.

Untuk makluman, Biasiswa IPT ini diwujudkan bagi membuka peluang pendidikan kepada anak-anak Pahang yang kurang berkemampuan dan sebagai motivasi kepada pelajar lepasan STPM yang cemerlang.

Biasiswa Anak Yatim ini diwujudkan bagi memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada anak-anak yatim piatu yang kurang berkemampuan di Pahang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Baca Juga : Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) Sesi Persekolahan 2023

Tarikh Permohonan

Permohonan biasiswa ini dibuka mulai 15 September 2022 sehingga 5 Oktober 2022.

Kadar Tajaan

Kadar penajaan bagi biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Biasiswa IPT- RM3,000 setahun (elaun sara hidup)
  2. Biasiswa Anak Yatim- RM7,000 setahun (yuran pengajian dan sara hidup)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon biasiswa ini adalah seperti berikut:

i) Biasiswa IPT

Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:

  • Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; atau
  • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim.
  • Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara Malaysia adalah Tidak Layak Memohon.
  • Pemohon mestilah memiliki kelulusan STPM Tahun 2021 dengan memperolehi keputusan 4A ATAU 3A (A/A-).
  • Tergolong dalam keluarga kumpulan B40 dan M40:
  • – B40: Pendapatan isi rumah keluarga RM4,850/bulan dan ke bawah.
  • – M40: Pendapatan isi rumah keluarga antara RM4,851–RM10,970/bulan.
  • Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.
  • Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.
Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang

Syarat Kelayakan Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang

Biasiswa Anak Yatim Yayasan Pahang

Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:

  • Pemohon, ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang.
  • Pemohon merupakan anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah.
  • Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu berpendapatan
  • RM4,850/bulan dan kebawah.
  • Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM Tahun 2021 seperti berikut:
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Minimum 5 kepujian.
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM): Minimum CGPA 2.50
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM): Minimum Jayyid Jiddan
  • Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran bagi mengikuti pengajian di IPTA sahaja dalam negara secara sepenuh masa.
  • Mempunyai taraf kesihatan dan sahsiah yang baik.

Cara Memohon

Calon boleh lakukan permohonan menerusi langkah-langkah berikut:

  • Layari laman web https://sispen.yp.org.my/bispen/Home.aspx.
  • Klik bahagian ‘Permohonan Biasiswa’
  • Masuk di ruangan ‘Log Masuk Dan Pendaftaran’ dan klik pada ‘Pendaftaran Pengguna Baru.’
  • Isi semua maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  • Baca notis peringatan dan klik skim biasiswa yang ingin dipohon.
  • Isi semua maklumat permohonan.
  • Hantar permohonan setelah semua maklumat diisi.
  • Cetak borang permohonan dan email kepada [email protected].

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai kedua-dua biasiswa ini, sila layari laman web Yayasan Pahang iaitu https://www.yp.org.my/.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!