Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022

Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor telah dibuka sehingga 31 Mac 2022.

Usaha ini adalah bukti Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan agenda pendidikan di Selangor.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bantuan ini untuk makluman bersama.

Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor

Program ini menawarkan bantuan membaik pulih infrastruktur mahupun membiayai pembinaan struktur baru.

Program ini bertujuan membantu mengekalkan dan menambah baik infrastruktur sekolah kerajaan dan swasta di Negeri Selangor dengan pemberian insentif sehingga RM50,000.

Baca juga: Pakej PerantiSiswa 2022: Bantuan Tablet Percuma Untuk Pelajar IPT B40

Syarat Kelayakan

  1. Sekolah-sekolah dibawah kategori berikut layak memohon untuk program ini.
  • a) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
  • b) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
  • c) Sekolah Mubaligh
  • d) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)
  • e) Sekolah Agama Rakyat (SAR)

2. Permohonan mestilah dibuat oleh pihak sekolah itu sendiri atau melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

3. Tujuan permohonan bantuan mestilah di atas sebab-sebab membaik pulih ataupun membina:

  • 1) Kantin
  • 2) Surau
  • 3) Kelas
  • 4) Tandas
  • 5) Bumbung Bocor
  • 6) Dinding
  • 7) Susur Gajah
  • 8) Pagar Sekolah
  • 9) Pintu Kelas, Tandas
  • 10) Gelanggang Bola Keranjang
  • 11) Bilik Guru
  • 12) Perpustakaan
  • 13) Longkang/Perparitan
  • 14) Makmal Sains
  • 15) Makmal Komputer
  • 16) Bangunan Sekolah
  • 17) Bangunan Asrama
  • 18) Mengecat Bangunan Sekolah
  • 19) Kerusi/Meja
  • 20) Saluran Paip Air
  • 21) Pendawaian Elektrik
  • 22) Tingkap
  • 23) Lain-lain

Tarikh Tutup Permohonan Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Mac 2022.

Cara Permohonan

Untuk memohon, sila daftar akaun terlebih dahulu pada pautan berikut:

https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk pautan berikut: https://ssipr.selangor.gov.my/pendidikan/program-bantuan-sekolah-negeri-selangor/

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)

Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam,
Selangor

Tel: 03-55212279

https://ssipr.selangor.gov.my/pendidikan/program-bantuan-sekolah-negeri-selangor/

Baca juga: KISS Selangor: Daftar Bantuan Kasih Ibu Smart Selangor RM200 Sebulan

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!