Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang 2022 / 2023

Untuk makluman semua, Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang, MAINPP dibuka sepanjang tahun untuk permohonan bagi kemasukan dalam & luar negara.

Jumlah bantuan yang diberikan adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut:

  1. Sijil / Matrikulasi: RM600
  2. Diploma : RM800
  3. Ijazah : RM1,000
  4. IPT Luar Negara RM2000

Bagi yang belum membuat memohon, sila rujuk maklumat berikut untuk mengetahui syarat-syarat dan langkah membuat permohonan.

bantuan ipt pulau pinang

Syarat Umum Bantuan Zakat Pulau Pinang

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Memenuh syarat-syarat umum permohonan bantuan zakat.
  2. Anak pemohon (pelajar) telah mendapat tawaran untuk belajar di peringkat matrikulasi / asasi / sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja.
  3. Permohonan hanya dipertimbangkan untuk pengajian kali pertama sahaja bagi setiap peringkat.

i) Bantuan Permulaan IPT Zakat Pulau Pinang (Dalam Negeri)

Objektif :

Membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/ IPTS) dalam Negara .

Syarat- syarat :

  1. Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.

2. Pemohon  mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.

3. Permohonan hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran

4. Pemohon hendaklah belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.

5. Permohonan mestilah untuk pengajian sepenuh masa sahaja.

6. Anak pemohon telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.

7. Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada setahun. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.

Cara – cara memohon :

1. Permohonan hendaklah melalui borang secara atas talian di pautan zakatpenang2u.com.

2. Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.

3. Pemohon mestilah mengemukakan bukti-bukti kemasukan ke IPTA/ IPTS seperti surat tawaran

4. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja untuk pelajar (anak) yang sama dalam tempoh setahun (tidak melebihi satu IPTA/ IPTS dalam masa setahun mengikut sessi kemasukkan).

5. Bagi semua permohonan IPT ZAKAT PULAU PINANG memutuskan merujuk kepada status pelajar tersebut sebagai Fakir/ Miskin, tidak pada waris.

ii) Bantuan Permulaan IPT (Luar Negara)

Objektif :

Membantu meringankan bebanan pelajar-pelajar untuk menampung perbelanjaan awal kemasukkan ke Institusi Pengajian Tinggi Luar Negara.

Syarat- syarat :

1. Memenuhi syarat-syarat umum bantuan zakat.

2. Pemohon  mestilah pemastautin Negeri Pulau Pinang.

3. Permohonan untuk tawaran tahun semasa sahaja dan dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran diterima. Bagi kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.

4. Bagi kes pelajar yang bukan di bawah STAM negeri, ZAKAT PULAU PINANG akan merujuk terus kepada passport pelajar. Hanya lampiran bahagian yang tertera maklumat peribadi pelajar yang diperlukan untuk passport semasa dan bagi passport lama, pelajar perlu mengemukakan salinan muka surat terakhir yang telah dicop.

5. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kursus-kursus yang boleh memberi manfaat kepada agama dan masyarakat

6. Tempoh kursus hendaklah sekurang-kurangnya setahun.

 Nota: 

Had Al Kifayah : Kadar asas keperluan diri dan tanggungan yang minimum yang menentukan tahap kelayakkan penerima zakat dengan mengambil kira perbezaan tempat, masa, keperluan dan keadaan sosio-ekonomi

Cara–cara memohon :

1. Permohonan hendaklah melalui borang secara atas talian di pautan https://www.zakatpenang2u.com.

2. Borang permohonan hendaklah diisi atas nama Ketua Keluarga.

3. Permohonan akan dipertimbangkan sekali sahaja bagi setiap pelajar

5. Bagi kursus-kursus persediaan yang beriringan dengan kursus sebenar, ZAKAT PULAU PINANG boleh mempertimbangkannya.

Baca juga: Senarai Program Biasiswa & Bantuan Kewangan Di Bawah KPT

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, hubungi Bahagian Institusi & Pendidikan di talian 04-5498088 / 5498167 / 5498168 / 5498165

Layari zakatpenang2u.com untuk pemohonan atau rujuk pautan https://v2.zakatpenang.com/bantuan-awal-pengajian-ipt/ untuk maklumat lanjut.

Semoga bakal mahasiswa dan mahasiswi dapat menuntut ilmu dalam suasana tenang serta selesa.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!