Permohonan Bantuan Pendidikan BAKTIDESA KKDW

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah dibuka untuk permohonan bagi tahun 2023.

Bantuan Pendidikan BAKTIDESA merupakan satu jenis tajaan pendidikan yang memfokuskan kepada bantuan untuk pelajar miskin atau miskin tegar luar bandar.

Jenis bantuan

Bantuan kewangan yang diberikan di bawah program Bantuan Pendidikan BAKTIDESA adalah dalam bentuk ‘on-off’ untuk pelbagai bidang pengajian.

Kadar bantuan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

Kategori 1:  SBP,MRSM,Sek.Harian/Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Pusat Pengajian (Latihan/ Pendidikan bertaraf Sijil) – RM500

Kategori 2: Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Pertama – RM1,000.00

Syarat-syarat kelayakan

Bagi memastikan program Bantuan Pendidikan BAKTIDESA ini mencapai objektifnya, hanya individu-individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan untuk bantuan pendidikan ini:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan belum berkahwin;
  2. Jumlah pendapatan keluarga pemohon adalah sepertimana yang tercatat pada Jadual Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2019 di bawah;
    • Kategori Miskin
      • Isi Rumah – RM2,199
      • Per Kapita – RM567
    • Kategori Miskin Tegar
      • Isi Rumah – RM1,142
      • Per Kapita – RM290
  3. Telah ditawar/diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Sekolah Harian/ Agama Berasrama, Pusat Matrikulasi, Institut Latihan Kemahiran yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) secara sepenuh masa;
  4. Kursus dan bidang latihan yang dijalani perlu mendapat pengiktirafan badan-badan Kerajaan seperti Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), JPK atau badan-badan lain yang berkaitan; dan
  5. Permohonan Bantuan Pendidikan BAKTIDESA ini hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh surat tawaran diterima.

Artikel berkaitan: Tawaran Bantuan Pendidikan / Dermasiswa Anak Anggota KOSWIP

Cara memohon

Pelajar yang memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas dan ingin memohon Bantuan Pendidikan BAKTIDESA ini memohon bantuan ini dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ebantuan.rurallink.gov.my/v2/index.php?data=Ym9yYW5nLnBocA==
  2. Muat turun borang permohonan
  3. Lengkapkan segala butiran yang disenaraikan
  4. Hantar borang permohonan bersama-sama dengan dokumen sokongan yang disenaraikan di bawah.

Senarai dokumen sokongan

Setiap permohonan bagi Bantuan Pendidikan BAKTIDESA ini mestilah disertakan dengan semua Salinan dokumen di bawah hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan dan Profesional [Gred 41 / Kumpulan A dan ke atas]) ATAU Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Sidang/MPKK/ Pengerusi JKKR/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri/ Temenggong/ Kapitan/ Pemanca (Mukim kawasan tempat tinggal)/ Pengerusi Persatuan Penduduk/ Pengerusi JKKK/ Ahli Parlimen/ ADUN/ Pesuruhjaya Sumpah/Jaksa Pendamai:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon;.
  • Salinan Surat Tawaran Masuk ke SBP/MRSM/ Sekolah Asrama Harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam;
  • Salinan Pengesahan Pendaftaran masuk ke SBP/MRSM/Sekolah harian/Institusi Latihan Kemahiran dan Institut Pengajian Tinggi Awam;
  • Salinan Penyata Pendapatan Bulanan/Slip gaji bulanan ayah/ibu atau waris/penjaga pemohon yang telah disahkan. Bagi pihak yang tidak mempunyai penyata pendapatan bulanan/slip gaji, pengesahan pendapatan adalah daripada Penghulu, Pengerusi MPKK, Ketua Kampung atau individu yang berkaitan; dan
  • Salinan muka hadapan Buku Akaun Bank/Penyata Ringkas Akaun Bank pemohon yang aktif. Akaun Tabung Haji (TH) dan Amanah Saham Nasional (ASB) adalah tidak diterima.

Artikel bekaitan: Bantuan Pendidikan MUIS Untuk Pelajar Negeri Sabah

Alamat penghantaran borang permohonan

Borang permohonan dan segala dokumen sokongan boleh dihantar melalui post atau perkhidmatan kurier kepada pihak urus setia di alamat berikut:

URUS SETIA AKAUN AMANAH BAKTIDESA KKDW,
Bahagian Korporat & Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah,
Aras 24, No 47,Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 PUTRAJAYA.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh datang ke alamat yang tertera di atas atau hubungi pihak urus seta di nombor di bawah:

No. tel : 03-8891 2237/2225/2215
No. fax: 03-8888 2336
E-mel: [email protected]

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!