Advertisements

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA) 2022

Advertisements

Tawaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA) 2022 Untuk Pekebun Kecil ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA) bagi tahun 2022 kini dibuka.

Bantuan Musim Tengkujuh ini diwujudkan bagi meringankan beban pekebun kecil dan penoreh getah yang terjejas pendapatan mereka akibat tidak dapat menjalankan aktiviti berkebun seperti biasa setiap kali tibanya musim hujan.

Untuk makluman, pekebun kecil getah pemilik pengusaha adalah pekebun kecil yang memiliki tanah, menguruskan dan/atau mengusahakannya sendiri.

Sementara itu, penoreh bukan pemilik adalah mereka yang menoreh getah di kebun pekebun kecil sebagai pekerjaan utama dan tidak memiliki tanah bertanam getah.

Baca Juga : Harga Getah Sabah Terkini & Cara Semakan

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Apa Itu Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2022?

Pada 29 Oktober 2021, Pihak Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2022 telah meluluskan pemberian Bantuan Musim Tengkujuh tahun 2022 (BMT2022) melalui RISDA sebanyak RM600 seorang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM191juta melibatkan 232,319 orang pekebun kecil RISDA dan 86,323 orang Pekebun Kecil LIGS yang terjejas pendapatannya ketika musim tengkujuh.

Pekebun Kecil (Pemilik Pengusaha) dan Pekebun Kecil (Penoreh Bukan Pemilik) yang berdaftar dengan RISDA boleh membuat permohonan BMT 2022 secara dalam talian sepenuhnya melalui laman web pekebunkecilmakmur.com.my.

Bantuan Voucher Shopee Sehingga RM500 Untuk Pembaca eCentral Daftar Sekarang!

Tarikh Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2022

Pemohon yang berkelayakan boleh memohon bantuan bermula 5 Mei 2022 hingga tarikh tutup yang telah ditetapkan iaitu 15 September 2022.

Permohonan adalah secara atas talian.

Kadar Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022

Kadar bantuan yang ditetapkan adalah sebanyak adalah RM600 bagi pekebun kecil dan penoreh getah yang layak.

Pemohon juga perlu mabil maklum bahawa bayaran bantuan ini akan dibuat secara 2 peringkat (RM300 x 2 bulan) pada bulan November dan Disember 2022.

Syarat-Syarat Kelayakan

Calon yang berhasrat untuk kemukakan permohonan perlulah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut :

Bantuan Musim Tengkujuh bmt 2022

i) Pekebun kecil (pemilik pengusaha)

  1. Warganegara Malaysia sahaja.
  2. Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA.
  3. Memiliki keluasan tanah 0.1 hektar sehingga 2.5 hektar secara agregat.
  4. Pemilik tanah yang sah
  5. Satu 1 lot tanah hanya seorang penerima bantuan sahaja (tanpa mengira bilangan ahli kongsi).
  6. Seorang pekebun kecil hanya layak menerima sekali sahaja.

ii) Pekebun kecil (penoreh bukan pemilik)

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA.
  3. Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
  4. Mempunyai pengesahan pemilik tanah yang sah.
  5. Seorang penerima sahaja untuk 1 lot
  6. Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah.
  7. Seorang penoreh hanya layak menerima sekali sahaja.
Bantuan Musim Tengkujuh bmt 2022

Cara Memohon

Pengusaha kebun yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan secara ats talian di pautan  https://pekebunkecilmakmur.com.my/ mengikut kategori berikut:

i) Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Geran asal tanah dan salinan.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.

ii) Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut:

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan.
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah.
  • Salinan geran lot yang ditoreh.
  • Salinan buku akaun bank yang aktif.
  • Salinan Kad PAT-G yang masih masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G.
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah/wakil yang sah.
Bantuan Musim Tengkujuh bmt 2022

Kaedah Penerimaan Bantuan

Penerima yang layak akan diproses untuk bayaran bantuan secara transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.

Untuk makluman pemohon, nombor akaun bagi Tabung Haji dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) tidak boleh digunakan untuk bayaran bantuan.

Bantuan Musim Tengkujuh bmt 2022

Tempoh Rayuan

Bagi permohonan yang ditolak, permohonan rayuan boleh dibuat mulai 16 September 2022 sehingga 31 Oktober 2022.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut berkaitan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2022, anda boleh hubungi talian 03-42512125 / 03-42512135 atau 03-42512023.

Bantuan Musim Tengkujuh bmt 2022

Glosari Penting Bantuan Musim Tengkujuh (BMT RISDA)

Maksud Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA
Mereka yang tersenarai di dalam Sistem Maklumat Pekebun Kecil RISDA dan mempunyai Kad Pengenalan Pekebun Kecil (SIC).

Bagi penoreh bukan pemilk yang tiada dalan senarai di atas, pengisian borang BMT dikira anda berdaftar dengan RISDA.

Bagi pekebun kecil pemilik dan juga penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan agensi berikut, pengisian borang BMT berserta dengan surat pengesahan dari agensi berikut dikira sebagai berdaftar dengan RISDA.

Agensi-agensi:

  • Lembaga Getah Malaysia (LGM)
  • Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
  • Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
  • Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)
  • Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
  • Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA)
  • Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)
  • Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
  • Lain-lain sumber agensi

Maksud Penoreh Bukan Pemilik
Mereka yang menorah getah di ladang sebagai pekerjaan utama dan tidak memilik tanah kebum tersebut.

Maksud Pekebun Kecil Pemilik
Mereka yang memiliki tanah, menguruskan dan mengusahakannya sendiri.

Semoga Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang diusahakan oleh kerajaan ini dapat menjaga kebajikan pekebun-pekebun kecil ketika musim tengkujuh ini.

Kami ucapkan semoga permohonan anda berjaya dan skim bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan kewangan anda.

Leave a Comment