Kesan Sampingan Vaksin: Cara Lapor & Mohon Bantuan Khas Kewangan Mudarat Vaksin COVID-19

Kerajaan bersetuju memperuntukkan bantuan khas kewangan bagi kesan mudarat vaksin COVID-19 untuk rakyat tempatan dan warga asing berjumlah RM10 juta yang memperolehnya melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Peruntukan itu membabitkan dua kategori bantuan iaitu RM50,000 bagi penerima yang menerima kesan sampingan serius dan RM500,000 jika berlaku hilang upaya kekal atau kematian disebabkan oleh vaksin COVID-19.

Kerajaan bersetuju menyediakan dana permulaan sebanyak RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang diuruskan oleh NADMA bagi tujuan bayaran bantuan khas kewangan ini.

Tujuan Bantuan Khas Vaksin

Bantuan khas kewangan kesan mudarat vaksin COVID-19 ini adalah langkah proaktif Kerajaan untuk menghadapi kemungkinan jika berlaku kesan sampingan (adverse effects) daripada penggunaan vaksin.

Namun jangan tersalah erti, pampasan ini bukanlah bermaksud bahawa vaksin boleh menyebabkan kesan sampingan serius.

Sebaliknya,tindakan kerajaan ni juga menunjukkan KEYAKINAN terhadap Program Immunisasi C19 Kebangsaan, seperti yang dinyatakan oleh Public Health Malaysia.

Dengan jaminan dari pihak kerajaan, harapnya lebih ramai penduduk di Malaysia mendaftar untuk menerima vaksin C19

Bantuan Khas Kewangan Vaksin

2 Jenis Manfaat Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19

Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 terbahagi kepada 2 manfaat berikut:

i) RM50,000 jika kesan sampingan yang serius kepada penerima vaksin yang memerlukan rawatan berpanjangan dihospital

ii) RM500,000 jika hilang upaya kekal atau kematian disebabkan vaksin COVID-19.

Baca juga: SPS Prihatin Wanita (SPW): Bantuan Caruman RM163 PERKESO

Permohonan & Penilaian

Bagi yang mengalami kesan sampingan serius dan ingin mendapatkan manfaat melalui bantuan khas kewangan ini perlu dinilai terlebih dahulu oleh 3 jawatankuasa khas yang turut ditubuhkan.

Terdapat 3 Penilai dan pemantau kesan kemudaratan vaksin ini, iaitu:

  1. Jawatankuasa Farmakovigilans Khas – yang memantau kes-kes yang dilaporkan dan isu keselamatan vaksin
  2. Jawatankuasa Teknikal Perubatan – yang akan menilai adakah kesan sampingan tersebut benar-benar daripada vaksin
  3. Jawatankuasa Induk Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin C19 – Untuk memberikan kelulusan daripada penilaian kedua-dua jawatankuasa sebelum itu.

Pihak NADMA dipertanggungjawabkan membayar pampasan tersebut seperti yang diluluskan melalui dana RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara.

Cara Lapor Kesan Sampingan Vaksin Covid-19

Kesan sampingan susulan imunisasi yang ringan boleh dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera.

Sila rujuk kaedah di bawah untuk membuat laporan:

Sekiranya kesan sampingan yang dialami tidak ada dalam senarai, sila rujuk fasiliti kesihatan yang terdekat bagi mendapatkan nasihat/rawatan.

Pegawai kesihatan yang dirujuk boleh membantu anda melaporkan AEFI.

PROSEDUR UNTUK MEMOHON PAMPASAN BANTUAN KHAS KEWANGAN KESAN MUDARAT COVID-19

  • Warganegara Malaysia yang menerima vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan mendapat kesan sampingan yang serius selepas menerima vaksin COVID-19 layak memohon Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  • Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 ini akan dipertimbangkan berdasarkan kriteria yang perlu dipenuhi seperti berikut:
    • Adverse Events Following Immunisation (AEFI) mesti dikategorikan sebagai serius berdasarkan laporan penilaian oleh Jawatankuasa Farmakovigilans Khas Vaksin COVID-19;
    • Laporan AEFI hendaklah dihantar kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) oleh anggota kesihatan yang merawat pesakit;
    • AEFI serius telah berlaku dalam tempoh tiga (3) bulan selepas menerima vaksin;
    • Bagi kes kematian, laporan bedah siasat hendaklah disertakan; dan
    • Permohonan hanya dipertimbangkan sekiranya dihantar dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh berlaku AEFI. Bukti dan rekod dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan.
  • Permohonan lengkap hendaklah dihantar kepada urus setia Bantuan Khas Kewangan Kesan Mudarat Vaksin COVID-19 di alamat seperti berikut:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Kewangan
Kementerian Kesihatan Malaysia
Aras 7, Blok E7, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62590 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Kawalan dan Pemantauan)
Nombor Telefon: 03-8883 3788/ 3120/ 3741/ 3115
E-mel: [email protected]

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang skim pampasan atau bantuan khas ini, sila rujuk laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di pautan berikut:

Sumber: https://citf.mosti.gov.my/faq/docs/isu_khas/selepas-mengambil-suntikan-vaksin-saya-berasa-pening-dan-loya-saya-juga-mengalami-cirit-birit-adakah-saya-layak-mendapatkan-pampasan-bantuan-khas-kewangan-kesan-mudarat-covid-19-sebagaimana-yang/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!