Permohonan Bantuan IKS (BAIKS) Untuk Usahawan Sabah

Berita baik buat usahawan kecil dan sederhana di negeri Sabah kerana pihak Jabatan Pembangunan Perindusrian dan Penyelidikan Sabah telah membuka permohonan untuk bantuan/geran bagi usahawan dari Sabah yang layak.

BAIKS adalah salah satu inisiatif Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) di Sabah.

Program ini bertujuan untuk membina kapasiti, daya tahan dan daya saing usahawan IKS di Sabah melalui bantuan dalam bentuk geran.

Jenis Bantuan Yang Disediakan Oleh BAIKS Sabah

Bantuan yang ditawarkan terdiri daripada 4 kategori iaitu:

  1. Mesin dan peralatan
  2. Pembungkusan
  3. E-dagang / digital
  4. Francais

Syarat kelayakan

baiks

Kriteria untuk permohonan BAIKS adalah:

  1. IKS dari sektor pembuatan.
  2. Mempunyai Lesen Perniagaan yang sah.
  3. Pemohon hendaklah warganegara Malaysia berasal dari Sabah.
  4. Perniagaan yang beroperasi di Sabah sahaja.
  5. Keutamaan kepada syarikat yang mempunyai premis.
  6. Memberi perhatian kepada petunjuk prestasi seperti jualan, kapasiti pengeluaran, premis perniagaan, bilangan pekerja, persijilan dan kualiti pembungkusan.
  7. Usahawan yang pernah mendapat bantuan tidak dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang sama tetapi dibenarkan untuk memohon dalam kategori yang berlainan.

Baca juga: Tawaran Biasiswa/Pinjaman Pengajian Tinggi Yayasan Sabah Siri 2/2022

Jenis perniagaan yang layak

1. Semua syarikat IKS dalam SEKTOR PEMBUATAN yang melibatkan produk makanan berbungkus, bukan makanan dan kraftangan

2. Permohonan bantuan pembelian bahan mentah dan modal pusingan tidak akan dipertimbangkan.

3. Bantuan ini tidak merangkumi kategori pelancongan, penjaja, petani, nelayan dan penternak.

4. Permohonan dari kategori professional dan kontraktor tidak akan dipertimbangkan.

Cara memohon BAIKS 2022

Permohonan bagi geran BAIKS dilakukan sepenuhnya secara dalam talian sahaja.

Bagi usahawan IKS yang memenuhi syarat kelayakann di atas, anda dipelawa untuk menghantar permohonan anda di laman web rasmi di alamat https://smedidr.com.my/

Klik pada butang Daftar.

Setelah melengkapkan pendaftaran, klik pada butang Log Masuk untuk melengkapkan permohonan BAIKS anda.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan atau sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan BAIKS ini, anda boleh terus berhubung dengan pegawai yang bertugas melalui salah satu cara di bawah:

Jabatan Pembangunan Perindusrian dan Penyelidikan Sabah

Tingkat 1, 5, 7 & 8,
Blok C Wisma Tun Fuad Stephens Karamunsing,
88300 Kota Kinabalu,
Sabah

Telefon: 088-253445 (Tingkat 1) / 088-215035 (Tingkat 8) / 088-213701

Emel: [email protected]

Faks: 088-213490 / 257814 / 216698

Baca juga: Bantuan Peralatan Perniagaan MAIM Melaka 2022

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!