Majikan Tak Carum KWSP Boleh Didakwa. Ini Cara Buat Aduan

Kerja dah lama, tapi baru tahu boss tak carum KWSP? Ini cara buat nak buat aduan caruman KWSP.

Sebagai pekerja, anda berhak mendapatkan caruman KWSP.

Majikan diwajibkan untuk membuat bayaran caruman KWSP mengikut kadar semasa yang telah dinyatakan di dalam Akta KWSP 1991 dan Peraturan Dan Kaedah KWSP 1991.

Oleh itu, jika majikan didapati tidak membuat caruman, mereka boleh didakwa dan anda boleh mendapatkan semula jumlah caruman yang sepatutnya dibuat oleh majikan.

Jika gagal berbuat demikian, majikan tertakluk kepada penalti yang disenaraikan di bawah.

Penalti Kepada Majikan Tak Carum KWSP

SeksyenKesalahanPenalti
41(1)Kegagalan mendaftar dengan KWSP sebagai majikan dalam masa 7 hari setelah mengambil pekerja.Penjara tidak lebih 3 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya.
43(2)Kegagalan membayar caruman KWSP pada atau sebelum 15hb.
59(1)Kesalahan memberi penyataan palsu secara lisan atau bertulis.
48(3)Memotong caruman syer pekerja daripada gaji pekerja dan gagal membayar kepada KWSP.Penjara tidak lebih 6 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.
47(1) & 47(2)Memotong atau cuba memotong caruman syer majikan daripada gaji pekerja.
41(3)Kegagalan memaklumkan KWSP dalam tempoh 30 hari dari tarikh tiada pekerja.Penjara tidak lebih 6 bulan atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-duanya.
42(1)Kegagalan menyedia dan memberikan slip gaji kepada pekerja.
46(1)Kegagalan Pengarah Syarikat, Rakan Kongsi Firma, Pemegang Jawatan Persatuan membayar caruman KWSP yang tertunggak.Tuntutan boleh difailkan di mahkamah dan tindakan yang boleh diambil:Tindakan kebankrapan.Penyitaan dan penjualan aset.Larangan Keluar Negara
Seksyen 39 – Lembaga KWSP boleh memohon kepada Jabatan Imigresen untuk menghalang mana-mana pengarah syarikat/perkongsian firma/pemilik perniagaan dari keluar Negara jika syarikat/firma berkenaan gagal membayar caruman seperti mana yang ditetapkan

Jadi, apa nak buat?

Di sini kami kongsikan info lanjut sekiranya situasi ini berlaku kepada anda.

Aduan Caruman KWSP Yang Tidak Dibayar Oleh Majikan

Tahukah anda, pekerja boleh membuat aduan mengenai caruman apabila berlaku keadaan berikut:

  • Majikan anda tidak mencarum bagi pihak anda;
  • Majikan anda memotong gaji anda tetapi tidak mencarum bagi pihak anda;
  • Caruman yang dibayar untuk anda adalah kurang daripada jumlah yang ditetapkan;
  • Caruman yang dibayar oleh majikan tidak mengikut tempoh bulan yang betul;
  • Maklumat yang disediakan oleh majikan dalam borang caruman tidak lengkap dan betul.

Baca juga: Program Jana Niaga MARA Shopee: Baucer Kedai & Kredit Iklan RM800

Cara Melaporkan & Dokumen Yang Diperlukan

Untuk melaporkan aduan mengenai caruman KWSP yang tidak dicarum oleh majikan, anda boleh

Senarai dokumen yang diperlukan untuk membuat aduan:

  1. Borang Aduan (KWSP 1879): http://bit.ly/KWSPBorangAduan
  2. Salinan Kontrak Perkhidmatan / Surat Perlantikan
  3. Salinan Slip Gaji / Baucar Bagi Tempoh Aduan
  4. Lain-Lain Dokumen Yang Menunjukkan Hubungan Majikan & Pekerja.

NOTA:

Dalam tempoh PKP ini, semua ahli perlu membuat buat Janji Temu Online terlebih dahulu sebelum datang.

Layari https://www.kwsp.gov.my/ms/janjitemu untuk menempah slot anda.

Baca juga: 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dibuat Sebelum Pencen

Maklumat Lanjut

Aduan mengenai majikan yang tidak mencarum boleh dibuat di cawangan KWSP atau dengan menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000 dari 8 pagi hingga 6 petang, Isnin hingga Jumaat.

Selain itu, ahli juga boleh mengemukakan sebarang pertanyaan secara online melalui http://.kwsp.gov.my

Sila adukan dengan segera kerana ia adalah hak anda sebagai pekerja!

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!