Borang Nikah: Proses Permohonan Kebenaran Kahwin

Bagi pasangan Muslim di Malaysia yang ingin berkahwin, pastikan anda melengkapkan segala borang nikah yang wajib diisi bagi membolehkan permohonan nikah anda diterima oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.

Borang yang diisi tidak lengkap akan menyebabkan kelewatan memproses permohonan anda.

Bagi yang tidak tahu, permohonan untuk nikah boleh dilakukan seawal 3 bulan sebelum tarikh nikah anda.

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM)

Bagi yang tidak tahu, selari dengan kemajuan teknologi, Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dibangunkan untuk memudahkan pasangan yang ingin berkahwin mengisi borang nikah dan membuat permohonan nikah dengan lebih sistematik.

Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) merupakan sistem yang disediakan berasaskan proses kerja untuk kegunaan semua Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) khususnya Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Malaysia secara lebih efisien dan teratur.

Modul-modul yang terdapat dalam SPPIM antaranya ialah permohonan kursus pra-perkahwinan, permohonan kebenaran nikah, pendaftaran nikah sehinggalah kepada proses perceraian, rujuk dan runding cara.

Pasangan yang ingin melangsungkan pernikahan mestilah membuat permohonan dan mendapatkan kebenaran berkahwin melalui Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di negeri masing-masing.

Permohonan Kebenaran Berkahwin secara dalam talian adalah satu inisiatif JAKIM dengan kerjasama Jabatan Agama Islam negeri-negeri bagi tujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat umumnya dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan khususnya memohon kebenaran berkahwin.

Permohonan Kebenaran Berkahwin pada masa ini hanya meliputi permohonan di berikut:

  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Perlis
  • Kedah
  • Perak
  • Wilayah Persekutuan
  • Johor
  • Selangor
  • Terengganu

Borang nikah

Memandangkan proses permohonan dibuat secara dalam talian, bagi pasangan yang berasal dari negeri yang disenaraikan di atas, anda perlu mengisi borang nikah secara dalam talian sahaja.

Nota: Bagi negeri yang tidak disenaraikan, anda perlu merujuk kepada Jabatan Agama Negeri masing- masing.

  1. Layari laman web SPPIM di alamat https://www.sppim.gov.my/v2/home
  2. Klik pada “Kebenaran Berkahwin”
  3. Klik butang “Permohonan Baru”
  4. Pengesahan Penolong Pendaftar
    • Dapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) di masjid kariah kawasan tempat tinggal.
    • Bagi pemohon daripada Johor, sila terus ke Pejabat Kadi Daerah.
    • Bagi pemohon daripada Terengganu, sila terus ke Pejabat Agama Daerah.
  5. Dapatkan kelulusan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)
    • Dapatkan kelulusan daripada PAID
    • Pemohon perempuan hendaklah mendapatkan kebenaran berkahwin daripada PAID selepas pemohon lelaki mendapatkan kelulusan PAID

Baca lagi: SPPIM: Cara Daftar Perkahwinan Bagi Bakal Pengantin Islam Di Malaysia

Syarat permohonan kebenaran nikah online

  • Pemohon bagi Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor, Selangor dan Terengganu.
  • Diisi oleh SALAH SEORANG sama ada lelaki atau perempuan.
  • Permohonan online perlu diisi sekiranya lelaki dan perempuan bukan dari negeri yang menggunakan SPPIM tetapi TEMPAT BERNIKAH di negeri yang menggunakan SPPIM.
  • Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.
  • Pejabat Agama yang memproses adalah merujuk kepada ALAMAT TEMPAT TINGGAL.
  • Permohonan boleh dikemaskini selagi permohonan lelaki dari negeri yang menggunakan SPPIM belum diproses oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
  • Senarai Semak berbeza mengikut STATUS pemohon dan WARGANEGARA
  • Cetak borang berdasarkan senarai semak.

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dengan borang nikah yang diisi, anda boleh menghubugi pihak SPPIM melalui salah satu kaedah berikut:

Anda juga menghubungi nombor yang tertera di bawah ini:

SPPIM
Bantu kami share artikel ini: