Jadual Lengkap Sifir 4

Salah satu sifir yang perlu dihafal dan dikuasai oleh murid bagi mata pelajaran matematik adalah Sifir 4.

Berikut diterangkan mengenai maksud sifir, pemahaman konsep ini, dan jadual lengkap.

Maksud Sifir

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sifir ialah daftar bilangan yg dipergandakan berturut-turut seperti 1 x 4, 2 × 4, 3 × 4 dan seterusnya.

Sifir juga adalah proses penambahan kumpulan nombor yang sama yang berlaku secara berulang.

Sebagai contoh 2 didarabkan dengan 4 adalah sebenarnya 4 tambah 4 sebanyak 2 kali.

Memahami Konsep Sifir

Bagi konsep sifir, ianya mestilah difahami dengan konsep darab.

Dalam erti kata lain, jika ianya melibatkan sifir ini, ia mestilah melibatkan darab 4.

Sebagai contoh:

  • 2 x 4 bersamaan dengan 4 + 4 yang mana jawapannya adalah 8.
  • 4 x 4 bersamaan dengan 4 + 4 + 4 + 4 yang mana jawapannya adalah 16.

Jadual Sifir 4

Jadual sifir ini boleh dirujuk seperti di bawah:

Operasi DarabJawapan
1 x 44
2 x 48
3 x 412
4 x 416
5 x 420
6 x 424
7 x 428
8 x 432
9 x 436
10 x 440
11 x 444
12 x 448

Baca juga: Jadual Lengkap Sifir 3

Bantu kami share artikel ini: