Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!

Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!

Rumah Terbalik di Sabah merupakan salah satu tempat menarik di Sabah yang cukup popular dan mesti dilawati bagi sesiapa yang bercuti di Sabah kerana ia menawarkan pengalaman yang berbeza dari tarikan pelancongan Sabah yang lain.

Ia menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung dengan mempamerkan seluruh struktur rumah, termasuk perabot dan hiasan dalamannya, dalam keadaan terbalik. 

Semua benda –  katil, meja makan, sampai ke tandas – semuanya tergantung di siling rumah!

Jom, kita terokai apa lagi tarikan Rumah Terbalik Sabah ini dan kenapa ia patut masuk dalam ‘bucket list’ anda tahun ini!

BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!

Rumah Terbalik Sabah – Pengenalan

Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!
Sumber: Google Review

Rumah Terbalik Sabah adalah merupakan rumah terbalik pertama di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai “Upside Down House of Borneo” dan dibina dengan kos sekitar RM500,000 oleh Alexander Yee. 

Ia dibina di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari Kota Kinabalu. Pembinaan rumah ini mengambil masa hampir enam bulan untuk siap sepenuhnya. Ia dibuka untuk orang awam pada 2012. 

Rumah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti ruang tamu, bilik mandi, dan dapur yang semuanya direka dalam posisi terbalik. 

Sejak dibuka, Rumah Terbalik telah menarik ribuan pelawat dari luar dan dalam negara. Rumah Terbalik Sabah ini juga telah mendapat pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records sebagai rumah terbalik pertama di negara ini. 

Lokasi dan Cara ke Rumah Terbalik Sabah

Alamat: Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, Sabah

Google Maps: https://goo.gl/maps/CvQ95sUEjXqEJh8AA .

Rumah Terbalik terletak di Tamparuli, kira-kira hampir 40 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan mengambil masa lebih kurang satu jam untuk sampai. 

Untuk ke sini, anda boleh menyewa kereta ataupun menggunakan aplikasi e-hailing seperti Grab. Sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan bas, terdapat bas tempatan yang menuju ke arah Tamparuli dari Terminal Bas Utara Kota Kinabalu.

Waktu Operasi

Rumah Terbalik Sabah atau Upside Down House of Borneo ini beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula pada pukul  8:00 am – 5:30 pm. 

Rancang perjalanan anda agar mempunyai masa lebih untuk melawat tempat menarik di Sabah yang berdekatan. 

BACA JUGA: 15 + Tempat Menarik Di Sabah yang Ramai Tidak Tahu!

Tarikan Utama Rumah Terbalik Sabah – Tempat Menarik di Sabah

1.Konsep yang Unik

Dengan konsep rumah yang dibina secara terbalik, ia telah menarik perhatian pengunjung tempatan dan antarabangsa. Ini bermaksud bumbung berada di bawah manakala lantai di atas. 

Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!
Sumber: Google Review

Setiap bahagian rumah, termasuk perabot dan hiasan dalaman, juga disusun terbalik. Rekaan ini bukan sahaja memberi kesan visual yang menarik, malah juga menguji daya kreativiti pelawat.

Pengunjung boleh masuk ke dalam rumah untuk merasai sendiri pengalaman berjalan di dalam rumah yang serba terbalik. Setiap sudut rumah dibina dengan teliti untuk memberikan pengalaman visual yang menyeronokkan.

2. Makna Disebalik Pembinaannya

Satu lagi tarikan Rumah Terbalik Sabah ini ialah makna disebalik pembinaannya. Rumah Terbalik bertujuan untuk mempromosikan kesedaran tentang keperluan menjaga alam sekitar dan mengekalkan keseimbangan ekosistem. 

Bentuk “terbalik” rumah tersebut juga simbolik kepada bagaimana pembangunan yang tidak terkawal boleh menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar dan menyebabkan keadaan bumi ‘terbalik’ yang membawa maksud, tidak sesuai diduduki oleh manusia lagi. 

3. Pengalaman Pelancongan

Rumah Terbalik ini bukan hanya sekadar untuk dilihat. Pengunjung boleh masuk ke dalam rumah untuk merasai sendiri pengalaman berada di dalam rumah yang serba terbalik. 

Walaubagaimanapun, pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di DALAM rumah ini. Peraturan ini dibuat untuk menjaga keunikan dan eksklusiviti tarikan tersebut. 

Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!
Sumber: Google Review

Bagaimanapun, pengunjung masih boleh mengambil gambar di bahagian luar rumah, termasuk di kawasan-kawasan lain di sekitar tapak pelancongan dan ruang-ruang terbuka. 

Ini memberi peluang kepada pelawat untuk merakam kenangan di latar belakang rumah yang terbalik tanpa melanggar peraturan yang ditetapkan di dalam rumah.

4. Muzium dan Kedai Cenderamata (TAMU)

Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!
Sumber: Google Review

Muzium kecil di Rumah Terbalik Sabah menyediakan informasi menarik tentang budaya Sabah. Di sini, pelawat boleh mempelajari tentang sejarah dan tradisi pelbagai komuniti di Sabah.

Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!
Sumber: Google Review

Ada juga kedai cenderamata yang menjual barangan tempatan seperti kraftangan dan makanan tradisional Sabah disediakan untuk pengunjung membeli kenang-kenangan. 

5. Mesra Keluarga

Bagi keluarga yang mencari destinasi mesra keluarga di Sabah, Rumah Terbalik Sabah adalah salah satu destinasi yang wajib dikunjungi. 

Aktiviti-aktiviti di sini direka untuk menghiburkan semua peringkat umur, menjadikan ia tempat yang ideal untuk lawatan bersama keluarga. Bukan sahaja kanak-kanak akan seronok melihat rumah terbalik, tetapi orang dewasa juga pasti teruja dengan kreativiti rekaannya. 

Aktiviti Menarik di Rumah Terbalik Sabah – Tarikan Pelancongan di Sabah.

Di Rumah Terbalik Sabah, selain melihat keunikan rumah yang serba terbalik dan mengambil gamabr, terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh dinikmati oleh para pelawat. Berikut adalah beberapa aktiviti istimewa yang ditawarkan:

1. Lawatan Berpandu

Lawatan berpandu di Rumah Terbalik memberikan peluang kepada pelawat untuk mendalami lebih lanjut tentang sejarah dan konsep rumah ini.Lawatan ini berlangsung pada masa tertentu setiap hari dan membantu pengunjung mendapatkan pemahaman lebih mendalam tentang budaya Sabah serta isu-isu alam sekitar.

2. Kelas Belajar Memasak

Pengunjung boleh menyertai kelas memasak hidangan tradisional Sabah, di mana mereka akan diajar cara menyediakan makanan etnik seperti Hinava (sejenis hidangan ikan mentah), Bambangan (acar buah tempatan), dan Tuhau (sejenis ulaman). 

Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!
Sumber: rumahterbalikborneo

Kelas ini memberi pengalaman hands-on kepada pelawat tentang makanan tradisi masyarakat tempatan, menjadikannya aktiviti yang ideal bagi mereka yang ingin merasai lebih dekat budaya Borneo.

3. Wishing Plate

Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!
Sumber: Rumah Terbalik Sabah

Aktiviti Wishing Plate adalah sesuatu yang unik, di mana pengunjung boleh menulis hajat atau impian mereka di atas pinggan khas. S

elepas menulis hajat, pinggan tersebut akan digantung di kawasan tertentu di Rumah Terbalik sebagai simbolik untuk “menggantung impian.” 

Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!
Sumber: Rumah Terbalik Sabah

Aktiviti ini bukan sahaja interaktif, tetapi juga memberikan pelawat peluang untuk melibatkan diri dalam amalan tradisi yang membawa mesej harapan dan aspirasi​. 

Tarikan Lain di Sekitar Rumah Terbalik Sabah

Terdapat beberapa tarikan menarik di sekitar Rumah Terbalik Sabah yang boleh dilawati oleh pelancong untuk melengkapkan pengalaman mereka di Tamparuli. Berikut adalah beberapa tarikan yang terkenal di kawasan ini:

1. Muzium 3D Wonders

Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!
Sumber: Sabah Bossku

Berhampiran Rumah Terbalik Sabah juga terdapat tarikan-tarikan lain yang cukup menarik. Salah satunya ialah Muzium 3D Wonders. Muzium ini benar-benar terletak bersebelahan dengan Rumah Terbalik Sabah. 

Muzium ini mempamerkan seni tiga dimensi yang interaktif. Memang seronok ambil gambar dengan macam-macam posing di muzium ini.  

2. Jambatan Gantung Tamparuli

Terletak sekitar 10-15 minit dari Rumah Terbalik, Jambatan Gatung Tamparuli ini juga merupakan salah satu tarikan pelancong terkenal di Sabah. 

Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!
Sumber: Sabah Tourism Board

Ia merupakan sebuah jambatan gantung panjang yang melintasi Sungai Tamparuli dan merupakan tempat kegemaran penduduk tempatan serta pelancong untuk berjalan-jalan sambil menikmati pemandangan sungai dan kawasan kampung.

Jambatan ini juga popular kerana ia sering dikaitkan dengan lagu rakyat Sabah yang terkenal, iaitu “Jambatan Tamparuli.”

3. Pekan Tamparuli

Berdekatan dengan Rumah Terbalik dan Jambatan Gantung Tamparuli juga terdapat Pekan Tamparuli yang menawarkan pengalaman budaya dan tradisional Sabah.

Di pekan ini, biasanya diadakan Pasar tamu Tamparuli pada setiap hari Rabu. Inilah masa yang terbaik untuk membeli barangan tempatan seperti hasil tani, kraftangan, serta merasai makanan tempatan Sabah.

Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!
Sumber: Wikipedia

Selain itu, pengunjung juga menikmati suasana kampung yang asli dan mempelajari lebih lanjut tentang kehidupan tempatan.

4. Muzium Chanteek Borneo Indigenous 

Sekiranya anda mempunyai masa lebih, anda boleh berkunjung ke Chanteek Borneo Indigenous Museum yang terletak lebih kurang setengah jam dari Rumah Terbalik. 

Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!
Sumber: Sabah Travel.com

Muzium Chanteek Borneo Indigenous adalah sebuah muzium juga merupakan salah satu tarikan utama di Sabah. Muzium ini mempamerkan budaya dan tradisi pelbagai etnik Sabah melalui anak patung yang dipakaikan pakaian tradisional. 

Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!
Sumber: Sabah Travel.com

Pengunjung berpeluang mengenali lebih dekat budaya masyarakat asli Borneo, seperti kaum Dusun, Bajau, Murut, dan banyak lagi. Selain pameran, pelawat juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti seperti bengkel kraf.

5. Pantai Dalit, Sabah

Bagi mereka yang ingin bersantai, Pantai Dalit adalah pilihan yang baik dan berdekatan dengan Rumah Terbalik. Ia mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja. 

Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!
Sumber: Google Review
Rumah Terbalik Sabah: Harga Tiket Masuk, Tarikan Utama dan Tips Penting!
Sumber: Google Review

Pantai ini terkenal dengan pemandangan yang indah dan persekitaran yang tenang. Pengunjung boleh berjalan-jalan di pantai atau menikmati aktiviti air seperti berkayak.

Tempat Makan Berdekatan Rumah Terbalik Sabah (HALAL)

Berikut adalah beberapa restoran halal yang berdekatan dengan Rumah Terbalik di Tamparuli, Sabah, yang terletak dalam kurang setengah jam perjalanan menaiki kereta:

  • Restoran Mango Garden
  • Restoran D’Borneo
  • Kedai Makan Kak Juna
  • Restoran Warisan

Harga Tiket  Masuk Rumah Terbalik Sabah

Berikut adalah kadar tiket terkini untuk pelawat di Rumah Terbalik dan Muzium 3D Wonders. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tarikan menarik ini serta tawaran kombo istimewa!

Harga Tiket Bukan Warganegara

Harga Tiket Rumah Terbalik:

  • RM 18 untuk dewasa
  • RM 6 untuk kanak-kanak (umur 4-12)

Harga Tiket Muzium 3D Wonders:

  • RM 33 untuk dewasa
  • RM 15 untuk kanak-kanak (umur 4-12)

Tawaran Kombo (Rumah Terbalik + Muzium 3D Wonders):

  • RM 45 untuk dewasa (Jimat RM 6)
  • RM 18 untuk kanak-kanak (umur 4-12) (Jimat RM 3)

Harga Tiket Warganegara

Harga Tiket Rumah Terbalik:

  • RM 12 untuk dewasa
  • RM 5 untuk kanak-kanak (umur 4-12)

Harga Tiket Muzium 3D Wonders:

  • RM 19 untuk dewasa
  • RM 10 untuk kanak-kanak (umur 4-12)

Tawaran Kombo (Rumah Terbalik + Muzium 3D Wonders):

  • RM 25 untuk dewasa (Jimat RM 6)
  • RM 12 untuk kanak-kanak (umur 4-12) (Jimat RM 3)

Beli Tiket Masuk Rumah Terbalik Sabah & 3D Muzium Wonders

Tiket masuk ke Rumah Terbalik Sabah dan juga 3D Muzium Wonders boleh dibeli melalui pelbagai platform online seperti KLOOK. Pembelian melalui KLOOK adalah lebih mudah dan boleh mendapatkan tawaran harga istimewa!

Mudah sahaja caranya, taip Rumah Terbalik Sabah atau 3D Muzium Wonders di kotak carian di bawah dan klik, Search. 

Klook.com

Tips untuk Melawat Rumah Terbalik Sabah

  1. Waktu Terbaik untuk Melawat: Untuk pengalaman yang lebih selesa, kunjungi Rumah Terbalik pada hari bekerja atau waktu pagi untuk mengelakkan kesesakan.
  2. Pakai Pakaian yang Selesa: Oleh kerana cuaca di Sabah agak panas, disarankan untuk memakai pakaian yang tipis dan selesa.
  3. Jangan Lupa Kamera: Ini adalah tempat yang penuh dengan peluang fotografi menarik. Jadi, pastikan kamera atau telefon anda bersedia dengan bateri yang mencukupi.
  4. Semak Promosi dan Diskaun: Rumah Terbalik Sabah sering menawarkan promosi dan diskaun, terutamanya pada musim cuti sekolah. Rajinkan diri anda untuk sentiasa menyemak laman web rasmi atau media sosial mereka sebelum melawat untuk mendapatkan harga tiket yang lebih murah.

BACA JUGA: LEGOLAND – Tarikan, Tempat Penginapan Berdekatan, Tiket Masuk & Tips Penting!

Kesimpulan

Rumah Terbalik di Sabah bukan sekadar destinasi pelancongan biasa, ia mampu memberikan anda pengalaman pelancongan di Sabah yang tidak dapat dilupakan. 

Dengan kombinasi seni bina yang menarik, budaya tempatan yang dipamerkan, serta aktiviti interaktif yang menyeronokkan, Rumah Terbalik Sabah atau Upside Down House of Borneo ini memang wajib dimasukkan dalam senarai tempat yang wajib dikunjungi semasa percutian ke Sabah!

Bantu kami share artikel ini: