Koleksi Pantun Penutup Majlis: Pengganti Ucapan Terima Kasih

Sudah menjadi kebiasaan, di Malaysia ucapan pembukaan dan penutup oleh pengacara majlis biasanya diselitkan dengan pantun bagi menarik perhatian para hadirin.

Pantun penutup majlis biasanya berisi ucapan terima kasih kepada para hadirin dan doa agar dapat bertemu kembali pada kesempatan berikutnya.

Pantun adalah jenis puisi lama yang tiap baitnya terdiri atas empat baris serta memiliki sampiran dan isi dan pantun telah berkembang sebagai media penuturan pesan dengan permainan kata-kata.

Koleksi pantun penutup majlis

Berikut merupakan beberapa contoh pantun penutup majlis yang boleh anda gunakan dengan sebaiknya:

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman,
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan

Buah rambutan untuk dimakan,
Simpan sedikit buat cik Siti,
Salah dan silap harap dimaafkan,
Ada jodoh berjumpa lagi.

Mencandat sotong diwaktu pagi,
Tidak terasa hari dah senja,
Walaupun jauh merantau pergi,
Sanak saudara takkan dilupa

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,
Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Artrtikkel berkaitan: Koleksi Pantun Terima Kasih dan Penghargaan

Bunga seroja di atas para,
Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Dari Rokan ke Indragiri,
Membawa tinta ke Kuala Linggi;
Baliklah tuan rehatkan diri,
Esok kita bersua lagi.

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri,
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.

Merdu bertingkah alunan suara,
Kadang tak sedar tersilap kata,
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta.

Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Bersyukur kini kami panjatkan,
Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan

Dari Kedah ke pekan sari,
Beli suasa di Kota Tinggi,
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain masa bersua lagi.

Bantu kami share artikel ini: