Jadual Lengkap Sifir 2

Murid di sekolah sudah pastinya perlu menguasasu Sifir 2 sebagai asas dalam pembelajaran matematik.

Ini bagi memastikan mereka dapat menguasai pembelajaran matematik yang melibatkan operasi darab dan bahagi.

Berikut adalah panduan lengkap pengiraan sifir ini.

Maksud Sifir

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sifir ialah daftar bilangan yg dipergandakan berturut-turut seperti 2 × 1, 2 × 2, 2 × 3 dan seterusnya.

Ini sifir juga adalah proses penambahan kumpulan nombor yang sama yang berlaku secara berulang.

Sebagai contoh 2 didarabkan dengan 3 adalah sebenarnya 2 tambah 2 sebanyak 3 kali. 

Memahami Konsep Sifir 2

Konsep sifir mestilah difahami dengan konsep darab.

Ini bermakna jika melibatkan sifir 2, ia mestilah melibatkan darab 2.

Sebagai contoh:

  • 2 x 2 bersamaan dengan 2 + 2 yang mana jawapannya adalah 4.
  • 2 x 6 bersamaan dengan 2 + 2 + 2 + 2 + 2 + 2 yang mana jawapannya adalah 12.

Jadual Sifir 2

Berikut adalah jadual sifir ini seperti di bawah:

Operasi DarabJawapan
1 x 22
2 x 2 4
3 x 2 6
4 x 28
5 x 2 10
6 x 2 12
7 x 214
8 x 216
9 x 2 18
10 x 2 20
11 x 2 22
12 x 2 24

Baca juga: Jadual Lengkap Sifir 1 Hingga 12

Bantu kami share artikel ini: