Muzikal Lawak Superstar 2024 – LIVE & Keputusan Terkini

Muzikal Lawak Superstar 2024 – Senarai Kumpulan, Konsep & Siaran Langsung

Muzikal Lawak Superstar 2024  (Musim 4) kembali lagi dengan penuh gah dan pasti menjanjikan gelak tawa yang tidak akan terlupakan selepas setahun berehat. 

Bagi peminat komedi dan persembahan muzikal, acara ini menjadi medan terbaik untuk melihat pelawak terkenal tanah air bersaing dalam bentuk persembahan muzikal yang menghiburkan. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenai Muzikal Lawak Superstar 2024. Jom baca! 

BACA JUGA: Tonton.Com.My – Cara Daftar & Tonton TV3 Live Streaming

Pengenalan Muzikal Lawak Superstar

Muzikal Lawak Superstar adalah sebuah rancangan realiti komedi yang menggabungkan unsur muzikal dan lawak dalam satu persembahan. Rancangan ini ditayangkan di Astro Warna. 

Ia merupakan rancangan “Spin-Off” Maharaja Lawak Mega yang mengandingkan kumpulan yang terdiri daripada selebriti pelawak Malaysia dan bergabung bersama artis-artis daripada pelbagai cabang industri hiburan seperti pelakon, penyanyi dan personaliti popular.

Mereka akan bersaing dengan menyampaikan persembahan berkonsepkan muzikal yang berunsur komedi. 

Setiap episod membawa tema yang berbeza. Jadi, setiap pasukan perlu mengasah kreativiti mereka dalam menghasilkan sketsa yang mencuit hati dan menghiburkan.

Muzikal Lawak Superstar bukan sahaja menonjolkan lawak jenaka tetapi juga memberi peluang kepada peserta untuk memperlihatkan bakat dalam bidang lakonan, nyanyian dan juga tarian. 

Setiap persembahan diiringi oleh muzik yang memukau dan latar belakang pentas yang berwarna-warni, menjadikan program ini bukan sahaja menghiburkan tetapi juga seronok ditonton oleh semua lapisan umur.

Muzikal Lawak Superstar 2024 – Kembali Bersiaran Langsung

Astro sekali lagi mempersembahkan gabungan pelakon, pelawak, penyanyi, dan pempengaruh di pentas komedi muzikal dalam musim terbaru ‘Muzikal Lawak Superstar 4’. 

Rancangan ini disiarkan secara langsung mulai 22 September ini, setiap Ahad, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107). Untuk musim keempat ini, terdapat 10 episod keseluruhannya. 

Muzikal Lawak Superstar 2024 - Senarai Kumpulan, Konsep & Siaran Langsung Minggu 1 

Siaran langsung akan dibuat dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras. Bagi yang ingin menonton dari rumah atau di mana sahaja, anda boleh menontonnya melalui On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka. 

Penganjuran edisi keempat ini dimeriahkan dengan kolaborasi bersama Gempak selaku Rakan Digital, serta ERA & SINAR sebagai Rakan Radio Rasmi.

BACA JUGA: TV9 Live: Tonton Secara Percuma Program dan Siaran Menarik

Konsep

Pada edisi keempat ini, elemen ‘Magika’ diangkat sebagai tema utama dalam setiap persembahan, di mana kumpulan-kumpulan akan menggabungkan elemen hikayat lama atau cerita dongeng ke dalam sketsa komedi spontan mereka.

Masih mengekalkan format asal, setiap minggu kumpulan akan diberikan cabaran berdasarkan lokasi yang spesifik, dan mereka bebas untuk menghasilkan cerita dengan latar lokasi tersebut. 

Muzikal Lawak Superstar 2024 - Senarai Kumpulan, Konsep & Siaran Langsung Minggu 1 

Menariknya musim ini, setiap kumpulan bakal menghadapi cabaran tambahan dengan diperkenalkan genre muzik berbeza pada setiap minggu. Mereka perlu membawakan sketsa komedi yang sesuai dengan lokasi dan genre lagu yang telah ditentukan.

Musim ini akan menampilkan gabungan pempengaruh, pelakon, dan pelawak terkenal dengan tujuan meningkatkan tahap persaingan serta memberi daya tarikan yang lebih kepada penonton dan peminat melalui pelbagai variasi.

Kepelbagaian ini diperkuat lagi dengan pemilihan bintang-bintang ternama, termasuk barisan hos dan juri yang berpengalaman. Langkah ini sejajar dengan misi Astro Warna untuk terus menjadi destinasi utama komedi. 

Program ini bukan sahaja mengetengahkan bakat komedi menarik dari peserta, tetapi turut menonjolkan keupayaan mereka dalam menawarkan perspektif komedi yang segar dan menghiburkan.

Senarai Kumpulan Terlibat

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ menampilkan 10 kumpulan yang bakal bertanding untuk merebut gelaran juara. 

Kumpulan yang bakal bersaing adalah:

  1. Deroyan: Has Arteh, Dewa Arteh, Eric Fuzi
  2. Padie: Namie, Fad Bocey, Aretoy
  3. Putehh: Ali Puteh, Man Raja Lawak, Aya Amiruddin
  4. Zuara: Nizam Jentik-Jentik, Chiwan, Zulin Aziz
  5. Gebu: Mamak Puteh, Ilham Abata, Puteri Sarah Liyana
  6. Kilo: Tapai, Harris Annuar, Tajuddin Bakar
  7. Soda: Sofwan Soda, Danny Soda, Yah Kucai
  8. Sarkas: Danial Zaini, Shashic, Acap S
  9. Gahai: Fuad Gahai, Usop Gahai, Isyariana
  10. Bravo: Ammar Titan, Azhar Jalil, Nasz Sally

Juri & Pengacara Utama

Muzikal Lawak Superstar 2024 - Senarai Kumpulan, Konsep & Siaran Langsung Minggu 1 

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ semakin menarik dengan kehadiran barisan juri yang menampilkan wajah-wajah baharu seperti pelawak terkenal Saiful Apek dan Harith Iskander, serta pelakon popular Anna Jobling. 

Sementara itu, Dato’ AC Mizal pula diberi tanggungjawab sebagai pengacara utama rancangan ini.

Penjurian

Setiap persembahan kumpulan akan dinilai berdasarkan 70% markah daripada juri dan juga pemberian “Bintang”, manakala baki 30% akan ditentukan melalui undian penonton di laman web Astro Gempak. 

Penonton boleh mengundi kumpulan pilihan mereka setiap minggu selepas tamatnya program di Astro Gempak. Kumpulan dengan undian tertinggi akan menerima anugerah Astro Gempak, yang akan diumumkan pada segmen penutup setiap minggu.

BACA JUGA: Biodata Fazura – Pelakon Wanita Popular & Usahawan Tudung Berjaya

Cara Mengundi Muzikal Lawak Superstar Of The Week!

Siapakah yang akan menjadi Muzikal Lawak Superstar Of The Week setiap minggu? Korang nak kumpulan kegemaran korang untuk menjadi pemenang?

Jom undi sekarang! 

Langkah-langkah mengundi seperti di bawah: 

  1. Layari www.gempak.com/muzikallawaksuperstar atau scan QR Code yang tertera ​Log masuk ke akaun anda melalui akaun Astro/Google/Apple/Facebook.
  2. Anda mempunyai 30 kredit undian setiap hari dari hari Isnin sehingga hari Sabtu dan 50 kredit undian pada hari Ahad untuk mengundi peserta kegemaran anda.
  3. Undian online akan di buka sepanjang minggu dan akan ditutup selepas diumumkan oleh hos di akhir rancangan pada minggu tersebut. 
  4. Undian akan di buka semula selepas rancangan pada minggu tersebut berakhir.Tertaluk kepada terma & syarat
Muzikal Lawak Superstar 2024 - Senarai Kumpulan, Konsep & Siaran Langsung Minggu 1 

Hadiah Pemenang

Juara ‘Muzikal Lawak Superstar 4’ akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 150,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Tempat kedua, ketiga dan keempat akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 75,000, RM 50,000 dan RM 25,000 beserta dengan trofi sumbangan Astro.

LIVE STREAMING Muzikal Lawak Superstar – Siaran Langsung 

Jangan lupa saksikan siaran langsung Muzikal Lawak Superstar Musim 4 untuk episod seterusnya setiap hari Ahad, pukul 9 malam di Astro Warna (saluran 107).

Untuk menonton rancangan Muzikal Lawak Superstar Musim 4 ini, anda boleh streaming di:

LIVE MINGGU 1

HIGHLIGHTS MINGGU 1

Anda juga boleh menonton live streaming di Facebook Astro Gempak atau Youtube Astro Gempak, On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan SOOKA.  

Selamat menonton!

Bantu kami share artikel ini: