MySELF JPA – Semakan Sistem Maklumat Pelajar Tajaan

MySELF JPA adalah sebuah platform digital yang diperkenalkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.

Ia direka khusus untuk memudahkan urusan pelajar yang menerima tajaan JPA dalam menguruskan maklumat peribadi, laporan akademik, serta berhubung dengan pihak JPA. 

Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai sistem MySELF JPA termasuklah  cara mendaftar pengguna kali pertama dan cara log masuk.

BACA JUGA: Semakan Keputusan Penajaan Biasiswa JPA 2024 (eSila)

Apa Itu MySELF JPA?

MySELF (Malaysian Student Engagement Online Feed) adalah aplikasi atas talian yang disediakan khas kepada pelajar dan pegawai tajaan JPA untuk mengemaskini dan menguruskan maklumat tajaan mereka secara layan diri dengan menggunakan kaedah ‘Single Sign-On’.

NOTA:

Definisi tajaan JPA disini adalah mana-mana bentuk tajaan samada biasiswa atau pinjaman di peringkat Kursus Persediaan, Diploma, Ijazah, Sarjana atau pun Sarjana Lanjutan (PhD).  Pelajar/pegawai yang hanya ditaja kursus pendek atau sijil adalah tidak dibenarkan menggunakan MySELF. 

MySELF JPA - Cara Daftar Pengguna Kali Pertama & Login

Pengguna MySELF  

Pengguna MySELF terdiri daripada: 

  • Pelajar tajaan JPA dalam dan luar negara; 
  • Pegawai tajaan JPA dalam dan luar negara;  
  • Bekas pelajar tajaan JPA dalam dan luar negara; 
  • Bekas pegawai tajaan JPA dalam dan luar negara. 

Perkhidmatan Dalam Sistem MySELF

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:

  • Pengemaskinian Maklumat Peribadi & Perhubungan
  • Semakan Jadual Bayaran Elaun Sara Hidup (ESH)
  • Semakan Jadual Bayaran Balik Pinjaman/Gantirugi
  • Semakan Bil Tuntutan Pinjaman/Gantirugi
  • Semakan Status Senarai Hitam
  • Lapor Diri Atas Talian
  • Permohonan Penangguhan Kontrak
  • Permohonan Pertukaran Penjamin
  • Permohonan Elaun Tambahan
  • Permohonan Pelanjutan Pengajian

Pautan Sistem MySELF

MySELF boleh dicapai melalui URL: https://myself.jpa.gov.my/

Cara Daftar & Login MySELF Pertama Kali

Bagi Pengguna MySELF baharu, pendaftaran kali pertama perlu dilakukan sebelum menggunakan sistem. Berikut merupakan tatacara pendaftaran:  

1. Layari MySELF di pautan berikut: https://myself.jpa.gov.my

2. Klik sini untuk mendaftar bagi Pendaftaran Kali Pertama 

MySELF JPA - Cara Daftar Pengguna Kali Pertama & Login

3. Seterusnya, baca dan fahami semua maklumat yang dinyatakan. Klik,  “Teruskan pendaftaran eSILA-ID”

NOTA: eSILA-ID adalah ID bersepadu (Single Sign-On – SSO) yang digunakan oleh pelajar/pegawai tajaan JPA untuk log masuk aplikasi penajaan atas talian JPA dengan menggunakan MyKad atau Kad Pengenalan Polis/Tentera dan meliputi aplikasi seperti ePermohonan, eKeputusan, ePenawaran dan MySELF.

4. Daftar eSILA-ID. Masukkan butiran diperlukan (Sila masukkan emel peribadi yang aktif bagi tujuan pengaktifan akaun). 

MySELF JPA

5. Emel pengaktifan akan dihantar ke emel yang anda daftarkan. Klik link pada emel pengaktifan tersebut.

6. Isikan pada ruangan Log Masuk:

  • eSILA-ID: No. kad pengenalan
  • Kata Laluan: Seperti yang telah didaftarkan
MySELF JPA

NOTA:

  • Pengguna yang pernah mendaftar dan merupakan pelajar atau pegawai tajaan JPA boleh terus log masuk untuk menggunakan MySELF;
  • Pendaftaran baru akan memerlukan pengaktifan akaun melalui emel yang akan dihantar kepada pemohon. Sila semak akaun emel selepas mendaftar untuk pengaktifan;
  • Sila masukkan alamat emel [email protected] ke dalam address book emel bagi mengelakkan masalah penerimaan emel pengaktifan.

Tidak Terima Emel Pengaktifan / Lupa Kata Laluan

Tab bantuan disediakan sekiranya pengguna mengalami masalah tidak terima emel pengaktidan atau terlupa kata laluan.

Pengguna diminta untuk memasukkan eSILA-ID (Nombor Kad Pengenalan) dan klik, hantar. Kata laluan sementara dan emel pengaktifan akan dihantar ke alamat emel yang telah didaftarkan. 

BACA JUGA: PIDN JPA: Semakan Keputusan Tajaan Biasiswa 2024

Modul MySELF JPA

Sistem MySELF mempunyai beberapa modul iaitu:

  • i) Modul Utama: Modul ini memaparkan ringkasan Maklumat Pelajar, Maklumat Tajaan Terkini, serta Pengumuman JPA (hebahan adalah dari semasa ke semasa). 
  • ii) Modul Peribadi: Modul Peribadi memaparkan Maklumat Diri Pelajar dan Maklumat Perhubungan. Kemaskini Maklumat Perhubungan boleh dilakukan dari semasa ke semasa.  
  • iii) Modul Pengajian: Modul Pengajian memaparkan semua maklumat berkaitan pengajian seperti keputusan peperiksaan, rancangan pelan pengajian, dan sebagainya. 
  • iv) Modul Bayaran: Paparan bagi bayaran elaun dan penyata terkini kepada pelajar.  
  • v) Modul Bayaran Balik: Paparan bagi jumlah tuntutan, baki tuntutan dan rekod bayaran balik (5 transaksi terakhir bayaran balik) yang telah dibuat oleh pelajar.

Soalan Lazim – FAQ

1. Saya telah terlupa kata laluan?

Jika anda mengalami masalah lupa kata laluan, anda perlu masuk ke dalam modul Terlupa Kata Laluan yang terdapat di dalam Sub-Navigasi pada bahagian kiri portal ini. Kemudian, anda perlu memasukan eSILA-ID dan menekan butang Reset Kata Laluan di dalam modul tersebut.

2. Saya tidak menerima emel pengaktifan.

Emel pengaktifan akan dihantar secara automatik selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan. Pengguna dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit. Sekiranya emel pengaktifan masih tiada, pengguna boleh klik pada butang memohon emel pengaktifan semula dengan klik pada capaian ini.

3. Saya tidak menerima sebarang salinan emel pemakluman Aktiviti MySELF.

Pengguna dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi. Sekiranya masih tiada, sila masukkan alamat emel [email protected] ke dalam Contact untuk memastikan penerimaan salinan emel aktiviti MySELF. Rekod aktiviti semasa MySELF masih boleh disemak di halaman utama (Home) MySELF.

4. Akaun saya telah didaftarkan oleh pengguna lain.

Mohon hubungi pasukan teknikal berserta bukti pengenalan diri seperti salinan MyKad untuk semakan pihak teknikal selanjutnya.

5. Apa itu eSILA-ID?

eSILA-ID adalah ID bersepadu (Single Sign-On – SSO) yang digunakan oleh pelajar/pegawai tajaan JPA untuk log masuk aplikasi penajaan atas talian JPA dengan menggunakan MyKad atau Kad Pengenalan Polis/Tentera dan meliputi aplikasi seperti ePermohonan, eKeputusan, ePenawaran dan MySELF.

6. Saya telah mendaftar. Tetapi ketika log masuk, sistem memaklumkan bahawa rekod pelajar/pegawai tidak wujud.

Sistem MySELF hanya boleh diakses oleh pelajar atau pegawai tajaan JPA yang mendapat tajaan penuh di bidang Diploma, Ijazah, Sarjana atau PHD sahaja.

Bagi pelajar/pegawai yang baru ditaja, Sistem MySELF boleh diakses dalam tempoh 30 hari selepas pelajar mendapat bayaran yuran atau elaun kali pertama.

Bagi pelajar/pegawai yang mempunyai tajaan JPA menggunakan Kad Pengenalan Lama, penetapan kata laluan lama perlu dibuat terlebih dahulu sekiranya tidak ditetapkan semasa pendaftaran eSILA-ID. Penetapan Kad Pengenalan Lama boleh dilakukan disini.

Sekiranya tuan/puan/saudara/saudari menepati syarat diatas tetapi masih gagal untuk log masuk, sila berhubung dengan pihak pentadbir bantuan lanjut.

7. Saya mempunyai tajaan menggunakan Kad Pengenalan Lama tetapi saya tidak menetapkan kad pengenalan tersebut semasa mendaftar. Apa perlu saya lakukan?

Bagi pelajar/pegawai yang mempunyai tajaan JPA menggunakan Kad Pengenalan Lama tetapi tidak ditetapkan semasa pendaftaran eSILA-ID, penetapan Kad Pengenalan Lama boleh dilakukan disini.

8. Saya perlu memuat naik fail ke MySELF tetapi saiz fail saya melebihi saiz fail yang ditetapkan. Apa perlu saya lakukan?

Pelajar boleh mengecilkan saiz fail tersebut dengan mengikuti tutorial yang telah disediakan di sini.

9. Saya pernah mendaftar dan menggunakan Sistem Laman Interaktif JPA. Bolehkah saya menggunakan akaun yang sama untuk log masuk MySELF?

Pelajar/Pegawai yang mempunyai akaun Laman Interaktif JPA perlu mendaftar semula untuk menggunakan MySELF kerana MySELF menggunakan teknologi lain yang mengutamakan keselamatan data pengguna yang tidak ada di Laman Interaktif.

Muat turun manual sistem MySELF di sini (PDF):

Maklumat Lanjut MySELF JPA

Sila layari Portal Penajaan Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk sebarang maklumat lanjut.

Atau,layari sistem MySELF https://myself.jpa.gov.my/bantuan.php untuk sebarang bantuan. 

Bantu kami share artikel ini: