Staycation Selangor: Senarai Penginapan untuk Keluarga & Kids Friendly!

Staycation Selangor: Senarai Penginapan untuk Keluarga & Kids Friendly!

Tengah rancang nak staycation di Selangor? Mencari penginapan mesra kanak-kanak di Selangor?

Hah, jom baca artikel ini.

Staycation Di Selangor

Staycation kini sering menjadi pilihan popular bagi ramai rakyat Malaysia yang ingin bercuti dan bersantai tanpa perlu perjalanan yang jauh dan memenatkan.

Sama ada mencari tempat yang mewah, kids-friendly, atau berdekatan dengan alam semula jadi, Selangor menawarkan pelbagai pilihan penginapan yang bukan sahaja cantik dan selesa, tetapi juga murah dan kids-friendly.

Jadi, sekiranya anda sedang merancang untuk staycation di Selangor, artikel ini akan berkongsi lebih 15  tempat penginapan menarik yang sesuai untuk staycation Selangor anda bersama keluarga. 

Baca hingga habis untuk senarai penuh tempat staycation terbaik di Selangor yang sesuai untuk keluarga anda!

BACA JUGA: Sky Mirror Kuala Selangor – Waktu Operasi, Harga Tiket & Tips Sebelum Pergi!

15+ Pilihan Tempat Penginapan Staycation Selangor

1. Villa Takun, Templar Park

Villa Takun di Templar Park menawarkan pengalaman staycation di Selangor yang unik dan dekat dengan alam semula jadi. Sekelilingnya hutan hujan tropika. Siap ada air terjun lagi!

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Villa Takun

Tempat ni ramai yang rekomen dekat media sosial tau. Memang ramai yang dah pergi dan puas hati. Lokasinya pun tak jauh, lebih kurang 30 minit sahaja dari Kuala Lumpur. Rate satu malam bermula dari harga RM700 ke atas. 

Villa Takun menawarkan penginapan keluarga di Selangor dengan beberapa pilihan unit yang boleh memuatkan keluarga besar. Sekiranya anda nak rasa tidur ‘outdoor’ anda boleh pilih pakej penginapan The Glamping.

Sumber: Villa Takun

Setiap unit dilengkapi dengan dapur lengkap dan pelbagai kemudahan lain termasuk kolam renang. Set barbeku pun ada. Bolehlah buat bakar-bakar sambil beraktiviti. 

Tempat ni memang sesuai sangat untuk family gathering dan paling best, semua sudut villa ni insta-worthy!!

2. Kasturi Kabin Hulu Langat

Pilihan penginapan untuk staycation Selangor yang anda boleh pertimbangkan juga ialah Kasturi Kabin.Ia terletak Hulu Langat dan menawarkan pengalaman menginap di kabin yang dikelilingi oleh kehijauan hutan. Suasananya tenang sangat-sangat. 

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Kasturi Cabin – Daun Retreats

Terdapat beberapa jenis pilihan unit penginapan untuk memenuhi keperluan pengunjung yang berbeza. Ada kabin saiz besar, sesuai untuk keluarga dan ada juga kabin untuk pasangan, saiznya lebih kecil. 

Kabin-kabin ini direka dengan gaya rustik yang sesuai dengan persekitaran hutan, dibina menggunakan kayu untuk memberikan pengalaman yang autentik. 

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Kasturi Cabin – Daun Retreats

Setiap kabin dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil yang selesa, kipas siling, pendingin hawa, tandas, dapur dan sebagainya. Kolam renang pun ada. Jangan risau pasal privasi, setiap kabin memang terjaga privasinya. 

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Kasturi Cabin – Daun Retreats

Dari segi kemudahan umum, Kasturi Kabin menyediakan ruang barbeku untuk pengunjung yang ingin melakukan aktiviti bakar-bakar. Terdapat juga kemudahan-kemudahan menarik yang lain turut disediakan. 

Harga untuk satu malam bermula RM900 ke atas. Nampak macam mahal kan, tetapi dengan kemudahan dan pengalaman yang bakal diperolehi, memang sangat recommended!

3. Gerimis Senja Villa

Gerimis Senja yang juga terletak di Hulu Langat, Selangor adalah sebuah banglo dengan konsep ala-ala Bali, menawarkan pengalaman staycation di Selangor bersama keluarga yang tenang dan menenangkan. 

Terletak di kawasan yang dikelilingi oleh alam semula jadi yang hijau, ia menjadi pilihan yang sempurna untuk keluarga yang ingin melarikan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan bandar.

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Gerimis Senja Villa

Gerimis Senja menawarkan penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti dapur, mesin basuh, tempat letak kereta, set karaoke, set BBQ dan sebagainya. 

Terdapat juga beberapa permainan seperti meja tenis, carom, board games disediakan untuk aktiviti bersama keluarga. Yang paling best, ada kolam renang infinity yang luas. 

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Gerimis Senja Villa

Villa ini  boleh memuatkan 15 orang (maksimum) dalam satu-satu masa. Terdapat 3 bilik disediakan dan beberapa tambahan tilam untuk keselesaan tetamu yang menginap. Harga untuk satu malam lebih kurang RM1400 ke atas. Kalau kongsi ramai-ramai, taklah rasa mahal sangat kan. 

Nak buat acara keluarga, family gathering sambil staycation ke, Gerimis Senja Villa adalah salah satu pilihan yang terbaik. 

4. Beacon Resort

Beacon Resort merupakan destinasi staycation yang popular di Selangor. Ia menawarkan pengalaman penginapan yang mewah tetapi pada harga yang berpatutan. 

Terletak strategik di kawasan yang mudah diakses, resort ini menjadi pilihan ideal bagi keluarga yang ingin bercuti atau staycation tanpa perlu memandu terlalu jauh dari bandar.

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Beacon Resort

Resort ini bukan sahaja menawarkan penginapan yang selesa, tetapi juga dilengkapi dengan kemudahan yang sangat sesuai untuk kanak-kanak seperti kolam renang dan taman permainan. 

Tarikan semula jadinya juga tidak kurang hebatnya. Pengunjung boleh mandi di sungai, jungle trekking di kawasan hutannya dan sebagainya. 

Beacon Resort menawarkan beberapa jenis bilik dan suite yang sesuai untuk keluarga pelbagai saiz. Daripada bilik standard yang selesa hingga suite keluarga yang luas. Setiap unit dilengkapi dengan kemudahan moden untuk memastikan keselesaan tetamunya. 

Sumber: Beacon Resort

Di Beacon Resort, pengunjung boleh akses pelbagai jenis kemudahan untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dengan memilih pakej-pakej yang ditawarkan. Terdapat 3 jenis pakej yang ditawarkan iaitu, daytrip, overnight dan corporate

Setiap tempahan bilik diwajibkan untuk memilih pakej yang membolehkan pengunjung akses kepada kemudahan serta makanan selama berada di sana. Harga bilik bermula RM300++. 

5. Komune Living Hotel

Komune Living Hotel adalah merupakan pilihan penginapan yang popular bagi keluarga yang mencari staycation yang selesa dan kids-friendly. 

Terdapat dua pilihan, anda boleh pilih nak tempah Komune Living Hotel di Cheras atau di Bangsar South.

Kedua-duanya mempunyai kelebihan tersendiri. Keduanya direka khas dengan gaya moden dan praktikal, sesuai untuk mereka yang mahukan keselesaan dengan bajet yang berpatutan. Harga untuk satu malam bermula RM200 ke atas. 

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Komune Living

Salah satu kelebihan utama Komune Living Hotel ini adalah reka bentuk biliknya yang luas dan dilengkapi dengan dapur kecil yang lengkap.

Ini membolehkan anda untuk menyediakan makanan sendiri jika diperlukan. Penting ye terutamanya bagi keluarga dengan anak-anak kecil. 

Sumber: Komune Living

Dari segi lokasi, Komune Living Hotel terletak berhampiran dengan pelbagai tarikan dan kemudahan.

Anda boleh meneroka kawasan sekitar, membeli-belah atau menikmati makanan di restoran-restoran berdekatan dengan mudah. Nak pergi tempat-tempat tarikan yang popular pun dekat sahaja. 

Jadi, untuk pengalaman staycation Selangor di kawasan bandar, Komune Living Hotel adalah pilihan penginapan yang strategik dan berbaloi untuk ditempah. 

6. Villa Chee Sekinchan

Bagi individu yang inginkan pengalaman staycation Selangor dengan berlatarbelakangkan kehidupan kampung, anda tidak boleh katakan tidak kepada  Villa Chee di Sekinchan!

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Villa Chee Sekinchan

Villa ini menawarkan pengalaman staycation yang unik dengan latar belakang kehidupan kampung yang terkenal dengan sawah padinya yang luas. Salah satu tarikan utama Villa Chee adalah kolam renang luarnya yang menghadap ke sawah padi. 

Bukan itu sahaja, villa ini juga sangat kids-friendly. Siap ada gelongsor air lagi. Memang seronoklah budak-budak nak bermain. 

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Villa Chee Sekinchan
Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Villa Chee Sekinchan

Lokasi Villa Chee yang strategik membolehkan pengunjung menikmati pemandangan sawah padi yang menghijau, suatu pemandangan yang jarang dilihat oleh mereka yang tinggal di bandar.

7. Triangle Farm Cottage

Seperti namanya, Triangle Farm Cottage mempunyai reka bentuk yang unik dengan konsep minimalis dan moden.

Bentuknya yang segi tiga memberi estetika yang menarik untuk pengunjung yang suka pengalaman ‘glamping’ atau penginapan yang lain daripada lain.

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Triangle Farm Cottage
Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Triangle Farm Cottage
Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Triangle Farm Cottage

Ohya, Triangle Farm Cottage ini juga terletak di tengah kawasan sawah padi Sekinchan. Anda boleh menikmati pemandangan ladang padi yang luas apabila menginap di sini. 

Selain pemandangan sawah, Sekinchan juga terkenal dengan hasil pertanian, dan terdapat pelbagai tempat menarik seperti kilang padi, pantai Redang, dan restoran makanan laut segar yang mudah diakses dari Triangle Farm Cottage.

Paling best lagi, ada banyak spot menarik untuk ambik gambar lawa-lawa!

8. Mines Beach Resort

Mines Beach Resort juga salah satu pilihan staycation murahdi Selangor. Daya tarikan utama resort  ini adalah pantai buatannya yang luas.

Dengan pasir putih yang lembut dan air yang jernih, ia menawarkan pengalaman yang menyeronokkan bukan sahaja untuk kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. 

Selain itu, resort ini berada berhampiran dengan pusat beli-belah Mines, di mana anda boleh membeli-belah, menonton wayang, atau menjamu selera tanpa perlu memandu jauh. 

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Mines Beach Resort

Mines Beach Resort ini sangat sesuai untuk keluarga atau pasangan yang ingin bersantai tanpa perlu keluar dari Selangor. Tak perlu pergi Port Dickson dah hehe.

Untuk tahun 2024, resort ini telah menambah beberapa aktiviti air baru seperti paddle boarding dan kayaking yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Mines Beach Resort

Paling penting, kids-friendly. Tak payah risau kalau nak bawa anak. Ada banyak kemudahan disediakan termasuklah tema air mini yang sesuai untuk kanak-kanak. 

9. Dusun Bonda

Sumber: Dusun Bonda

Dusun Bonda, terletak di Hulu Langat Selangor menawarkan pengalaman staycation yang autentik di sebuah dusun buah-buahan tradisional. 

Resort ini menjadi pilihan yang sempurna bagi keluarga yang ingin merasai kehidupan di kampung dan mendekatkan diri dengan alam semula jadi. Air terjun pun ada. Udaranya memang segar! 

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Dusun Bonda

Tarikan utama di sini semestinya dusun buah-buahannya yang luas. Kalau anda datang tengah musim buah, memang syok sangat. Anda boleh petik dan nikmati pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan, manggis, cempedak dan sebagainya. 

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Dusun Bonda

Dari segi penginapan, Dusun Bonda terdiri daripada beberapa chalet kayu tradisional yang telah diubahsuai untuk keselesaan setiap tetamunya. Nak rasa pengalaman glamping, pun boleh!

10. Sekeping Serendah Retreats

Sekeping Serendah Retreats ini terletak di Serendah, Selangor. Kira-kira 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur. 

Tempat penginapan ini benar-benar berada di kawasan hutan tropika. Suasananya sangat dekat dengan alam. Memang tenang sangat. Jauh dari keriuhan bandar. “The best nature gateway”, orang putih cakap.  

Jalan masuk ke tempat penginapan.
Sumber: Sekeping Serendah

Salah satu tarikan utamanya adalah, reka bentuk unik rumah-rumah penginapannya. Setiap rumah direka dengan dinding kaca membolehkan anda menikmati pemandangan hutan yang menghijau dari bilik anda. 

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Sekeping Serendah

Dari segi kemudahan, memang tiptop. Walaupun di tengah hutan, setiap unitnya dilengkapi dengan penyaman udara, wi-fi dan dapur kecil yang lengkap. Keselesaan anda memang terjamin. 

Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan disini seperti jungle trekking, mandi di sungai, barbeku dan sebagainya.  Tak nak mandi sungai? Jangan risau, di sini pun ada kolam renang.

Sumber: Sekeping Serendah

Sejujurnya nak bawa bayi bawah satu tahun macam tak sesuai, tetapi kanak-kanak yang dah boleh berlari-lari sana sini, memang sesuai sangat.

11. Sekeping Jugra

Sekeping Jugra adalah salah satu pilihan penginapan yang menarik untuk staycation di Selangor, terutamanya jika anda mencari pengalaman yang unik dengan suasana desa yang tenang. 

Apa yang membuatkan Sekeping Jugra istimewa adalah reka bentuknya yang minimalis, memberikan suasana yang moden namun tetap menyatu dengan alam semula jadi. Sangat instagrammable!!

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Sekeping Jugra
Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Sekeping Jugra

Selain itu, retreat ini juga menawarkan pengalaman penginapan yang eksklusif dengan privasi yang terjaga. 

Untuk peminat aktiviti luar, Sekeping Jugra menawarkan pelbagai pilihan. Terdapat laluan berbasikal yang selamat di sekitar kawasan resort, membolehkan anda meneroka kawasan sekeliling. Bukan itu sahaja, anda juga boleh memancing di sungai berdekatan. 

Tempah sekarang!

12. Villa Mas, Ijok Selangor / D’Villa Ijok

Villa Mas di Ijok, Selangor juga merupakan pilihan yang menarik untuk staycation di Selangor  terutamanya bagi mereka yang mencari tempat penginapan dengan harga berpatutan. Harga satu malam bermula RM200++. 

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Facebook D’Villa Ijok

Villa ini menawarkan privasi dan reka bentuk moden yang sesuai untuk percutian keluarga, acara peribadi, atau berkumpul bersama kawan-kawan. Kemudahan asas semuanya disediakan. Kolam renang pun luas. Anak-anak boleh berenang sepuasnya. 

Sumber: Facebook D’Villa Ijok

13. Tasik Kebun Serendah

Tasik Kebun Serendah, terletak di kawasan pedalaman Serendah, menawarkan pengalaman staycation Selangor yang unik dengan konsep resort tepi tasik yang dikelilingi oleh kehijauan hutan. 

Ia menyediakan pelbagai kemudahan termasuk bilik yang selesa dan moden, serta akses kepada aktiviti seperti memancing, berjalan-jalan di sekitar kawasan tasik, berkelah, aktiviti air dan sebagainya. Nak berkhemah pun boleh. 

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Tasik Kebun Serendah
Sumber: Tasik Kebun Serendah

Namun, kerana lokasinya di luar bandar, kemudahan seperti restoran atau kedai mungkin agak terhad, jadi persediaan awal diperlukan. Tempat ini sesuai untuk mereka yang benar-benar mahu ‘disconnect’ daripada kesibukan bandar dan mencari ketenangan di kawasan yang lebih terpencil.

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Tasik Kebun Serendah

Tasik Kebun Serendah juga mempunyai taman permainan air yang selamat untuk kanak-kanak. Taman ini dilengkapi dengan pelbagai alat permainan air yang menyeronokkan.

Apalagi, jom tempah sekarang! 

14. Teduhan Langat

Pilihan tempat penginapan seterusnya untuk staycation di Selangor ialah Teduhan Langat. Mengapa Teduhan Langat patut menjadi pilihan anda?

Salah satunya ialah, lokasinya yang strategik membolehkan pengunjung menikmati keindahan Sungai Langat yang mengalir berhampiran resort. Selain itu, di sini juga ada kolam air panas semula jadi. Kolam renang pun ada. Besar pulak tu!

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Teduhan Langat

Penginapan di Teduhan Langat terdiri daripada beberapa jenis bilik yang dilengkapi dengan kemudahan asas yang mencukupi untuk keselesaan keluarga, termasuk dapur kecil. Ada villa, ada rumah pokok, studio, rumah bambu, style glamping pun ada. 

Sumber: Teduhan Langat
Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Teduhan Langat

Teduhan Langat juga menawarkan pelbagai aktiviti yang sesuai untuk keluarga. Antaranya ialah, bermain ATV, memetik buah, berinteraksi dengan haiwan di ladang, memancing, barbeku dan pelbagai lagi. 

Kebun organik pun ada di sini. Pengunjung boleh belajar tentang pertanian lestari dan bahkan memetik sayur-sayuran segar untuk dimasak.

Sumber: Teduhan Langat

Untuk pencinta alam semula jadi, Teduhan Langat menawarkan pelbagai aktiviti meneroka alam. Terdapat laluan trekking yang sesuai untuk keluarga. Menariknya lagi, pihak resort juga ada menganjurkan lawatan berpandu ke air terjun berdekatan.

Jangan lupa tempah sekarang!

15. Kiddos Hideout Airbnb

Kiddos Hideout, adalah pilihan penginapan mesra kanak-kanak yang terletak di Klang Valley. Ia merupakan unit airbnb yang terletak di Tropicana Aman. 

Konsep Kiddos Hideout yang unik menjadikannya syurga bagi kanak-kanak. Setiap sudut airbnb ini direka untuk merangsang kreativiti dan imaginasi kanak-kanak. Konfem seronok budak-budak bila bawa menginap sini. 

Sumber: Kiddos Hideout Airbnb
Sumber: Kiddos Hideout Airbnb
Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Kiddos Hideout Airbnb
Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Kiddos Hideout Airbnb

Tak perlu keluar mana-mana, duduk je dalam airbnb. Ibu bapa pun boleh berehat sambil anak-anak bermain. Kolam renang pun ada. Ada yang untuk dewasa, ada yang untuk kanak-kanak. 

Nak staycation yang santai, banyak masa berehat, tak jauh, kids-friendly, hah tempahlah Kiddos Hideout ini.

16. Carpe Diem Orchard Home Serendah

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Carpe Diem Orchard Home Serendah

Carpe Diem Orchard Home Serendah, terletak di kawasan pedalaman Serendah, menawarkan pengalaman staycation yang unik dengan konsep penginapan di ladang buah-buahan. Ia sangat sesuai untuk keluarga yang ingin berehat dalam suasana kampung yang tenang. 

Sumber: Carpe Diem Orchard Home Serendah
Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Carpe Diem Orchard Home Serendah

Terletak di atas tanah seluas 18 ekar, penginapan ini menyediakan ruang yang luas untuk anak-anak meneroka dan bermain. Terdapat pelbagai aktiviti dan kemudahan yang disediakan untuk seisi keluarga seperti kolam renang, memancing, barbeku, trampoline, petting haiwan, berbasikal dan pelbagai lagi. 

Staycation Selangor: Pilihan Penginapan Sesuai untuk Keluarga & Kids Friendly!
Sumber: Carpe Diem Orchard Home Serendah

Carpe Diem Orchard Serendah menawarkan pengalaman staycation Selangor yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga mendidik.

Ia memberikan peluang kepada keluarga untuk mendekatkan diri dengan alam semula jadi, belajar tentang pertanian, dan menikmati keindahan dan kelazatan buah-buahan segar secara langsung dari sumbernya. Seronoknya!!

Tempah Melalui KLOOK

Tempah penginapan pilihan anda untuk staycation di Selangor melalui KLOOK dan dapatkan harga istimewa!

Cari nama airbnb/homestay/tempat penginapan anda di kotak carian di bawah dan klik Search. Buat tempahan dan pembayaran dengan segara untuk menikmati diskaun.

Jom tempah sekarang!

Klook.com

Kesimpulan

Sebenarnya ada banyak lagi pilihan tempat penginapan staycation di Selangor yang sesuai untuk keluarga dan kids-friendly. Nanti ada masa kita tambah lagi okay.

Apapun, semoga senarai tempat penginapan ini membantu untuk merancang staycation Selangor anda bersama keluarga. Selamat ber-staycation!!

Bantu kami share artikel ini: