Op Global: Update Terkini Kes Global Ikhwan

Polis Diraja Malaysia (PdRM) telah mengeluarkan kenyataan media berkenaan perkembangan terkini siasatan OP Global yang melibatkan ahli kumpulan GISBH di laman rasmi mereka.

Penangkapan 31 individu yang merupakan ahli GISBH ini telah dilakukan. 17 individu daripada 31 individu ini merupakan orang yang memegang jawatan dalam syarikat tersebut.

Untuk ketahui lebih lagi berkenaan kes ini, pastikan anda terus membaca artikel ini sehingga ke penghujung.

Apa itu GISBH?

GISBH merupakan singkatan bagi nama sebuah syarikat Bumiputera iaitu Global Ikhwan Services and Business Holdings. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad (bekas pemimpin Al-Arqam)

Setelah Ustaz Ashaari Muhammad meninggal dunia, perniagaan ini telah diuruskan oleh Datuk Haji Nasiruddin Mohd Ali yang sekaran ini merupakan Pengerusi Eksekutif & Ketua Pegawai Eksekutif di GISB Holdings.

Antara anak syarikat GISBH ialah Ikhwan TV, Rangkaian, Bakeri GISB, Restoran dan Ketering; Industri GISB, Harta dan Pembangunan GISB; Perundangan & Perkhidmatan GISB; dan GISB Medicare.

Pada 16 Ogos, Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) telah mendedahkan bahawa GISBH ini telah melakukan eksploitasi agama dan kanak. Perkara ini telah diambil serius pihak berwajib dan sekarang siasatan op global sedang dilakukan ke atas ahli GISBH dan pihak terlibat.

op global gisbh

Kronologi Ringkas OP Global GISBH

Berikut merupakan kronologi ringkas berkenaan siasat Op Global yang melibatkan Syarikat Global Ikhwan Services and Business Holdings atau lebih dikenali sebagai GISBH:

  • 16 Ogos 2024
    • Pada tarikh ini, Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) telah mendedahkan aktiviti eksploitasi agama yang telah dilakukan GISBH ini.
  • 6 September 2024
    • Pendedahan tersebut telah diambil maklum oleh Mufti Perlis, iaitu Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA), dan beliau meminta siasatan dilakukan ke atas syarikat tersebut.
  • 11 September 2024
    • Polis telah melakukan serbuan ke atas 20 rumah kebajikan di bawah GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan.
    • 171 individu telah ditangkap bagi menjalankan siasatan dan seramai 402 kanak-kanak telah diselamatkan sewaktu serbuan ini dilaksanakan.
  • 12 September 2024
    • Wanita berusia 19 tahun telah dihadapkan ke mahkamah atas empat pertuduhan mendera empat kanak-kanak perempuan di taman asuhan kanak-kanak di Seremban yang dikaitkan dengan GISBH.
  • 13 September 2024
    • Daripada 171 yang ditahan, 159 telah direman manakala selebihnya adalah individu bawah umur.
  • 15 September 2024
    • Daripada 402 kanak-kanak yang diselematkan, seramai 384 kanak-kanak dan remaja telah melakukan saringan kesihatan dan hasil saringan mendapati terdapat ciri-ciri pengabaian dan penderaan.
  • 17 September 2024
    • Kesemua aset dan akaun kewangan milik GISBH telah dibekukan.
    • Kesemua 392 mangsa yang diselamatkan melalui Op Global telah selesai saringan kesihatan. Polis menyatakan unsur jenayah fizikal dan emosi telah dikesan.
  • 18 September 2024
    • Ahli perniagaan GISBH, Mohamad Riza Makar, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita pada 9 September lepas.
  • 19 September 2024
    • 19 individu termasuk pengurusan tertinggi, isteri dan beberapa pemimpin GISBH direman tujuh hari bagi membantu siasatan.
    • Tiga pembantu pelajar sebuah madrasah di Kuala Pilah, yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH, dihadapkan ke mahkamah atas 14 pertuduhan mendera lima kanak-kanak secara seksual pada 2022 dan 2023.
  • 20 September 2024
    • Tujuh individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan GISBH ditahan bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia. Mereka termasuk anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Mohammad, kumpulan GISB Pemuda Pembela Ummah (RPU).
    • Seorang lagi pembantu pengajar di sebuah madrasah di Kuala Pilah didakwa atas enam pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap empat budak lelaki, tahun lalu.
    • Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis memutuskan akidah dan ajaran dalam GISBH mengandungi unsur bidaah khususnya ajaran batin.
  • 21 September 2024
    • 31 individu telah ditahan dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah. 17 daripadanya merupakan orang atasan GISBH.

Untuk kronologi kes yang lebih terperinci anda boleh baca artikel kami di SINI.

Sumber: BERNAMA

Perkembangan Terkini OP Global

Pada 21 September 2024 (Sabtu), Pihak PdRM telah mengeluarkan kenyataan media yang menyatakan seramai 31 individu telah ditahan dalam Op Global di sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan dan Kedah.

Daripada operasi tersebut, 17 individu yang ditahan merupakan individu berjawatan di dalam Global Ikhwan Services and Business Holdings. Hasil penangkapan ini menjadi jumlah tangkapan terkini bagi kes ini mencecah 200 orang.

139 suspek yang ditahan sebelum ini telah disambung reman bagi membantu siasatan polis. 23 individu yang ditahan pula telah diberi jamin oleh polis atas sebab-sebab tertentu.

Kesemua mangsa berusia 18 tahun telah diserahkan kepada waris, manakala mangsa berusia 18 tahun ke bawah telah diserahkan kepada Jabatan Kebajikan kanak-kanak.

Pihak polis masih giat mencari bukti bagi kes ini. Jadi jika anda mempunyai bukti berkenaan eksploitasi agama dan kanak-kanak yang dilakukan oleh GISB, anda boleh segera laporkan pada pihak polis.

Sumber: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

Op global
Bantu kami share artikel ini: