Soalan Lazim SSPA – Elaun, Cuti, Waktu Bekerja, Perkhidmatan

Mungkin masih ramai yang tak perasan adanya Lampiran Soalan Lazim (FAQ) yang lebih terperinci dalam Pekeliling SSPA.

Penting untuk setiap penjawat awam membaca setiap lampiran ini bagi memastikan anda betul-betul faham dan dapat membuat pilihan opsyen yang anda inginkan.

Pemilihan Opsyen SSM atau SSPA

SSM berfungsi untuk menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) dengan fokus kepada penstrukturan gaji yang lebih baik, sementara SSPA adalah penambahbaikan kepada SSM dengan penekanan lebih besar kepada kenaikan gaji berasaskan prestasi dan fleksibiliti dalam imbuhan.

Dalam SSPA, penjawat awam yang mencapai prestasi cemerlang dapat menikmati kenaikan gaji yang lebih cepat, manakala dalam SSM, kenaikan gaji lebih seragam bergantung kepada gred dan tempoh perkhidmatan.

SSPA menjamin keadilan dan ketelusan dalam pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) kepada semua yang layak.

Pada masa yang sama, SSPA dapat meningkatkan Produktiviti Pegawai Awam demi kesejahteraan rakyat.

Tempoh Pemilihan Opsyen

Pegawai awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari bermula 21 Oktober hingga 30 November ini untuk memilih sama ada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) atau kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM), sebelum ia berkuatkuasa 1 Disember 2024.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata pelaksanaan SSPA tidak akan menjejaskan pencen pegawai awam yang berstatus tetap dan pelarasan gaji baru hanya terpakai kepada pegawai awam yang memilih opsyen SSPA sahaja.

Penambahbaikan SSPA

Jadi, apa kelebihan SSPA ni selain pelarasan gaji?

Berikut dikongsikan penambahbaikan kemudahan yang ada di bawah SSPA.

Muat Turun Soalan Lazim SSPA (FAQ)

Bagi yang belum membaca Pekeliling, sila muat turun pekeliling di pautan berikut: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 https://docs.jpa.gov.my/docs/sspa/PP_SSPA_INDUK_COMBINED.pdf

Berikut dilampirkan SENARAI SOALAN LAZIM PEKELILING PERKHIDMATAN SSPA yang lebih terperinci untuk dimuat turun (kemaskini 14 September 2024) :

[ MUAT TURUN ] SOALAN LAZIM (FAQ) PERKHIDMATAN SSPA

*Sumber: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA)

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut, sila rujuk Portal Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Jawapan Perkhidmatan Awam. 

PEKELILING SSPA SSM

Pemakluman:

  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 hingga 5 Tahun 2024 dan Surat Pelaksanaan Bilangan 6 Tahun 2024 akan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.
  • Pekeliling Perkhidmatan berikut perlu dirujuk kepada Pengurus Sumber Manusia (PSM) di Kementerian/Jabatan/Agensi berkenaan:
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2024 – Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2024 – Polis Diraja Malaysia (PDRM).
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2024 – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2024 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
  • Surat Pelaksanaan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Baca juga: SSM vs SSPA: Perbezaan & Kelebihan

Bantu kami share artikel ini: