Buat Passport Malaysia – Senarai Dokumen Diperlukan

Sebelum anda menghadirkan diri ke pejabat JJabatan Imigresen Malaysia untuk membuat passport Malaysia anda, sebaiknya anda semak dahulu senarai dokumen untuk buat passport yang perlu anda sediakan.

Tanpa dokumen-dokumen yang diperlukan, permohonan anda hanya sia-sia sahaja dan tidak akan diproses oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

Pengenalan

Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.

Tempoh sah laku pasport adalah LIMA(5) tahun dari Tarikh dikeluarkan.

Bagi permohonan kali pertama;

  • Pemohon dikehendaki hadir ke pejabat passport dan lakukan permohonan di kaunter.
  • Pemohon berusia di bawah 18 tahun perlu hadir bersama Ibu/Bapa/Penjaga yang sah.

Bagi rarakyat warganegara Malaysia yang ingin membuat passport buat kali pertama, anda perlu membawa pelbagai dokumen dalam senarai di bawah untuk buat passport di pejabat Jabatan Imigresen Malaysia

Artikel berkaitan: Cara Renew Passport Malaysia Secara Online (MyOnline Pasport)

dokumen buat passport Malaysia

Senarai Dokumen Untuk Buat Passport Malaysia

Berikut merupakan senarai dokumen untuk buat passport Malaysia mengikut kategori berbeza.

A. Pemohon Berumur 18 Tahun Dan Ke Atas

Jenis PemohonanSyarat-Syarat
Lahir di MalaysiaMyKad pemohonSekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 danpemohon diperlukan.
Lahir luar negaraMyKad pemohonBorang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW)Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia.
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia.MyKad pemohon dan Sijil Lahir. Pemegang MyKad mesti bertanda ‘H’ bagi Sabah dan ‘K’ bagi Sarawak. Manakala MyKad tanpa tanda tersebut perlulah diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). (Tertakluk pada syarat-syarat JPN).Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon diperlukan.Catatan : Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.
Pegawai dan Anggota Tentera Kad Pengenalan tentera / My tentera
Pegawai dan Anggota PolisKad Pengenalan tentera ; danSijil Lahir

B. Pemohon Berumur Di Bawah 18 Tahun

Jenis PemohonanSyarat-Syarat
Lahir di MalaysiaMyKad / MyKid pemohonSijil lahir pemohonMyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
Lahir luar negaraMyKad / MyKid pemohonBorang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW )Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia.MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia.MyKad /Mykid pemohon dan Sijil LahirBorang W / Sijil Lahir / Sijil Perakuan Taraf / Pengesahan Taraf Warganegara (PTW)MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama)Pemegang MyKad mesti bertanda ‘H’ bagi Sabah dan ‘K’ bagi Sarawak.Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir .Catatan 1: Mykad/Mykid   tanpa tanda ‘H’ /’K’ perlu     diselaraskan terlebih dahulu di Jabatan Pendaftaran Negara(JPN).Catatan 2 :.Permohonan akan dirujuk ke Pejabat Imigresen Sabah dan Sarawak .Kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja.
Jika ibu dan bapa telah meninggal duniaMyKad /MyKid pemohon.Sijil lahir pemohon.Sijil kematian ibu/bapa.Surat sumpah hak penjagaan anak oleh penjaga yang sah.Kad Pengenalan penjaga yang sah / Pasport Penjaga yang sah (jika bukan warganegara).Sijil lahir penjaga yang sah (jika perlu).
Jika ibu dan bapa berceraiMyKad /MyKid pemohon.Sijil lahir pemohon.Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak.MyKad ibu/bapa yang diberi hak penjagaan yang sah/ Pasport Penjaga yang sah (jika bukan warganegara).
Jika pemohon adalah anak angkatMyKad /MyKid pemohon.Sijil Anak Angkat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).MyKad ibu/bapa angkat / pasport yang sah( bukan warganegara).
Jika pemohon telah berkahwinMyKad pemohonSijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai)

Sumber: https://www.imi.gov.my/index.php/perkhidmatan-utama/pasport/

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai senarai dokumen untuk buat passport, sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Imigresen Malaysia yang berdekatan atau ke ibu pejabat Jabatan Imigresen Malaysia seperti yang berikut:

Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (Kementerian Dalam Negeri)
No. 15, Tingkat 1-7, (Podium)
Persiaran Perdana, Presint 2,
62550 Putrajaya.
T : 03-8000 8000 (MyGCC)

Maklumbalas Portal : [email protected]

Bantu kami share artikel ini: