Pesta Buku Melaka: Tarikh, Lokasi, Aktiviti Menarik

Untuk orang Melaka dan orang sekitar, jom ramai-ramai menghadirkan diri ke Pesta Buku Melaka 2024.

Inilah peluang untuk kita mendapatkan pelbagai bahan bacaan menarik pada harga menarik yang ditawarkan oleh penerbit.

Pesta Buku Melaka 2024 merupakan hasrat kerajaan dalam Dekad Membaca Kebangsaan yang menyasarkan Malaysia sebagai negara membaca menjelang tahun 2030.

Pesta Buku ini merupakan acara tahunan di Melaka anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).

Untuk makluman, acara pesta buku seperti ini adalah tempat dimana segalanya tentang buku, penerbitan dan penulisan yang dihasilkan dalam industri sesuatu negara itu–dikeluarkan untuk didagangkan kepada sesiapa sahaja. Rakyat marhaen ataupun pedagang hak cipta.

Tujuannya adalah untuk menghimpunkan seramai mana individu (penjual buku, penerbit, penulis, pengumpul buku, intelektual, sarjana, peminat komik) dalam satu bumbung, dalam satu ruang, dalam satu medan untuk menzahirkan minat yang sama terhadap buku. 

Tempat

  • Lokasi: The Shore Shopping Gallery, Melaka

Tarikh dan masa

Pesta Buku Melaka 2024 akan berlangsung pada tarikh dan masa seperti yang berikut:

  • Tarikh: 25 – 29 September 2024
  • Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

Artikel berkaitan: Pesta Buku Kedah 2024: Jadual & Senarai Program

Senarai aktiviti menarik

pertandingan bicara berirama

Sudah tentulah pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak dan golongan dewasa untuk disertai sepanjang Pesta Buku Melaka 2024 kali ini.

Pelbagai hadiah menarik turut diberikan kepada pemenang setiap aktiviti.

Sekiranya berminat, sila daftarkan diri anda melalui pautan di bawah sebelum penyertaan penuh:

pertandingan bintang cilik
pertandingan pesta buku melaka
pertandingan kalam jamaie
pertandingan pesta buku melaka 2024

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Pesat Buku Melaka 2024, sila hubungi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka melalui halaman Facebook rasmi di https://www.facebook.com/PERPUSTAM

Untuk melihat senarai acara pesta buku seluruh Malaysia, sila layari laman web rasmi rasmi Majlis Buku Kebangsaan Malaysia di https://mbkm.my/pestabukumalaysia/

Bantu kami share artikel ini: