Warna Air Kencing dan Tahap Kesihatan Badan Kita

Tahukah anda, warna air kencing boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk anda mengetahui tahap kesihatan tubuh anda. Hal ini demikian kerana, individu yang sihat akan mempunyai warna air kecil yang berbeza dengan individu yang tidak sihat.

Untuk mengetahui lebih lagi tentang air kencing dan kesan perubahan warnanya ke atas tubuh badan kita, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini.

Apa itu Air Kencing?

Air kencing adalah bahan buangan cecair yang dibuang oleh buah pinggang dan dikeluarkan dari badan melalui uretra. Kandungan air kencing ini 90% daripadanya terdiri daripada air dan selebihnya adalah bahan lain seperti urea, klorida, natrium, kalium, dan kreatinin.

Seseorang manusia yang mempunyai tahap kesihatan yang normal akan melakukan pembuangan air kecil ini sebanyak empat (4) hingga enam (6) kali sehari. Jika anda terkurang atau terlebih membuang air kencing daripada jumlah tersebut, ia mungkin menandakan anda mempunyai masalah kesihatan.

Selain daripada kekerapan, warna air kencing juga memainkan peranan dalam menentukan tahap kesihatan seseorang individu. Warna sisa buangan cecair yang pudar dan jernih menandakan anda sihat, manakala sebaliknya berlaku jika warnanya terlalu pekat atau lain daripada warna kuning.

Warna normal bagi air kencing yang sihat adalah diantara warna jernih sehingga warna kuning pudar. Individu yang sihat juga akan menjalani sistem perkumuhan ini sebanyak empat hingga enam kali sehari bergantung pada pemakanan kita.

warna-air-kencing

Warna Air Kencing & Masalah Kesihatan

Berikut merupakan warna air kencing dan status kesihatan individu yang memilikinya:

Air Kencing Tidak Bewarna

Air kencing yang jernih menunjukkan bahawa anda telah minum lebih daripada jumlah air yang disyorkan setiap hari. Walaupun minum air adalah bagus jika mengambil secara berlebihan ia masih akan memberikan kesan negatif kepada tubuh jika.

Jika ia berlaku sekali sekala, anda tidak perlu panik, anda hanya perlu mengurangkan sedikit kadar air yang akan anda ambil. Namun begitu sekiranya ia selalu berlaku walaupun pengambilan air telah dikurangkan ia mungkin petanda anda mengalami masalah hati seperti sirosis atau virus hepatitis.

Warna Kuning Cair

Warna kuning cair merupakan warna normal atau semulajadi air kencing anda. Warna ini akan berubah mengikut kadar pengambilan air minuman. Lebih banyak air, warna sisa buangan cecair anda akan lebih pudar, dan sebaliknya berlaku jika kurang pengambilan air.

Warna Kuning Pekat

Seperti dinyatakan di bahagian sebelum ini, jika anda kadar pengambilan air sehari anda adalah kurang, warna sisa buangan cecair anda akan menjadi lebih pekat. Perkara ini juga menandakan anda sedang dihidrasi atau tubuh anda tidak cukup air.

Warna Air Kencing Putih Keruh

Air kencing bewarna putih keruh pula boleh disebabkan oleh beberapa sebab antaranya ialah:

  • Air Kencing bewarna keruh boleh menandakan terdapatnya jangkitan pada saluran kencing anda. Ia juga boleh menjadi tanda beberapa penyakit kronik, seperti penyakit buah pinggang.
  • Air kencing keruh juga boleh menjadi tanda anda dehidrasi atau tidak cukup air.
  • Air kencing keruh juga boleh menjadi tanda bahawa anda menghidapi penyakit Crohn atau diverticulitis.
  • Jika anda sedang hamil dan mempunyai air kencing bewarna keruh ini, ia mungkin petanda bahawa anda telah diserang pernyakit preeklampsia yang boleh membahayakan nyawa anda dan bayi dalam kandungan.

Warna Air Kencing Merah/Pink

Air kencing yang bewarna merah atau merah jambu (pink) pula mungkin berlaku atas sebab-sebab berikut:

  • Makanan
    • Air kencing mungkin kelihatan merah atau merah jambu jika anda makan buah-buahan dengan pigmen merah emulajadi, seperti bit, rhubarb atau beri biru (blueberry).
  • Kesihatan Tubuh
    • Sesetengah keadaan kesihatan boleh menyebabkan darah muncul dalam air kencing anda, antaranya ialah:
      • hematuria
      • jangkitan saluran kencing
      • pembesaran prostat
      • batu karang
      • tumor dalam pundi kencing dan buah pinggang.
  • Ubat-ubatan
    • Ubat-ubatan yang boleh menjadikan air kencing anda warna merah atau merah jambu ialah
      • Phenazopyridine (Pyridium)
      • Antibiotik rifampin (Rifadin)
      • Ubat kanser tertentu seperti anthracyclines.

Bewarna Oren

Bagi anda yang mempunyai air kencing bewarna oren, berikut mungkin merupakan sebab-sebab mengapa anda mengalaminya:

  • Dehidrasi
    • Ia mungkin berlaku sebab kurang kadar pengambilan air bagi tubuh anda.
  • Kesihatan Tubuh
    • Air kencing bewarna oren mungkin berlaku disebabkan masalah pada saluran hempedu atau hati anda.
    • Ia juga mungkin berlaku jika anda mengalami penyakit jaundis dewasa (demam kuning)
  • Ubat-ubatan
    • Air kencing bewarna oren juga boleh disebabkan oleh ubat-ubatan berikut:
      • Phenazopyridine (Pyridium),
      • Ubat anti-radang sulfasalazine (Azulfidine),
      • Ubat kemoterapi.

Air Kencing Bewarna Biru/Hijau

Air kencing berwarna biru jarang berlaku dan kemungkinan besar berkaitan dengan sesuatu dalam diet anda.

  • Makanan
    • Pewarna makanan, terutamanya metilena biru, yang terdapat dalam banyak jenis gula-gula dan ubat-ubatan, boleh menyebabkan air kencing berwarna biru atau hijau.
  • Ubat-ubatan
    • Ubat-ubatan yang boleh menyebabkan air kencing biru atau hijau seperti:
      • Cimetidine (Tagamet)
      • Amitriptyline
      • Indomethacin (Indocin)
      • Promethazine (Phenergan)
      • Suplemen vitamin B.
  • Prosedur Perubatan
    • Ia juga boleh terhasil daripada pewarna dalam ujian perubatan yang dijalankan pada buah pinggang atau pundi kencing anda.
  • Kesihatan Tubuh
    • Jangkitan bakteria Pseudomonas aeruginosa juga boleh menyebabkan air kencing anda bertukar menjadi biru, hijau atau ungu nila.

NOTA: Jika anda mempunyai rasa was-was atau tidak kepastian, pastikan anda dapatkan nasihat daripada pakar.

Sumber: HealthLine

Tips Menjaga Sistem Perkumuhan

Sistem perkumuhan yang baik akan mampu membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan anda. Oleh itu, ikuti tips dibawah untuk menjaga sistem perkumuhan dan memastikan warna air kencing kita kekal jernih atau kuning pudar:

  1. Kurangkan pengambilan garam
    • Pengambilan garam yang berlebihan akan menyebab kekurangan air dalam tubuh badan.
    • Garam yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit darah tinggi yang seterusnya akan membawa kepada masalah organ buah pinggang.
  2. Kurangkan pengambilan gula
    • Pengambilan gula yang berlebihan akan menyebabkan anda mudah terkena penyakit kencing manis yang juga akan menyebabkan masalah pada buah pinggang anda.
  3. Pastikan pengambilan air yang mencukupi
    • Pengambilan air yang mencukupi memastikan tubuh anda sentiasa segar dan tidak dihidarasi.
  4. Elak minuman yang mengandungi alkohol dan kafein
    • Pengambilan minuman ini dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah kekerapan buang air kecil yang seterusnya boleh menyebabkan anda dihidrasi.
  5. Jangan merokok
    • Merokok meningkatkan risiko anda dengan penyakit berbahaya seperti kanser buah pinggang dan sebagainya.

Baca juga: Mandi Bunga : Khasiat Tradisional, Pantang Larang, Hukum Dalam Islam

Bantu kami share artikel ini: