Hari Sukan Negara 2024 – Peringkat Negeri & Kebangsaan

Berita baik! Hari Sukan Negara 2024 kembali lagi dengan pelbagai aktiviti, terbuka untuk semua.

Pelbagai program dan aktiviti menanti anda di seluruh negara bermula 11 hingga 13 Oktober 2024.

Tahukah anda apakah itu Hari Sukan Negara dan mengapa ia disambut di Malaysia?

Jom kami kongsikan beberapa fakta tentang sambutan istimewa ini.

Pengenalan Hari Sukan Negara 2024

latarbelakang HSN

Secara asasnya semasa Hari Sukan Negara ni, kita nak satu Malaysia bersukan, bersenam dan beriadah.

Kita nak menyemai pembudayaan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat dengan amalan gaya hidup aktif dan sihat.

Paling syok, korang boleh sertai aktiviti-aktiviti di sambutan Hari Sukan Negara peringkat kebangsaan/ negeri/ daerah/ bahagian/ kawasan!

Tarikh Sambutan

Bilakah sambutan ini diadakan? Menurut Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), HSN disambut secara tahunan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober.

Sambtuan ini telah diadakan sejak tahun 2015 lagi tau!

Objektif HSN

objektif hari sukan negara

Hari Sukan Negara dianjurkan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi untuk
menggalak dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai rakyat yang membudayakan sukan bagi:

  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif
  • Memupuk dan menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum
  • Meningkatkan ekonomi negara menerusi pembangunan dan pemerkasaan industri sukan
  • Meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan rakyat Malaysia
  • Memberi pengktirafan kepada rakyat Malaysia yang terlibat di dalam aktiviti membangunkan sukan di peringkat akar umbi

Pelaksanaan Hari Sukan Negara ini di harap akan terus menjadi pemacu kepada rakyat Malaysia untuk membudayakan sukan sebagai gaya hidup demi kesejahteraan dan kesepaduan nasional serta menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sukan (sporting nation).

Sambutan Peringkat Daerah, Negeri & Kebangsaan

perasmian HSN 2024

Perasmian HSN Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim:

  • Tempat: Dataran Putrajaya
  • Tarikh: 12 Oktober 2024 (Sabtu)
hari sukan negara sarawak

Bagaimanapun, Majlis Perasmian HSN Peringkat Negeri dan Bahagian di Sarawak akan diadakan pada 19 Oktober 2024 (Sabtu) bagi menghormati Sambutan Ulang Tahun Kelahiran TYT Yang di-Pertua Negeri Sarawak 🗓️

Pelbagai program dan aktiviti menanti anda di seluruh negara bermula 11 hingga 13 Oktober 2024.

KBS menyeru semua pihak untuk bersama-sama memeriahkan penganjuran HSN termasuklah menerusi pelaksanaan program dan aktiviti sukan dan rekreasi di peringkat masing-masing.

Senarai Lokasi Sambutan Hari Sukan Negara 2024 – 12 Oktober

Berikut adalah senarai lokasi sambutan Hari Sukan Negara untuk setiap Negeri:

1. Peringkat Kebangsaan

  • Tempat : Dataran Putrajaya, Presint 3
  • Masa : 7.00 pagi

2. Selangor

  • Tempat : Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
  • Masa : 7.00 pagi

3. Perlis

  • Tempat : Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, kangr
  • Masa : 8.00 pagi

4. Kedah

  • Tempat : Tapak Konvo UUM Kampus Sintok
  • Masa : 7.00 pagi

5. Pulau Pinang

  • Tempat : Padang Dato’ Haji Ahmad Badawi, Butterworth
  • Masa : 7.00 pagi

6. Perak

  • Tempat : Kompleks Belia & Sukan Negeri Perak, Ipoh
  • Masa : 7.30 pagi

7. Negeri Sembilan

  • Tempat : D’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan
  • Masa : 7.30 pagi

8. Melaka

  • Tempat : Memorial Pengisytiharan Kemederkaan, Bandar Hilir
  • Masa : 8.00 malam

9. Johor

  • Tempat : Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Muar
  • Masa : 5.30 petang

10. Kelantan

  • Tempat : Aeon Mall Kota Bharu
  • Masa : 8.00 pagi

11. Terengganu

  • Tempat : Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus
  • Masa : 7.30 pagi

12. Pahang

  • Tempat : Taman Tasik Raub
  • Masa : 7.00 pagi

13. Sabah

  • Tempat : Kompleks Sukan Keningau
  • Masa : 7.00 pagi

14. Labuan

  • Tempat : Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan
  • Masa : 6.00 pagi

15. Sarawak

  • Tempat : Kompleks Sukan Sarikei
  • Tarikh : 19 Oktober 2024
  • Masa : 7.30 pagi

*Sambutan Peringkat WP Kuala Lumpur diadakan bersekali dengan peringkat kebangsaan di Dataran Putrajaya.

*Tertakluk kepada perubahan dan pindaan dari semasa ke semasa.

hari sukan negara 2024

Pendaftaran Program Hari Sukan Negara 2024 Peringkat Negeri & Kebangsaan

ACARA PERINGKAT KEBANGSAAN

hari sukan negara 2024

SHARP HSNKL Half Marathon 2024

hari sukan negara 2024

Hari Sukan Negara X Fit Malaysia Peringkat Kebangsaan 2024

ACARA PERINGKAT NEGERI

1. Perlis

hari sukan negara 2024

Larian Untuk Negara

hari sukan negara 2024

Berjalan Ria Madani

hari sukan negara 2024

Sport Stacking Competition

hari sukan negara 2024

Kejohanan Petanque Single Terbuka

hari sukan negara 2024

Fitness Challenge

  • 🗓️ : 12 Oktober 2024 (Sabtu)
  • ⏰ : 8.30 Pagi – 6.00 Petang
  • 📍 : Perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
  • Boleh hubungi : 013-4680197 (En Khairul Azwan)

Happy Ride Fit Malaysia X Perlis Cyclo Fest

  • 🗓️ : 13 Oktober 2024 (Ahad)
  • ⏰ : 8.00 Pagi
  • 📍 : Perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
  • Boleh hubungi : 019-4740729 (MEP21)

Persembahan Street Workouts

  • 🗓️ : 12 Oktober 2024 (Sabtu)
  • ⏰ : 8.00 Pagi
  • 📍 : Perkarangan Kompleks Tuanku Syed Putra

Sepak Raga Tuju

  • 🗓️ : 12 Oktober 2024 (Sabtu)
  • ⏰ : 8.00 Pagi
  • 📍 : Perkarangan Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra
  • Boleh hubungi : 017-4006026 (En Kawiee)

Pertandingan Memanah Tradisional

  • 🗓️ : 12 Oktober 2024 (Sabtu)
  • ⏰ : 8.00 Pagi
  • 📍 : Perkarangan Stadium Utama Kangar
  • Boleh hubungi : 011-10373434 (En Mumtaz)

2. Selangor

SMAR RUN 2024 X Larian untuk Negara

  • 🗓️ : 12 Oktober 2024 (Sabtu)
  • 📍 : Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Selangor

Larian Ria MADANI & Berjalan Untuk Negara

  • 🗓️ : 12 Oktober 2024 (Sabtu)
  • ⏰ : 7.00 Pagi
  • 📍 : Taman Tasik Milenium Kuala Kubur Bharu

3. Kedah

Fit Fun Run 5KM & Malaysia Fun Walk 3KM

4. Pulau Pinang

HSN 2024 Penang Fun Run

HSN 2024 Penang Fun Ride

5. Melaka

Banyak acara yang akan diadakan seperti:

  • 🏃‍♂️ Merlimau Berpeluh X Edisi HSN Jasin
  • ⚽ Street Soccer Kids
  • 💃 Aerobikthon
  • 🎯 Sukan Rakyat
  • 🛍️ Jualan Madani
  • 👵 Senam Warga Emas
  • 📊 Pameran Agensi
  • 🧗 Wall Climbing
  • 🧭 Orienteering Challenge
  • 🕵️ Skuad Satria Rakan Muda
  • ♻️ Plogging SWM
  • 🍔 Gerai Jualan
  • 🎁 Cabutan Bertuah!

*Link pendaftaran acara akan dimasukkan bermula minggu hadapan secara berperingkat

6. Negeri Sembilan

Pelbagai program dan aktiviti akan dianjurkan pada hari tersebut, seperti:

  • Klinik Bola Sepak Remaja
  • Pertandingan Badminton
  • Klinik Bola Sepak Berjalan Kaki
  • Senamrobik
  • Fun Ride Remaja 15 – 19 tahun
  • Mari Mewarna kanak-kanak
fit malaysia negeri sembilan

Fit Malaysia Negeri Sembilan 2024

7. Perak

Fit Malaysia Run (5KM) Sempena HSN Perak

  • 🗓️: 12 Oktober 2024 (Sabtu)
  • ⏰ : 7.30 pagi
  • 📍 : Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak, Ipoh
  • Link Pendaftaran : https://bagievent.com/
  • Boleh Hubungi : 013-282 9110 (Nur Syahirah), 017-574 6396 (Izzati)

Fun Ride On Road 35KM & 10KM

  • 🗓️: 12 Oktober 2024 (Sabtu)
  • ⏰ : 7.30 pagi
  • 📍 : Jabatan Belia & Sukan Negeri Perak, Ipoh
  • Link Pendaftaran : bit.ly/hsnperak2024
  • Boleh Hubungi : 0111-325 4278 (Cik Shima)

8. Pahang

Fun Run 6KM & Fun Walk 3KM

Fit Malaysia Fun Walk 3KM & Fun Run 10KM

9. Terengganu

Fun Ride 30KM, Fun Run 5KM & Fun Walk 3KM

10. Sarawak

11. Sabah

HSN Sabah 2024

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti dan program peringkat negeri / Kebangsaan Hari Sukan Negara 2024, sila rujuk saluran berikut:

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi sekretariat HSN 2024 seperti berikut:

Sekretariat Hari Sukan Negara
Jabatan Belia dan Sukan Negara
Aras 13, Menara KBS
No. 27, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62570 PUTRAJAYA
No. Telefon: 03-8871 3719/ 3166
E-mel: [email protected]

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini: