Duku, Langsat, Dokong : Perbezaan dan Asal- Usul

DUKU, DOKONG dan LANGSAT (Lansium domesticum) merupakan sejenis buah-buahan bermusim di Malaysia yang ditanam daripada keluarga Meliaceae.

Secara luarannyaa, ketiga-tiga buah-buahan ini dilihat seakan-akan sama maka tidak mustahillah ramai yang terkeliru dan sukar untuk membezakan ketiga-tiga buah ini.

Walau pun setakat ini belum ada varieti atau klon yang disyorkan untuk penanaman tetapi beberapa klon ibuah-buahan ini telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian.

Mengikut Laporan Statistik Jabatan Pertanian pada tahun 2013, pada tahun 2012, keluasan bagi penanaman Dokong, Duku dan Langsat di Malaysia adalah 16,130 hektar yang menghasilkan 32,400 metrik tan.

Dokong

Dokong

Perbezaan DUKU, DOKONG dan LANGSAT – mari kenali buah dokong:

Dokong merupakan satu daripada beberapa genus Lansium yang mempunyai nilai ekonomik seperti langsat, duku (Johor) dan duku langsat (Terengganu).

Nama saintiffiknya adalah Lansium Domesticum Corr.

Dokong dikenali sebagai longkong di Thailand dan dipercayai berasal dari Narathiwat Thailand.

Kawasan utama penanaman pokok dokong di Malaysia adalah di Daerah Gua Musang, Kelantan diikuti dengan Daerah Kuala Krai dan Daerah Jeli, Kelantan.

Dokong ditanam agak luas juga dinegeri-negeri lain seperti di Terengganu, Perak, Pahang dan Johor.

Dokong merupakan buah yang sangat baik untuk dimakan segar dan mempunyai permintaan yang tinggi. Buahnya juga boleh dibuat jem.

Sumber: Jabatan Pertanian Pulau Pinang

Duku

duku

Perbezaan DUKU, DOKONG dan LANGSAT – mari kenali buah duku:

Duku atau nama saintifiknya, Lansium domesticum var duku, merupakan sejenis buah tropika yang ditanam di negara kita daripada keluarga Meliaceae, berbeza dengan buah lain (langsat dan dokong) kerana ia mempunyai kulit buah yang agak tebal (terutama duku Johor) dan mempunyai biji yang sederhana pahit jika tergigit.

Bagi duku pula, ia banyak ditanam di Terengganu (Duku Terengganu) dan di Johor (Duku Johor).

Terdapat 4 jenis duku yang terdapat di Malaysia dimana hanya 1 varieti sahaja yang telah didaftarkan dalam senarai pendaftaran varieti.

Duku varieti DL2 (Duku Terengganu) telah didaftarkan pada tahun 1998 dan dipercayai berasal daripada Kelantan.

Selain itu buah duku varieti Duku Johor, Duku Kelantan dan Duku Palembang masih belum didaftarkan oleh mana-mana pihak.

Pokok duku adalah berbentuk rendang, padat dan bercabang rendah (0.3 – 1.5 m) dari aras tanah. Bentuk kanopi agak bulat bujur atau bujur melebar.

Bentuk buahnya bulat, berkulit tebal dan tidak bergetah.

Saiz buah duku lebih besar daripada langsat dan duku langsat, iaitu 3.5 – 5.0 cm garis pusatnya. Kulit buahnya berwarna perang atau kuning keperangan apabila masak.

Artkel berrkaitan: Buah Kebangsaan Malaysia: Durian Atau Betik?

Langsat

langsat

Perbezaan DUKU, DOKONG dan LANGSAT – mari kenali buah langsat:

LANGSAT berbeza dengan buah lain (duku dan dokong) kerana ia mempunyai kulit buah yang agak nipis dan mempunyai biji yang pahit jika tergigit.

Terdapat 4 jenis langsat atau Duku Langsat yang terdapat di Malaysia semua varieti telah didaftarkan dalam senarai pendaftaran varieti.

Duku varieti DL1 (Duku Langsat Koria) telah didaftarkan pada tahun 1989 dan DL2 (Duku Langsat Terengganu) berasal dair Selangor didaftarkan pada 1989.

Selain itu buah duku langsat varieti LA8 dan LA9 pernah didaftarkan tetapi tidak ada maklumat berkaitan varieti ini.

Pokok langsat atau duku langsat tumbuh menegak dengan ketinggian 9-10 meter dari aras tanah.

Kanopi kecil berbanding dengan pokok duku (kanopi paling luas) dan dokong (kanopi sederhana luas). Warna daun pucat dan ketebalan lai daun yang nipis.

Tonton video Tiktok di bawah untuk melihat secara visual prbezaan antara duku, dokong dan langsat:

Bantu kami share artikel ini: