Doa Majlis Pertunangan: Dipermudahkan Urusan & Dipelihara

Fasa pertunangan merupakan fasa yang mencabar dan oleh itu anda boleh membaca doa majlis pertunangan agar pertunangan yang dibina sampai ke jinjang pelamin.

Walaupun mungkin tiada doa yang khusus untuk dibaca sebaik sahaja tamat majlis pertunangan, anda boleh membaca doa umum agar hubungan bakal pengantin terpelihara dan dijauhkan daripada anasir-anasir jahat.

InsyaAllah, jika kita berdoa dengan penuh yakin, Allah akan memudahkan segala kesulitan sepanjang proses pertunangan itu.

Seterusnya, semoga pasangan pengantin dipelihara peribadinya agar tidak melakukan perkara yang dilarang syarak. 

Galakan berdoa bagi orang Islam

Saranan untuk memulakan sesebuah majlis dengan bacaan doa turut disebutkan oleh Imam an-Nawawi Rahimullah Ta’ala.

Imam an-Nawawi Rahimahullah Ta‘ala menyebutkan bahawa antara akibat daripada sesuatu majlis yang kosong daripada mengingati Allah SWT itu adalah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Tiada satu kaum pun apabila mereka berdiri (meninggalkan) daripada suatu majlis, mereka tidak mengingati Allah SWT di dalamnya, melainkan mereka berdiri (bersurai) seumpama bangkai keldai dan bagi mereka itu suatu kerugian.” – (Hadis riwayat Abu Daud)

Bacaan doa pembuka majlis tidak semestinya perlu dalam Bahasa Arab 100%, sebaliknya boleh dicampurkan dengan bacaan dalam Bahasa Melayu asalkan doa tersebut boleh difahami dan mempunyai maksud yang baik.

Oleh itu, anda boleh membaca doa yang sepatutnya sebagai sahaja selesai majlis pertunangan.

Artikel berkaitan: Koleksi Doa Untuk Majlis Yang Ringkas & Mudah Dibaca (Rumi)

Contoh Doa Majlis Pertunangan

Doa adalah satu ibadat. Ia merupakan satu tanda kerendahan hamba terhadap Allah S.W.T. Ia boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan.

Sesuatu doa itu hendaklah dilakukan dengan ikhlas, khusyuk, tertib penuh tawadu’ dan mesti dilakukan dengan cara yang sesuai dengan kehendak syarak.

Contoh Doa #1

Ya Allah, sumber segala barakah, curahkanlah berkatMu atas ikatan pertunangan ini, dan bimbinglah kedua saudara kami ini dalam masa pertunangannya. Semoga mereka mencari kehendakMu dengan hati yang ikhlas dan memperoleh kebaikanMu yang berlimpah.

Ya Allah Ya Tuhan Kami, sumber segala cinta kasih, karena ihsanMu. Kini mereka memohon rahmat Mu memasuki fasa pertunangan dan mempersiapkan diri untuk gerbang perkahwinan. Kami mohon, kuatkanlah mereka dengan berkatMu yang melimpah. Semoga dalam masa pertunangan suci ini, mereka kian hari kian saling menghargai, dan saling mengasihi dengan kasih sejatimu Ya Allah.

Kami memuji Engkau ya Allah, kerana dengan pengharapan yang lembut dan mendalam, Engkau menggerakkan hati dan merancangkan pertunangan antara ( .. dengan .. )

Kami mohon, perkuatkanlah hati mereka, agar mereka menjalani masa pertunangan ini dengan bertumpu pada iman, sehingga dengan aman sentosa akhirnya sampai pada gerbang perkahwinan.

Ya Allah, Jadikan bagi mereka jodoh yang serasi, saling mengasihi saling menyayangi dalam rahmat dan kasih sayangMu.

Jauhkanlah mereka daripada kemaksiatan, kebencian, kemarahan, kecurigaan dari hati masing masing.

Jadikan mereka dalam naungan rahmat dan kasih sayangMu, Lindungilah hubungan mereka dari campur tangan dan gangguan kejahatan syaitan, jin dan manusia yang menimbulkan perpecahan, kemarahan dan kebencian diantara sesama mereka.

Ya Allah limpahkanlah rezeki yang halal lagi banyak kepada kami, sehingga kami dapat menolong agamamu ya Allah, jauhkanlah kami daripada kefakiran dan malapetaka.

Perkenankanlah permohonan kami ini ya Allah, Engkaulah sebaik baik yang memperkenankan doa.

Contoh Doa #2

Ya Allah Ya Tuhan kami, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun di majlis yang mulia dan bersejarah ini memohon rahmat dan hidayah dari sisiMu.

Semoga dengan rahmat itu,
Engkau berikan hidayah dan petunjuk dan menyatukan pemikiran kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau hindarkan fitnah dan pertelingkahan di kalangan kami, Engkau memperbaiki urusan agama dan dunia kami.

Ya Allah,
Engkaulah yang mempunyai segala kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala kepujian, Engkaulah yang berhak menerima segala kesyukuran, Engkaulah yang memiliki segala pemerintahan, di tangan Engkaulah segala kebajikan, kepada Engkaulah kembali segala urusan.

Ya Allah,
Sumber segala barakah, curahkanlah berkatMu atas lambang cinta ini dan bimbinglah kedua saudara kami dalam masa pertunangannya. Semoga mereka mencari kehendakMu dengan hati yang ikhlas dan mendapat kebaikanMu yang melimpah.

Bantu kami share artikel ini: