Buah Dokong : Jenis, Khasiat dan Rupa Bentuknya

Buah dokong ini merupakan sejenis buah yang berada dalam keluarga buah yang sama dengan buah langsat dan duku. Namun begitu, rasanya yang lebih manis menjadikan ia antara pilihan utama orang ramai dalam melakukan pemilihan antara tiga buah ini.

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan buah dokong ini, seperti khasiat dan jenisnya, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.

Apa itu Buah Dokong?

Buah dokong merupakan sejenis buah yang berada dalam keluarga buah yang sama dengan buah langsat dan duku, iaitu keluarga Meliaceae. Bentuk dan rasa buah ini juga agak sama dengan buah langsat dan duku, tetapi ia lebih manis berbanding dua buah tersebut.

Nama saintifik bagi dokong ini ialah Lansium Domesticum Corr. Buah ini dipercayai berasal dari Narathiwat Thailand dan dikenali sebagai longkong di sana. Jenis buah ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu:

  • Dokong Air
    • Kandungan air dalam buah jenis ini adalah tinggi, dan air akan terpancut keluar apabila kulit ditekan.
    • Isi buah kurang manis jika dibandingkan dengan isi buah dokong kering. 
    • Kulitnya nipis tetapi bergetah.
    • Tidak ekonomik ditanam secara komersial kerana nilai dan sambutan pasaran adalah rendah.
  • Dokong Kering
    • Ditanam secara komersial kerana buah sangat manis
    • Kulit tidak bergetah
    • Kandungan biji yang rendah dan kebanyakan biji adalah kesat. 
    • Buahnya tersusun rapat di tangkai.
  • Dokong Biji
    • Setiap ulas mengandungi satu biji benih yang besar dan bernas. 
    • Isinya sangat nipis, tidak berair dan rasanya masam-masam manis. 
    • Kulitnya lebih tebal dari dokong kering dan dokong air dan tidak bergetah. 
    • Buah tidak mempunyai nilai komersial tetapi bijinya boleh digunakan sebagai sumber benih pokok penanti.

Berikut merupakan rupa bentuk buah dokong kering yang sangat diminati masyarakat di Malaysia:

Buah-Dokong

Sumber: Jabatan Pertanian Pulau Pinang

Perbezaan Dokong, Langsat dan Duku

Bagi peminat buah dokong ini anda pasti dapat membezakan buah ini dengan buah langsat dan duku. Selain rasanya yang lebih manis, berikut merupakan antara perbezaan di antara buah ini dengan buah langsat dan duku.

BuahNegara AsalKulitRasa BijiGetah
DokongThailandSedikit TebalTak banyak biji Tak bergetah
Langsat MalaysiaNipis Pahitbergetah
DukuMalaysiaTebalSederhana Pahitbergetah

Khasiat dan Kebaikannya

Seperti buah-buah lain, buah dokong ini juga mempunyai kebaikan dan khasiatnya yang tersendiri. Berikut merupakaan antara beberapa manfaat yang boleh anda peroleh bila anda memakan buah ini:

  1. Rendah Kalori
    • Buah ini mempunyai kalori yang rendah, iaitu setiap 100 gram buah ini, ia hanya membekalkan sebanyak 57 kcal kepada tubuh badan.
    • Bagi anda yang inginkan snack atau makanan ringan yang tidak menambah berat badan anda secara mendadak, anda boleh gantikannya dengan buah ini.
  2. Membantu Penghadaman
    • Buah dokong mengandungi serat yang dapat membantu dalam mengekalkan probiotik dalam badan.
    • Probiotik ini akan dapat membantu melancarkan penghadaman anda dan mencegah penyakit sembelit.
  3. Kaya Antioksida dan Vitamin
    • Antioksida yang terdapat dalam buah ini dapat membantu mencegah tekanan oksidatif yang boleh menyebabkan keradangan.
    • Vitamin B yang terdapat dalam buah membantu menghasilkan tenaga dan memastikan sel-sel tubuh kita dapat berfungsi dengan baik.
  4. Membantu Mengawal Tekanan Darah
    • Buah ini mengandungi kalium, sejenis mineral yang dapat membantu untuk menurunkan tekanan darah.
    • Kalium dalam buah akan membantu pengembangan salur darah dan mengurangkan tekanan yang dikenakan ke atas salur darah.
  5. Bagus untuk Kesihatan Tulang dan Otot
    • Buah ini juga bagus untuk kesihatan tulang dan otot kerana ia mengandungi kalsium dan kalium yang diperlukan bagi menghasilkan tulang yang kuat dan sihat.

Baca juga: Mandi Bunga : Khasiat Tradisional, Pantang Larang, Hukum Dalam Islam

Bantu kami share artikel ini: